Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Sunday, December 26, 2010

OBSESI

Tadi gua pergi majlis persandingan Aqasha. Then, ada satu lagu yang diputarkan tanpa henti sejak gua duduk selama 1 jam setengah disitu. Lama-lama gua dengar lagu tu makin sedap pulak dan sekarang gua tak habis-habis dengar. Haishh.



notaperutlapar : Gua masih tak dapat makan nasi minyak lagi. Dah banyak kerja kahwin gua pergi tapi satu pun takde nasi minyak. Arghhhh

Monday, December 20, 2010

KEPERCAYAAN

All I need is your trust, nothing else.

Ya, it's true that I'm not good but if you didn't let me do it then how come that I'll be good.

Please, just let me do it. You can trust me, seriously you can. I'll never let you down.



Really pissed off. A big L and F for me.

notahati : Kalau gua dah berbahasa Inggeris memang itu dah sampai tahap serius. Again F and L for me.

Tuesday, December 14, 2010

GEMINID


Semalam sementara gua menunggu Setan Merah bertarung dengan Meriam Buruk gua belek buku biru gua. Ada seorang apek ni asyik post pasal Geminid ni.

"Haishh, tak dapat nak tengok Geminid sebab mendung sangat" 30 minutes ago

"Yeay, dapat tengok sikit even kabur-kabur sebab mendung" 15 minutes ago

and so on sampai dia terlelap.

Jadi dengan memakai gugel gua belek-belek pasal Geminid ni. Banyak yang gua jumpa.

Tanpa buang masa gua pun bergegas keluar rumah. Lama juga gua tunggu. Gua tak tahan dengan nyamuk-nyamuk gua masuk dengan hampa. Gua pasang azam nak tengok tahun depan.



notasetan : Semalam memang berbaloi gua jaga malam tetapi Encek Rooney mengapa kamu masih begitu? Hmmmm

Thursday, December 9, 2010

BERSARA

Gua rasa gua nak bersara la jadi tuan dusun buah-buahan ni. Hidup gua jadi tak menentu. Sekejap nak pergi bayar duit baja, sekejap nak pergi hantar anak pergi sekolah, sekejap lagi nak pergi minta duit sewa tanah, pergi beli ikan, dan yang paling penting gua malas nak kutip dan jual buah-buahan gua itu. Memang leceh.






notaakarumbi : Miss, sila bagi kebenaran kepada saya untuk jadikan miss sebagai baja bagi tanaman-tanaman saya di dusun sana. Minta tolong sangat-sangat. F

Tuesday, December 7, 2010

ISYARAT

Kaki gua dah menggelinjang menentang arus kelenguhan dibahagian lutut dan ke bawah. Sesekali mata gua merayap melihat telatah penumpang lain. Ada yang pasang muzik di telefon bimbit sekuat-kuat alam, yang bercakap di telefon seperti berdialog dengan orang pekak gua tak ambil peduli.

Secara tak sengaja, pandangan gua tersangkut pada satu pasangan. Bukan kerana aksi yang dikatakan romantik yang bergelumang dengan dosa pada hakikatnya itu tetapi kerana mereka berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Petah mereka 'berkata-kata'. Gua perhatikan saja tanpa terbayang apa-apa.

Sampai di destinasi, mereka keluar bersama gua.

"Kelakarlah abang ni. Tak baik tau,"

"Alaa, macam tak biasa dengan abang,"

Seterusnya disusuli dengan ngilai tawa yang panjang dan kuat.







notakelainanupaya : Serius gua rasa seronok tengok dorang. Berkomunikasi tanpa perlu berselindung. Gua rasa nak belajar benda ni sebab nanti boleh guna dengan awek gua (kalau ada). hehehe

Sunday, December 5, 2010

MUHASABAH

Gua baru saja habis muhasabah diri gua. Gua lagi nampak banyak kekurangan daripada kelebihan, Macam gampang. Gua memang serius tak nak buat lagi muhasabah diri. Cilakak,

Saturday, December 4, 2010

DIARI



notabukulali : Cilakak. Gua terbeli novel. Ingatkan buku tulis.

Tuesday, November 30, 2010

SANGAP

Baru gua perasan yang gua dah lama giler tak makan nasi dengan kicap. Memang gampang dan tak bujang langsung. Thanks Mak Cik Exora !!



notasampahsarap : HAHA!! gua puas hati...sangat puas hati.. Good Job Barca...rasekan ko Real Madrid...baru kau tau sape yang real sekarang..

Ronalbo, kamu memang sampah !! :D

Monday, November 29, 2010

KELAINAN

Macam biasa gua akan lepak dengan Brader Klang dan Jaja kat tembok larangan tu. Keluh kesah masing-masing diluahkan secara lembut dan penuh dengan sopan santun tanpa ada sebarang carutan. Tiba-tiba, ada minah bertudung naik motor datang.

"Boleh tahan minah ni," getus hati kecil gua sejurus gua melihat tunggangannya.

"Bang, tau tak mana Wijaya Holding ni?" soal minah itu.

"Tah la dek, kiteorang pun bukan tau sangat tempat ni," jawab Jaja dengan muka gabra.

"Adek ni nak buat apa cari tempat ni?" soal Jaja seolah-olah cuba mengayat minah itu.

"Saya despatch la bang. Nak hantar barang sikit," jawabnya sambil mengukir senyum manis dan berlalu pergi.

Jaja gua tengok dah melopong. Brader Klang gua perhatikan dah senyum-senyum. Gua pula dah mula nak pasang angan-angan nak kerja receptionist.

Saturday, November 27, 2010

NGANKUNG

Suasana agak hingar-bingar dengan sekumpulan mekanik menyerbu tong nasi. Jaja memerhatikan sambil menghirup Surya hingga cengkung pipinya yang tembam itu. Brader Klang macam biasa cuba mengawal steady sambil sekejap-sekejap selak rambutnya yang serba lurus itu. Jaja pula gua pandang ralit menjengah ke arah sana. Tak kelip matanya. Apa yang dipandangnya gua tak berapa pasti. Akan tetapi Brader Klang seakan-akan tahu apa yang di ralitkan oleh Jaja kerana dia hanya senyum nipis sambil geleng-geleng kepala.

"Jaja ni kalau dapat gambar awek tu, bukan setakat mandram tapi dia ngangkungkannya sekali mintak nombor," terang si Brader Klang sambil mengusap belakang Jaja.

"Rosak si Ujang ni," balas Jaja sambil tersipu-sipu dan membelai misainya yang ala-ala koboi itu.


Wednesday, November 24, 2010

TAHYUL

Gua sampai-sampai je gua dah kena pergi sana. Setibanya gua di sana, gua tercengang. Kotak warna ungu memang bertimbun.

''Benda ni nak keluar hari ni,'' ringkas arahan diberi sambil menghulur sampul surat SIRIM.

Brader Klang dan Jaja tiba melenggang lantas terkejut. Dengan muka tok bomoh Brader Klang berkata

"Ini mahu kena panggil saka ni. Paling kurang pun tiga saka. Saka Kalimantan wajib, Pakistan punya optional.''

"Bahhaye si Ujang ni,'' sampuk Jaja sambil adjust kotak Surya.

**************************************************************

Gua dengan Jaja jalan atas rumput tepi longkang sambil buka cerita pasal awek-awek Klang. Brader Klang ketinggalan di belakang sambil cuba memecut kami.

"Aku tak boleh la lalu atas rumput ni. Pantang aku," rungut Brader Klang.

"Bahhaye si Ujang ni,'' sampuk Jaja sambil nyala sebatang Surya.

********************************************************

Berlatar belakangkan bunyi deruman lori kehulu-kehilir dan seorang makcik yang lantang suaranya menceritakan pengalaman anak-anaknya masuk uji bakat Bintang Kecil MBPJ, gua sumbat mulut gua dengan nasi berlaukkan kari. Keadaan agak sunyi kerana tiada sebarang cerita dibuka. Tiba-tiba,

"Sambal belacan ini ubat ni, Hari ini je dah berapa kali aku keluar masuk tandas,'' keluh Brader Klang sambil cicah secubit ayam dengan sambal belacan.

''Bahhaye si Ujang ni,'' sampuk Jaja sambil nyala sisa Surya tadi.

Saturday, November 20, 2010

TERAKHIR

Bukan ku insan pertama yang bisa membuat kau mengukir senyuman,

Ku juga bukan seseorang yang terawal mengucapkan selamat malam,

Aku juga bukan sesuatu yang terdahulu menerjah di dalam mimpi indah mu,

Bukan ku pinta menjadi yang utama dalam hidup mu,

Tidak ku pohon menjadi yang teratas dalam fikiran mu,

Tetapi ku hanya meminta kau menjadikan ku insan yang terakhir dalam menghabiskan sisa-sisa hidupmu..........

Wednesday, November 17, 2010

HEBAT


Bunyi tetakan memang rancak. Boleh didengari di serata sudut. Semua dengan satu objektif iaitu "Kasi barai itu tulang, kasi hantam sama itu daging". Anak-anak kecil kelihatan ngeri. Dengan peha bergantungan di setiap sudut khemah. Bau darah menyelubungi perkarangan. Ketiak mengalami banjir yang besar dalam abad ini. Gua dah tak serupa orang.

"Nah, ko setelkan ini kepala," ringkas dan padat arahan diberi tanpa membuat sebarang tentangan mata.

Gua tercengang dan garu-garu sikit. Dengan pisau yang sudah kali ke-3 diasah tajam gua toreh sikit. Tak makan. Dengan secara tiba-tiba muncul seorang perawan dengan parang sepanjang lengan disisip kemas di pinggang. Tanpa baju hitam kuning yang warnanya cepat luntur itu dia menguis poket belakangnya. Agak saspen.

Dia menghunus keluar sebilah pisau lipat berwarna kuning. Sekali lagi gua tercengang tetapi kali ni agak lama. Dengan steady-nya dia melapah kepala itu dengan pantas. Gua garu-garu sampai ke rumah.






notasuptorpedo : Selamat Hari Raya Aidiladha kepada rakan-rakan sekalian. Semoga pengorbanan yang dilakukan pada tahun ini akan dibalas dengan ganjaran yang lumayan.
AFI, 20 tahun. Seorang yang sangat manja dan rakus.

Tuesday, November 16, 2010

KEBENARAN

Balik-balik serangan menggunakan parang. Dah macam takde modal lain.


Tembakan tepat di kepala. Tahu lah dulu latihan main tembak-tembak siapa kena kepala dia tak payah belanja minum kopi.


Saspek kelihatan mencurigakan. Tahulah mungkin budak itu tak mandi setahun tapi janganlah anggap budak yang serabai itu sebagai seorang penjenayah.






notagarikaki : Hukuman bukan di tangan anda. Berilah mereka peluang untuk bertaubat. Jangan suka-suka meragut nyawa orang lain. Kamu tu pencegah jenayah bukannya penghapus jenayah.

Monday, November 15, 2010

ARAHAN

Titis-titis tangisan sang awan mencurah ke bumi tanpa hentinya membuat satu keadaan yang ideal untuk mengelamun ke alam mimpi. Mata memang sudah ditutup rapat dan perlahan-lahan diri rasa ditarik ke alam itu. Tiba-tiba suara yang agak sayup-sayup cuba memasuki ruang maya itu. Mata dibuka cergas dan gua menoleh tepat ke arah suara itu.

"Mak rasa tahun ni Shakir kena lah tolong orang-orang di masjid. Bergaul sikit, "agak ringkas arahan yang diberi.

Gua kerut dahi, garu-garu sikit, gua tutup muka guna bantal dan berangkat terus ke alam itu dengan pantas. Tanpa ada sebarang introduksi.

Saturday, November 13, 2010

SERABUT

Perasaan selepas menjawab kertas Biologi pada tahun 2007 memang apa yang gua rasa sekarang. Cilakak tapi seronok. Tapi tu semua tak penting yang penting sekarang gua punya cuti semester dah bermula. Setelah mengalami dua minggu yang seperti laki hilang bini, gua lega.

Alhamdulillah




notabuah : terima kasih awak :D

Thursday, November 4, 2010

SASPEK

Buku setebal 1.5 inci gua tutup dan terus mendarat ke ranjang sambil cucuk alat bantu dengar kat telinga gua. Memang awal gua di ranjang mungkin sebab melalui hari yang agak penat dan penuh dengan sia-sia. Cilakak. Gua tersentak dari tidur-tidur ayam gua bila gua kedengaran alunan muzik yang dimainkan secara kuat dengan tiba-tiba tapi sebelum itu gua dah terjaga main picit-picit kekunci. Gua jawab ringlas je panggilan itu dan terus menggapai daun pintu. Ramai orang yang berkumpul dan gua terpinga-pinga sambil garu-garu.

Gua di soal dengan agak tenang. Tiada tekanan. Gua pun jawab tanpa tekanan. Tak lama, sekejap je. Gua cuba sambung tidur semula tapi gagal.

Sekali lagi pintu gua digegar bagai nak roboh. Gua buka dengan tenang. Gua di panggil lagi dan sekali lagi gua tenang menjawab soalan yang di utarakan. Akan tetapi, keadaan agak menekan kali ini.

"Esok, kiteorang nak jumpa ustaz. So, nanti kita dapat tahulah siapa orangnya,'' ujarnya.







notabukulima : Memang minggu last ni banyak kejadian tak diingini berlaku. Jadi, berwaspadalah rakan-rakan. Good luck juga kepada rakan-rakan yang akan menduduki final.

notaspender : Cilakak..6 hari straight exam. Giler pe..memang gua akan tak serupa orang la ni. Jadi. kepada rakan-rakan janganlah terkejut kalau tengok gua serabai giler. Harap maklum.

Sunday, October 31, 2010

PAHLAWAN

Suasana agak sunyi masa itu. Tiba-tiba suara halus cuba untuk memecah gempita itu.

"Mak, Hang Tuah tu orang Melaka ye?" soalnya yang berada dalam lingkungan umur 7 tahun.

Mak terdiam kaku dan bebola matanya merayau-rayau seakan-akan mencari sesuatu di dalam kotak fikirannya. Mak tersengih...hurmm seperti sudah ada jawapan.

"Ye la kot..." nadanya agak kurang yakin.

"Kenapa tanya??" diajukan soalan kepada anak kecil itu.

''Tadi kat sekolah, cikgu adik cerita pasal Hang Tuah," jawabnya ringkas.

"Ooooo, Hang Tuah tu pahlawan Melaka masa dulu-dulu," tambah mak untuk menguatkan hujahnya,

"Ooooo....tapi PAH tu ape?" soalnya dengan muka tak bersalah..

MANIPULASI

Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 8.47. Gua terus suruh adik gua picit-picit punat di televisyen. Okay, gua puas hati gua suruh dia duduk tepi gua diam-diam. Agak hambar dan seperti apa yang gua sudah ramalkan petang tadi. Tapi itu semua itu seperti ada satu konspirasi.

Separuh masa pertama main macam EPL walaupun memang tak sama langsung. Tapi gua puas hati. Bila masuk separuh masa kedua, main macam tahi. Semua dah seperti boneka. Tunjang-tunjang utama semua dah seperti di kawal dengan unsur-unsur luar padang.

Gua hanya boleh cakap seperti terdapat satu konspirasi politik di dalamnya. Haram.....

Tuesday, October 26, 2010

SERUAN

Pergh..tengah gua sedap-sedap layan lagu clubbing. Pop !! bunyi pengera di satu laman sosial yang terkemuka pada musim ini. "Apa pasal brader ni nak chat dengan gua?" getus hati gua tatkala terlihat namanya terpampang di tab pencari web gua.

Gua baca ayatnya satu persatu berulang kali. Bukan gua tak faham cuma gua tak tahu nak balas apa. Gua pun balas dengan ayat-ayat mabuk gua. Sesi berbicara agak berpanjangan. Hanya sesekali saja tersasar dari objektif sebenar perbualan itu.

Gua dapat semangat baru. Walaupun dulu gua kenal dia macam gua kenal tokey Sinar Wawasan tapi kata-kata dorongan yang diberikan memang menusuk dan terus tanpa simpang siur mahupun tunggang langgang. Gua pun rasa masanya sudah tiba. Jadi gua siapkan diri gua dengan seruan yang telah lama gua tak sahut ini. Doakan gua berjaya. Perghhh...

Tuesday, October 19, 2010

DIA ep 67

Gua keluar kelas dengan perasaan yang bercampur baur. Serabut juga memikirkan kerja yang bertimbun yang setia menanti di bilik dan memikirkan soal hati ni. Gua tunggu rakan gua kat luar sambil menatapi lampu-lampu merah yang bergerak laju dan lampu-lampu kuning yang cuba meredah arus. Lama juga gua tunggu, boleh bikin gaduh. Tapi sebab dia seorang je kawan gua yang bawa kereta gua sabar menanti. Pintu di buka dengan perlahan sambil bunyi nyaring mengiring sebentar sebelum bunyi hentakan agak kuat kedengaran. Gua toleh pantas dan segera membuka langkah perlahan menuju ke pintu lagi satu. Bunyi seretan selipar gua boleh mengundang selipar dilempar tepat ke tengkuk gua tapi gua tak kisah. Gua turun anak tangga satu persatu seorang diri. Sampai je kereta, alarm berbunyi. Gua tak masuk dulu sebab gua nak tengok ketahanan absorber kereta kawan gua ni. Hurm memang patut kena servis tapi gua diam je.

Pemanduannya agak merbahaya kali ni. Dua-dua belah tangan main picit-picit henset sambil tangan kawan gua kat sebelah yang kawal stereng. Gua rilek je cuma kalau gua tak sempat rasa nikmat kahwin memang gua cari dorang.

Gua memang suka nantikan saat di selekoh itu sebab tu gua suka menempekkan muka gua ke sebelah kiri cermin kereta. Tiba di hadapan itu, dalam kelajuan berbasikal gua nampak dia sekilas pandang. Gua senyum seorang diri sambil dimaki oleh dua orang kawan gua yang berada di hadapan tanpa sebarang tolehan di buat. Gua buat tak peduli je tapi sebenarnya gua peduli.

Saturday, October 16, 2010

IBUNDA

Minta maaf sebab tak post benda ni awal sebab gua sibuk sikit sampai birthday mak gua pun gua wish tengahari birthday mak gua. Birthday mak gua 14.10.10 aritu. Masa tu memang agak masa kritikal buat gua tapi gua lega sebab gua dapat laluinya dengan jayanya.

Gua rasa mak gua tahun ni seronok lebih sikit masa sambut birthday dia sebab abah gua buat surprise kat mak gua. Serius gua terkejut sebab selalunya yang buat surprise ni gua takpun adik gua yang lagi sorang. Tapi malangnya dua-dua berada di perantauan. Jadi, sebab tu gua rasa abah gua ambil keputusan nak buat surprise tahun ni.



Buat MAK,

Shakil nak mohon maaf kat mak jika sering buat mak tersinggung dengan gurauan shakil yang kadang-kadang agak melampau kat mak.

Semoga happy selalu...jangan asyik ponteng kelas ngaji..hehe

Sihat selalu dan sentiasa kuatkan semangat...

And lastly, shakil janji akan balas jasa mak dan abah..


Dari anakmu yang gemok,

SHAKIR

Wednesday, October 13, 2010

PERUBAHAN

Gua sekarang tidur pakai bantal peluk. Ya, bantal peluk !! Gua tak berapa pasti sebabnya tapi gua rasa seronok je peluk-peluk bantal tu. Ini semua memang di luar jangkaan gua. Gua ada juga cuba untuk tak memeluk tapi gagal.





notabukulali : terima kasih kerana menunggu.

*menulis ini sambil memerhatikan nota mesti laku yang tak pernah ada jurang pemisah antara sisa-sisa semester gua ni. cam haram.

Sunday, September 26, 2010

DIARI SYAWAL 16

Serdang > Hospital Kuala Lumpur > Serdang > Taman Equine > Serdang > Hulu Langat > Sungai Gabai?? > Serdang > Dewan Besar > Chelsea 0 Manchester City 1?? > Arsenal 2 West Bromich 3?? > Liverpool 2 Sunderland 2?? > HAHAHA!!

Thursday, September 23, 2010

LOSER

Gua memang boleh dikatakan LOSER sebab gua tak tengok Step Up 3D. Gua terima dan gua minta maaf. Satu lagi, sila jangan nyatakan label tu kat gua banyak kali sebab gua paham dan gua tak pekak serta bodoh. Sekian dan cilakak.

Wednesday, September 15, 2010

JODOH

Kita semua yang hidup dalam dunia ni ada jodoh masing-masing. Cuma masalahnya kita jumpa atau tak jumpa je dengan jodoh kita. Akan tetapi, bila kita dah jumpa adakah itu jodoh yang betul?

Jenis-jenis jodoh:

1) Jodoh dari Syaitan

Jodoh ini terjadi bila kita hanya bercinta bila bersentuhan, berpelukan dan sebagainya yang berunsur kemaksiatan. Jodoh ini memang kita patut kita jauhi sebab hanya bersifat sementara.

2) Jodoh dari Jin

Ini berlaku bila kita meminta pertolongan jin untuk membuat seseorang itu cinta kepada kita. Cinta ini cinta terpaksa. Jadi, kita boleh bayangkan bagaimana keadaannya bila kita bercinta dengan orang yang tak ikhlas bercinta dengan kita. Kira macam syok sendiri.

3) Jodoh dari Allah

Kita berkenalan dan jatuh hati tanpa paksaan atau disebabkan nafsu syahwat semata-mata. Jodoh ini yang diimpikan oleh setiap insan di dunia ini dan bila kita memperolehinya janganlah kita abaikannya kerana ia sukar diperolehi.








notaperut: Orang selalu kata "Jodoh itu di tangan Tuhan". Tangan?? Tuhan ada tangan ke? HOHO. Sempat lagi buat entry padahal kerja banyak...haihhh..

Monday, September 13, 2010

PENJELASAN

26 Ogos 2010

Gua masih ingat hari itu. Hari yang lu mula menjauhkan diri dari gua dengan rakan-rakan yang lain. Gua tegur lu macam hari-hari biasa tapi lu tak balas teguran gua, lu terus jalan lurus ke hadapan tanpa menoleh walaupun dipanggil beberapa kali. Gua relakan je sebab mungkin gua rasa lu takde mood masa tu. Mungkin sebab lab yang agak susah tadi. Gua tak berapa nak fikirkan sangat.

27 Ogos 2010

Macam biasa lepas kelas, lu akan join gua dengan kutu yang lain berenjut dalam kereta tapi pergi tunggu bas seorang diri. Gua memang buntu masa tu. Sedikit perbincangan tercetus dalam perjalanan pulang ke kolej. Masing-masing mengenang peristiwa dua hari lepas. Tiada rasanya yang boleh buat lu kecil hati sebab kalau diikutkan memang lu biasa kena bahan.

28 ogos - 3 September 2010

Dalam tempoh masa ini, memang kita dah tak bertegur sapa, gelak ketawa, bahan membahan, usap mengusap. Gua masih tercari-cari silap gua. Serius gua buntu. Gua ada cuba cakap dengan lu tapi lu tarik muka, Gua tanya lu tak jawab tapi dengan orang lain lu macam biasa. Yang paling gua pelik dengan Gemuk 1 lu okay je. 'Paling kurus' pun turut menjadi mangsa lu. Tu yang lagi gua tak faham tu.



Ini antara sebab-sebab yang mungkin buat lu menyisihkan diri dari kiteorang:

- Gua tak kejut lu pergi lab. Gua bukan tak nak kejut tapi gua sendiri pun lambat. Memang dalam keadaan kelam kabut gua memang lupa banyak benda. Kalau bilik lu dekat gua boleh kejut tapi bilik lu aras lain. Gua minta maaf.

- Gua balik tak bagi tahu lu. Gua tunggu lu tapi lu lambat sangat. 'Gemuk 2' nak balik cepat. Jadi, dia terus cabut. Gua ingat lu tak kisah sebab lu rilek je kalau kena tinggal. Gua minta maaf.

- Gua pergi lombong tertinggal lu. Gua memang lupa giler masa tu sebab semua dalam keadaan terburu-buru tapi tragedi tu dah lama dan lu macam biasa je malam tu. Selama seminggu lu macam biasa. Tak pernah mengungkit. Gua minta maaf.

-Nanti gua sambung....gua nak hantar adek gua..

Saturday, September 11, 2010

DIARI SYAWAL 1

10.00 pagi
Adegan aksi-aksi sakit pinggang, senyum nipis rancak dijalankan. Ngilaian agak kedengaran dimana-mana.

11.15 pagi
Adegan bersambung dengan menampilkan barisan pesakit pinggang dan kejang urat pipi yang baru-baru serta muda-muda. Bergerak ke kubur-kubur dengan tekan pedal minyak cecah lantai.

2.00 petang
Hajat nak ke Zouk tapi dibantutkan oleh suasana kubur dilaman hadapan. Adegan menggeletis di batu-batu nisan juga rancak dijalankan sambil diperhatikan orang ramai yang melintas. Suasana depan KLCC memang meriah dengan hero-hero Hindustan membuat salam perantauan ke akhbar-akhbar tempatan negara masing-masing.

4.25 petang
Kereta belakang main cucuk-cucuk. Gua panas tapi dia lagi panas. Jadi dia ambil keputusan potong gua ikut kiri. Gua relakan je. Gua tak simpan dendam. Di selekoh itu, keretanya hilang kawalan. Lampu brek hidup tak hidup.

Bamm!!

Keretanya merempuh tembok itu. Gua tak panik tapi gua senyum nipis. Sampai selekoh itu, gua perlahankan kereta dan gua picit hon sekuat-kuat hati sambil gelak besar keriangan.

Wednesday, September 8, 2010

DIA

Kelas Matematik Kejuruteraan I memang agak membosankan. Jadi, Fauzi sering bersama kutu-kutunya duduk di belakang dewan kuliah itu yang hampir di pintu keluar. Agak rancak juga pensyarah tu berkata-kata di hadapan tanpa mempedulikan pelajar-pelajarnya.

"Dia tulis apa tu?" soal Haziq.

"Entah," jawab Fauzi ringkas sambil tangannya kencang menyalin formula-formula di papan putih.

Haziq pun tak mengendahkan jawapan Fauzi sambil matanya sepet dan dahinya berkerut merenung ke hadapan. Mulutnya juga kadang kala kumat kamit. Fauzi jengah Haziq tanpa perasaan.

Keadaan di belakang agak hingar bingar dan kadang kala pensyarah menegur mereka. Mereka buat bodoh sahaja tanpa rasa bersalah sedikit pun tergetus di benak sanubari mereka.

"Kau pehal ni, Haziq?" soal Fauzi.

Sambil kerlingan matanya yang agak tajam melihat kelakuan Haziq yang sekejap-sekejap memanjangkan lehernya dan tersenyum seorang diri. Mungkin perlakuan itu menjengkelkan bagi Fauzi.

"Takde pape. Tu ha ada awek cun kat depan tu. Tudung krim tu," sambil jarinya mengarah ke pelajar itu tanpa rasa segan silu.

Fauzi bingkas mencari sambil dahinya berkerut dan muncungnya tajam.

"Mana?" agak gelisah nadanya.

"Tu...yang selang 3 baris dari baris kita,"

"Oooo...." sambil sambung kembali kerja tangannya.

Haziq geleng kepala melihat reaksi Fauzi yang seakan-akan tak gemar pada wanita itu.




Di bilik, Fauzi tersengih-sengih cari minah tu kat facebook.


Sunday, September 5, 2010

HARI LAHIR

Semalam genap abah gua umur 49 tahun. Takde surprise party hanya duduk makan satu family je. Gua hanya bagi hadiah masa je kat abah gua. Masa gua dihabiskan dengan menolong abah gua kerja semalam ekoran Brader Klang II, Dino dan Otoi lesap tanpa khabar berita. Yang tinggal hanya Brader Klang. 'Seronok' juga kerja masa bulan puasa ni. Masa buka puasa memang gua tak pandang segala lauk pauk yang terhidang kat atas meja tu. Gua nampak jus tembikai dalam jug besar tu je. Perghh...memang sedap jus tembikai bikin sendiri ni. Lu orang boleh teguk sampai perut kembung dengan hanya berbekalkan modal sebiji tembikai RM3.37. Kalau gua lepak-lepak kat padang mahu kena cas RM3.50 untuk gelas besar. Nama je besar tapi kuantitinya sikit. Gua rasa air tu sepatutnya dipanggil Ais Kosong Gelas Besar.


SELAMAT HARI LAHIR ABAH!!

"Ni tahun last abah nak rasa umur 40-an. Tahun depan dah 50-an dah"

Rilek lah abah...umur tak penting tapi jiwa penting.huhu.




notakeklapis: gua nak tulis semalam tapi sebab gua tak berapa nak ada mood. so gua tulis ini hari...

Friday, September 3, 2010

PULANG

Bia tiba masa nak pulang untuk berhari raya memang gua tak berapa nak minat. Ini mungkin sebab banyak hal yang karut-marut yang akan gua lalui. Perkara ini berlaku sejak gua duduk Penjara Cheras lagi. Semuanya serba tak kena dari masa nak berkemas hinggalah gua dapat nampak rumah gua yang berdiri teguh itu.

Bilik gua dah macam tongkang pecah. Macam kawasan peninggalan perang pun boleh juga. Gua lipat ala kada gua masuk. Satu beg dah kembung. Tinggal lagi satu beg. Gua tengok Kordil dah renung gua atas bawah.





notapingganmelayang: gua agak anti lah tadi. mungkin lu orang uzur tu lu punya pasal tapi takkan lah nak makan depan-depan orang ramai. main suap-suap yang gua tak tahan tu. mana lah lu orang bubuh maruah lu orang. gua agak garu kepala la tadi. tapi memang perjalanan puang gua memang happening sama macam tahun-tahun sudah. gua suka. 'terima kasih' KTM!! tu je yang gua boleh cakap.

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA

Gua macam biasa lepak-lepak dengan kutu gua. Sambil-sambil itu sang mata turut sama berbuka puasa. Atas bawah depan belakang kiri kanan semuanya di pandang tapi satu pun tak pernah lekat di hati gua. Gua geleng kepala.

Macam-macam cerita yang terbongkar. Henset tiruan, tangkap basah, EPL, Lady Gaga, Firaun, bayi, hantu, facebook, kereta Kelisa, kopi ais, blog dan yang terakhir raya. Cerita yang terakhir memang gua senyap je. Gua takde mood nak raya tahun ni. Baju raya gua pun gua memang buat tak kisah. Yang gua tahu selipar baru mesti ada. Kalau takde memang gua mogok lapar.

Sedang ngilai tawa nyaring di telinga masing-masing, ada seorang awek pandang gua. Gua cepat-cepat pandang tempat lain. Gua curi-curi usha dia lagi. Dia bangun dari kerusi dia. Rupa parasnya memang buat orang pandang dua kali tapi kalau kali ketiga tu memang dapat penyepak percuma. Dia datang ke arah gua. Gua tunduk buat-buat tak pandang. Sekali gua toleh, dia dah terpacak depan mata gua. Agak gagap juga gua. Tapi dia yang mengorak kata dulu..

"Bang, ada lighter tak?" tanyanya lemah lembut.

Gua geleng kepala ada makna.

Monday, August 30, 2010

STOK

Gua habis lab awal. Kalau ikut perancangan sebelum-sebelum ni memang Maulana lah hala tuju kami tetapi sejak JAIS buat rondaan disitu sejak beberapa hari ni memang kiteorang mati kutu. Ada suara-suara sumbang yang ajak pergi Hanifah pergi padang lah pergi jumpa Mak Cik Tegar lah. Akan tetapi, dengan kuasa veto gua semuanya gua tepis. Semua beredar. Ada yang pergi naik jejantas. Ada yang jalan lurus. Ada yang ke kanan. Tinggal gua dengan seorang lagi kutu gua ternganga,

Sambil curi-curi dengar persatuan pencuci bermesyuarat yang duduk sebaris atas kerusi merah empuk gua selak buku. Busong tengah sengih-sengih picit telefon. Gua pun turut sengih. Dari jauh, kelihatan seorang bertubuh sasa segak berbaju merah jalan menuju ke arah gua. Mesyuarat persatuan turut terhenti sambil seorang demi seorang mengangguk kepala. Hanya senyuman nipis yang dibalas olehnya.

"Ni takde kelas ke?" soal beliau dengan suara garau.

''Dah abes da...ni tengah tunggu kelas la ni," jawab Busong sengih-sengih sambil betulkan posisi.

"Jom ikut abah,'' ajak beliau.

Sampai kat situ, gua nampak dua orang makcik sedang menunggu di dalam. Kadang-kadang matanya pandang gua atas bawah sambil bibirnya petah mengukir kata. Gua agak terkejut dengan tempat itu. Tak sangka kat sini pun ada tempat macam ni. Memang betul-betul underground.

"Kak, ni berapa sepaket?" soal beliau sambil belek-belek bungkusan itu.

"Tu RM10, yang tu pulak RM14,'' mucungnya agak jauh dan tirus.

''Mana akak dapat stok ni?'' soal beliau lagi.

"Banting,'' jawabnya ringkas sambil tak pandang belakang.

Saturday, August 28, 2010

TOLONG

Petang tu dengan mata bengkak dan rambut yang kusut gua jengah ruang tamu. Adik gua dua orang dah terbongkang kat tengah lagi seorang tengah mengadap komputer. Khusyuknya kalah khusyuk masa solat. Gua terus ke dapur.

Mak gua tengah berserabut dengan masa yang agak suntuk dan menu yang masih banyak yang beum diuruskan lagi. Gua nampak satu adunan tepung sambil dalamnya berenang beberapa ekor udang. Selera gua naik. Gua jengah lagi satu periuk. Bau santan bercampur kunyit memang menusuk tapi gua tak nampak pun bekas siput kat sinki. Gua buka tudungnya. Harapan gua punah. Selera gua turun sedikit

Tiba-tiba terdengar suara kecil dari jauh

"Mak, adek nak air sirap campur cincau!!" agak pelat suara itu.

Gua naik angin tiba-tiba sebab gua memang tak boleh dengar perkataan itu. Meluat rasanya.

A D E K

Friday, August 27, 2010

LAPOK

Dalam keadaan mamai kutu gua tendang pintu bilik gua. Gua menggelisat bangun dan bersedia untuk maki hamun. Dia ajak sahur kat padang. Nak pekena tom yam katanya. Kaki gua rasa cam nak bagi sepak gunting je tapi gua fikirkan tentang karier gua pada masa hadapan gua bendung kaki gua rapat-rapat.

Sambil tunggu kutu lain siap, dia buka cerita.

"Gua masa naik KTM gua kena soal dengan polis," katanya sambil tangan masuk seluar.

"Gua disyaki jadi pusher," dia menghangatkan lagi cerita sambil masing-masing menguap besar-besar.

"Ini mungkin sebab gua jalan-jalan sambil masuk tangan dalam jaket," Perghh. Agak stylo juga kutu gua ni.

Tiba-tiba satu suara datang dari pintu....

"Ni cerita zaman bila ni?!" Agak garang dan tinggi nadanya.

NUZUL

Gua bukan jenis islamik sangat. Gua takde benda yang dituliskan atau diceritakan. Kita sambung esok-esok je cerita.

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN




notapingganmangkuk: ahli keluargaku di rumah, sila sediakan karpet merah, pulut kuning, ayam golej, karipap, cucur udang, dan tak lupa juga sipot sedut masak lemak. Nanti lagi beberapa minit sebelum buka anak ini pulang.

Tuesday, August 24, 2010

SELERA

Gua ini hari sahur wrestling superstar tapi sekor pun gua tak kenal. Yang gua ingat The Rock dengan Stonecold.

Gua berbuka dengan bentang surat khabar segmen artis sebagai alas tempat gua makan.

Monday, August 23, 2010

SYIRIK

Hari itu gua agak bengang. Gua amat perlukannya sebab keadaan agak mendesak. Dengan makcik koperasi cuti bersalin lagi. Gua amat buntu. Puas gua selongkar setiap celah-celah yang ada. Cuma celah kelangkang kutu gua je gua tak selak. Mahu makan kaki takpun selipar getah buaya ciplak yang kini boleh didapati di merata-rata tempat.

Gua terpaksa jalan jauh sikit bagi lepas gian gua. Sampai je tempat tu gua terus ke lorong tengah untuk dapatkan stok. Dengan syiling digenggam kemas gua selongkar celah-celah. Dapat! terus gua pergi jumpa tokan stok untuk setelkan urusan jual beli.

Sampai je bilik terus gua capai pen biru gua yang sebatang tu. Gua tulis Alif Lam Lam Ha atas pemadam gua dengan harapan berdosalah bagi sesiapa yang mencurinya dari gua.

Thursday, August 19, 2010

TERINGIN

Helaian atas meja gua memang dah buat hal masing-masing. Gua pun buat hal gua sendiri sambil gua buat kerusi gua berdiri dua kaki depan dan juga belakang. Dengan pen gua tinggal sebatang sebab makcik koperasi cuti bersalin. Patutlah gua tak berapa nak feel jawab ujian ini hari.

Tingkap gua kasi buka luas-luas. Langsir gua sisip ke dalam menghampiri meja gua. Agak terang keadaan di bawah. Gua sengih sorang-sorang tengok kutu gua lari-lari sambil melenturkan badan dengan pelbagai gaya dan aksi sambil sedikit carutan kadang-kadang terpancut.

Gua scroll atas bawah tekan kanan sikit gua selak muka surat baru. Tak banyak yang gua baca gua balas. Sekali lagi gua scroll atas bawah. Tiada yang menarik perhatian gua sangat.

Kan seronok kalau sekarang ni gua boleh geli-geli dengan awek........

Wednesday, August 18, 2010

SENYUMAN

Gua masuk ikut pintu belakang bersamanya. Agak gugup juga. Gua cari port baik punya supaya gua dapat usha dia dengan jelas. Gua senyum je tengok dia. Petah juga dia berkata-kata. Sambil itu, gua belek-belek juga nota tulisan gua yang dah macam hasil rompakan dari arkib negara. Gua belek gua usha dia gua belek gua usha dia sehingga sejam berlalu. Hati gua tenang tengok dia berehat atas kerusi dia. Gua keluar.

Kali ni dia agak lambat dan masuk ikut belakang tapi gua masuk ikut pintu depan. Matanya sempat mengerling ke arah gua dan lantas dia mengukir senyuman. Dalam keadaan hingar bingar, nama gua diseru olehnya. Gua bingkas pergi kearahnya dan menolong apa yang patut. Pertolongan gua hanya dibalas dengan senyuman. Itu pun sudah memadai bagi menenangkan hati gua yang kian resah dengan tulisan-tulisan itu.

Gua melepak dengan kutu-kutu gua agak lama dalam bilik berhawa dingin itu. Kaki gua dah rancak bergoyang sambil gua gosok-gosok lengan gua yang agak tebal lapisan lemaknya itu. Sekali lagi dia menyusur melalui pintu belakang dengan termengah-mengah. Agak kelam kabut kutu gua memperbetulkan posisi masing-masing. Dengan nada yang agak tinggi dia menyuruh gua tulis nama gua kat kertas itu. Gua agak berang tapi gua turuti juga. Gua terus belek-belek kertas itu sambil gua usha dia bergayut kat belakang. Kadang-kadang matanya merayap.







notapingganmangkuk: gua hari ni agak sakit dengan ujian yang berderet. tak banyak ruang kosong yang ditinggalkan. gua harap esok gua boleh buat.termo bai...mati gua. lagi satu benda...gua punya myline gua tak sentuh lagi tapi blog dengan fb gua rajin. tak tahu apsal. gua kering idea la nk cite pasal lagu-lagu ni. kalau lagu tu bes takpe...ni lagu haram mana tah dorang rembat. takpe esok masih ada...

Tuesday, August 17, 2010

LONGLAI

Gua mulakan hari gua dengan senyuman mesra sambil kepala gua seakan-akan tenang memikirkan apa yang akan muncul di dalam sana kelak.

Gua cuba mengambil semangat tasik berhampiran tempat kejadian. Hati gua sedikit tenang sambil keadaan agak hingar bingar diseberang sana dengan keluh kesah masing-masing. Gua gelak-gelak sikit, garu-garu sikit, selak-selak sikit gua masuk.

Gua duduk dengan kutu-kutu gua dengan harapan akan ada adegan jeling-menjeling, lontar-melontar, bisik-membisik tetapi itu semua hanya perancangan.

KABOOM!! BANG! BANG!
Gua dengan kutu gua longlai dikerjakan oleh kumpulan tulisan yang statik membisu tanpa sebarang senyuman itu. Cilakak.

Sunday, August 15, 2010

DIARI RAMADHAN 5

5.25 pagi

Gua tersentak dari tidur gua yang tak berapa nyenyak itu. Pengera kecil gua tak berbunyi. Gua tertanya-tanya. Mungkin pengera itu terlalu letih. Gua mengelisat capai botol air 1.5 liter. Gua teguk sampai isipadunya tinggal 1 liter. Gua nampak kurma atas meja gua, gua sental 2 biji. Bijinya gua buang melalui tingkap dan berharap ia akan menjadi pohon kurma yang membuahkan hasil. Gua sambung tidur.

9.30 pagi

Dengan tahi mata gua bertepek lagi, gua baca nota maya gua. Sedar-sedar dah habis satu bab. Gua sambung tidur lagi.

11.30 pagi

Beban kat mata gua makin banyak. Gua selak buku biru gua pulak. Tak banyak benda yang gua baca dan balas. GUa capai tuala gua yang tersergam indah kat ampai baju gua, gua mengorak langkah malas dengan bunyi seretan selipar yang boleh membuat gua dapat satu balingan selipar dari bilik-bilik di hadapan.

2.30 petang

Perut gua dah merengek. Gua sambung tidur bagi menenangkan perut gua.

5.50 petang

Kepala gua dah berat tetapi gua tetap kuatkan diri untuk bermain. Banyak juga perlawanan yang gua menang. Katil sekali lagi memanggil gua tetapi kali ni gua hanya bermanja-manja je. Gua dah nekad tak mahu tergoda lagi.

6.34 petang

Haruman di kafeteria memang agak sedikit menggoda. Tak banyak juadah yang disediakan. Gua tibai je mana yang gua nampak senyum-senyum kat gua.

7.28 malam

Gua menyantap sampai otot bahagian perut gua tak boleh mengecut. Gua terbaring longlai.






notapingganmangkuk: Alhamdulilah sebab gua dapat menyempurnakan ibadah puasa gua yang tak seberapa ni. tapi yang penting gua nak tengok 2 ekor laok yang akan bertarung malam ni. satu pasukan cap ayam lagi satu pasukan meriam buloh. gua target ini malam seri dengan 1 jaringan setiap satu. tak lebih tapi boleh kurang.

gua rindu kat masakan mak gua...memang nak balik tapi xley balik..sori mak n abah..nanti 2 minggu lagi baliklah anak ini...saba naa...huhu

Saturday, August 14, 2010

PANAS

Malam tu memang cuaca agak ideal untuk mengalami mimpi-mimpi indah. Jadi, gua ambil keputusan untuk merasai aura malam itu dengan bertapa bersama komputer riba gua. Gua terus selak buku biru gua. Tak banyak benda yang gua kena baca. Gua selak satu-satu sambil senyum-senyum. Dalam keadaan yang sedang seronok, ada satu ayat yang betul-betul buat gua panas. Gua dapat rasa jantung gua pam laju-laju dan tangan gua gigil-gigil nak bagi penumbuk dan pelempang. Gua memang panas sampai gua terus bukak baju dan buka tingkap luas-luas.



notabukulima: gua bukan tak berani. gua cuma ada banyak komitmen yang gua kena utamakan dulu sebab gua masih bergelar seorang pelajar sama macam lu. lu pun gua tengok hidup terumbang ambing. so takyah la nak berlagak macam lu tu bagus sangat ok.

p/s: i'm not hotter than u!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN

Gua punya target ramadhan ni gua nak

- beli ayam golek pastu makan sorang-sorang.

- ngorat makcik jual kuih

- curi mesin tebu dengan tebu-tebunya sekali

- rapat dengan imam atau tok siak surau-surau lebih-lebih lagi lepas tarawikh

- gegar kedai mamak yang kedainya dibiarkan separuh terbuka

- khatamkan quran





notapingganmangkuk: alhamdulillah sebab tahun ni gua dapat jumpa dengan ramadhan lagi. walaupun gua rasa baru je gua posing-posing tangkap gambar tepi gambar pakai semat-semat gua tetap gembira menerima kedatangan ramadhan. gua rasa kuncu-kuncu gua boleh tahan nafsu serakah dorang dari melakukan onar di dewan kuliah, bilik kuliah mahupun bilik tutor.

Sunday, August 8, 2010

KELEWATAN

Macam biasa kiteorang memang selalu lepak makan lama-lama. Macam-macam kisah terpancut dari mulut masing-masing. Ada cerita tenis, pelekat, telefon bimbit, wireless dan macam-macam benda lagi yang boleh diterima akal.

Sedang rancak berbual, tiba-tiba ada satu suara yang menyentap kalbu gua

"Kau bila lagi ni? lambat lah brader..."

Gua terus tunduk dan terus menyantap makanan gua yang memang menyelerakan itu.

Wednesday, August 4, 2010

PENCARIAN

Dalam dingin petang yang cuacanya agak suam-suam kuku gua dengan membe gua meluncur laju di dalam kesibukan jalan. Gua sampai agak lewat sebab gua ada ujian tadi. Soalan memang mencabar dan keadaan dikeruhkan dengan konduktor yang tak ingin melepaskan gua pergi.

Bila sampai je gua pun pergi buat apa yang patut, pakai boot, pakai seluar dan gua hanya tunggu masa nak sarung jersi keramat tu je. Bau kedai masih dapat dihidu meskipun telah bercampur dengan bau-bauan yang lain. Separuh masa pertama tamat dan sedikit perbincangan kumpulan diadakan. Perbincangan agak tegang tapi berjaya dikawal.

Separuh masa kedua bermula. Harapan gua untuk beraksi memang semakin memuncak. Masa dah semakin suntuk, kemenangan memang sudah menjadi milik kami tetapi harapan gua untuk beraksi memang gua tak mahu padam. Tapi semakin masa berdetik, semakin itulah harapan gua perlahan-lahan malap dan fuhh....dihembus padam dengan kencang oleh tiupan wisel sang pengadil yang berkaliber itu. Gua pulang dengan perasaan yang bercampur baur antara marah dan sedih. Perasaan gembira memang gua dah tinggalkan di padang bersama sahabat-sahabat gua yang lain yang dapat beraksi sebentar tadi. Gua masih terkapai-kapai mencari sebab yang munasabah.......


notabukulima: gua nak ucapkan tahniah kat team gua. even mendapat caci maki dari rakan-rakan anggaplah benda tu satu pengajaran. korang bertuah dapat main gak. gua dari dulu asyik bertapa dengan bekas ais tu je...hop gua dapat main tok nex game. gua pun tak tahu apa pasal gua tak main tadi. gua tengok sume dah terjelir-jelir dah tadi. maybe bukan rezeki gua. gua lambat pun sebab gua ad tes tadi. gua rasa gua dah cakap dengan lu orang sume. so janganlah nak tarik2 muka dengan gua sebab gua datang lambat tadi. gua bukan bajet star ok....

p/s: sori sebab gua cam emo lebih je kat page gua ni sebab memang gua tengah down sekarang ni.....

Tuesday, July 27, 2010

KESIBUKAN

Kertas atas meja gua memang dah melambak dan ini mungkin membuatkan Raju seronok untuk mengambilnya demi sesuap nasi. Tak sempat gua nak kemas, tiba-tiba....

Bang! Bang! pintu gua dihentak dengan agak ganas. Gua punya junior datang. Kalau datang bawa makanan gua tak kisah ni datang nak tanya gua pasal macam-macam. Gua jawab pertanyaan dorang pening-pening dan ada juga sedikit unsur penipuan bagi mengelak dorang bertanya dengan lebih terperinci. Dengan muka yang agak terpinga-pinga dorang beredar. Gua lega dan kembali menyambung kerja gua yang tak siap-siap lagi ni.

Bzz...bzz..bzz..fon gua terketar-ketar kat sudut meja gua. Gua tengok gua senyum-senyum pastu gua balas. Gua sambung sikit kerja gua sekali lagi fon gua terketar di sudut yang sama. Sekali lagi gua baca gua balas.

Dalam gua menggedik-gedik menaip mesej gua jenguk jam gua. Cilakak, gua dah lambat turun padang. Gua tinggalkan fon gua atas katil keseorangan tanpa teman dan gua pecut ke padang.



notabukulima: macam biasa gua tengok dusun buah gua ni dah berhabuk. gua memang agak sibuk sekarang. maaf lah kepada pembaca blog gua yang gua rasa tak sepopular blog-blog kawan gua. Tapi gua percaya memang ada orang yang baca blog gua yang tak sehebat blog kawan-kawan gua yang lain. Terima kasih kepada pembaca sekalian..... :)

Tuesday, July 20, 2010

SAYONARA

Setelah begitu lama meninggalkan alam kerjaya gua baru gua ingat yang gua belum lagi mengucapkan selamat tinggal kepada tempat kerja gua.

Tempat kerja gua terletak di Jalan Templer, Petaling Jaya. Kawasan tempat gua kerja memang dikerumuni oleh gudang-gudang besar yang tak glamor macam tempat kawan-kawan gua kerja. Gua kerja mula pukul 10, jadi gua memang takkan ada masalah dengan gaji kena potong atau rusuhan ahli persatuan kerja. Gua pergi kerja tak pakai hensem-hensem yang sekali lagi tak seperti kawan-kawan gua yang lain. Kalau gua tak mandi sekalipun memang tak ada orang ambil peduli sebab memang muka rakan-rakan kerja gua pun memang macam tak mandi. Gua biasanya akan memperagakan baju tidur gua yang paling cantik untuk ke tempat kerja. Gua memang suka benda macam ni.

Banyak benda gua rindu kat tempat kerja gua. Antaranya pintu tandasnya yang dah macam zaman perang. Kalau lu orang taknak kena intai dengan mat bangla atau nepal mahupun myanmar lu orang kena ikat tombol pintu tandas tu dengan dawai halus. Ada gak tandas yang lu orang kena baringkan batang mop untuk jadi penyendal. Tak lupa juga ada yang terpaksa angkat-angkat pintu. Hanya sedikit carutan terpancut bila mengenangkan perkara itu.



notabukulima: gua ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerja gua yang telah banyak membantu gua yang gua rasa pertolongan tu sebenarnya tak patut. Tak gitu brader botak?

Saturday, July 17, 2010

DEJA VU

Alejandro bersama konco-konconya yang kini seperti tinggal 3 orang dari 6 orang kelam kabut masuk kelas. Kelas dah penuh. Kerusi tak cukup. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk bersimpuh di lantai sambil membentang tikar getah yang diambil dari bilik tanpa rasa segan silu.

Kelas agak hingar bingar dengan pembincangan mengenai masa yang agak perlu disendatkan oleh pelbagai pihak. Ramai pihak yang tak mahu mengalah kerana masing-masing ingin memiliki masa rehat yang cukup. Kelas tu seperti reunion bagi Alejandro kerana telah menghimpunkan pelbagai peringkat umur sahabat-sahabat Alejandro yang datang dari pelbagai generasi.

Tiba-tiba, datang sehelai kertas yang berwarna putih yang sudah dilakar atasnya petak-petak yang kalau manusia yang buat memang hodoh rupanya. Alejandro menulis nama penuhnya sambil menjelirkan sedikit lidahnya dengan muka yang kadang-kadang nak minta tumit kaki singgah dibahagian bawah kiri bibirnya itu.

Setelah Roberto dan Fernando membuat perkara yang sama seperti Alejandro, kertas itu meneruskan perjalanan ke hadapan. Muka Alejandro agak risau seperti muka seorang ibu melihat anaknya pergi PLKN kat Sarawak.

Selang beberapa minit, muncul lagi satu kertas. Alejandro berasa was-was.

"Bukan aku dah tulis ke tadi?" soal Alejandro kepada Roberto dan Fernando yang seperti sudah disedut rohnya.

Alejandro tak mengisi dan memberinya ke hadapan.

"Wei isi jela," kedengaran satu suara yang menghentikan gerakan Alejandro.

Alejandro, Fernando dan Roberto terpinga-pinga. Lantas mereka tetap membuat hantaran silang dibahagian sana.

Wednesday, July 14, 2010

SIBUK

Tett! Tett! kedengaran bunyi nada dering gua yang kadang-kadang agak menjengkelkan bagi sesetengah orang tapi itu yang membuat gua tersengih-sengih sorang-sorang.

Gua baca gua balas. Gua melangok jap. Sekali lagi nada itu membuat hingar bingar. Dan sekali lagi gua baca gua balas. Perkara ini boleh berlanjutan sehingga ke larut malam. Ada juga kadang-kadang gua terlelap sambil tangan mengenggam fon gua yang tak berapa canggih tu. Mak gua agak risau.


notabulima: sori gua lama tak mencarut kat dusun gua ni. Gua agak sibuk sekarang semenjak gua bergelar abang ni. Ni pun gua tulis blog gne fon. Memang cilaka punya sibuk.

Sunday, July 11, 2010

MAIN CINTA

Satu petang pada tahun 2005

Macam biasa lepas pukul 2.30 petang memang waktu mesyuarat konco-konco kelas atas. Uniform masa mesyuarat mestilah berseluar hijau sambil kemeja putih dibiarkan keluar. Tali leher juga dibenarkan tapi tak digalakkan. Ada juga ahli mesyuarat yang memakai seragam serba putih yang rata-ratanya bertubuh sasa.

Mesyuarat dimulakan dengan agenda membuat serbuan di sebuah gerai menjual makanan yang rata-ratanya disediakan di tepi jalan tanpa mengambil kira soal kebersihan dan hanya memikirkan soal kuantiti. Selepas itu, agenda diteruskan dengan duduk di sebuah perhentian bas sambil membuka segala cerita mahupun aduan. Rancangan untuk berbowling pada hari Sabtu juga boleh diusulkan tapi akan membawa mesyuarat berjam-jam lamanya untuk mendapat kata putus.

Tengah mesyuarat tiba di kemuncak yakni tatkala masing-masing menghabiskan hirupan terakhir, Alejandro secara tiba-tiba berkata

"Aku rasa aku nak couple lah"

Fernando gua tengok dah belek-belek begnya yang sudah bertahun tak tukar, Alvyn pula buat-buat muka sangap dengan buaian, Simon dah minta diri nak balik, Paul pula menundukkan kepalanya sambil Jason mengusap belakangnya.


Satu petang pada tahun 2010

Gerakan ke lombong dirancang pada akhir waktu tapi dipersetujui oleh ahli-ahli pakatan dengan sekali ajakan saja. Sampai di lombong macam biasa kami akan berbowling. Alejandro antara orang yang gembira. Tak tahu apa pasal. Lepas puas berbowling yang macam biasa Alejandro akan pulang dengan hampa kami akan berkunjung ke gerai Israel demi memenuhi ruang kosong di bahagian perut kami. Kami memang tak terlibat dalam mana-mana gerakan boikot Israel atau ganyang Israel jadi kami bebas dan tak macam sesetengah orang yang kadang-kadang menyeksa diri mereka sendiri.

Ayam menjadi santapan kami. Sedang adegan unggis-mengunggis, Alejandro bersuara dengan muka yang tak yakin

"Aku rasa aku nak cari awek lah"

Suasana hingar bingar di satu sudut saja. Basri gua tengok semakin rakus mengambil jejari itu, David gua tengok dah mula jilat-jilat jari, John gua tengok pula dah pandang daring kat awek yang basuh tangan tak habis-habis sambil kadang-kadang jeling Alejandro yang terkial-kial makan ayam tu. Sambil itu, Wirjono belek-belek fon barunya yang boleh sentuh-sentuh.




notabukulima: thanks for the followers! gua juga ada plan nak buat kenduri kecil-kecilan kalau gua punya konco-konco mencecah 45 orang. so rajin-rajin lah jengah-jenguh dusun gua ni yo!

Thursday, July 8, 2010

PIALA DUNIA YANG LAIN

Itu hari gua ada cerita pasal RWC yang akan diadakan pada tahun hadapan. Gua masa sekolah-sekolah dulu memang main kriket untuk cari merit. Jadi, tadi ada lah belek-belek tiba-tiba gua dapat tahu yang Cricket WC turut berlangsung pada tahun hadapan. Gua senyum nipis. Gua memang nak tengok tapi tu lah kat Malaysia memang sukan ni memang langsung tak dapat tempat di hati rakyatnya yang hanya tahu minat bola yang memang semestinya takde hala tuju. Gua sedih tapi kalau lu orang nak tengok live benda-benda ni memang lu orang boleh mati kebosanan lah sebab match dia memang makan masa 1 hari.

Tapi serius gua cakap kalau lu orang tak paham apa-apa lu orang bosan. Gua taknak cakap banyak. Lu orang boleh belek-belek kat sana sini lah.


notabukulima: Sekali lagi team faveret gua England masuk ini WC dengan bergaya sama macam RWC bukan macam FWC. hahaha

Monday, July 5, 2010

JAJA

Gua bila naik kereta memang gua suka pasang radio. Kalau tak pasang memang gua rasa semacam je lagi-lagi dengan bunyi kereta Jepun gua yang dah tak berapa nak sedap telinga mendengar.

****

Gua memang kena call ini nombor sebab kalau gua tak call memang nahas gua. Gua dengan konfiden sambil terkumat kamit memicit-micit butang fon gua dengan yakinnya.

Trutt....trutt...... "Helo, ini Encik ****** ke?" tanya gua.

"Eh, bukanlah. Salah nombor ni!" jawabnya tegas.

"Hmm...takpelah kalau macam tu. Maaf ye menganggu" balas gua sambil sengih-sengih macam kerang busuk.

"Bodoh punya orang!" Papp. Terdengar bunyi hempasan ganggang. Gua angin satu badan. Cilakak. Cakap elok-elok tak boleh.

Tiba-tiba gua punya sifat hitam merasuk diri gua. Gua bagi nombor telefon brader tu kat kawan-kawan gua.

"Wei, call lah nombor ni. Nasi ayam dia terbaik bai," ujar gua dengan yakin. Kawan-kawan gua tersengih-sengih dan gua lagilah tersengih-sengih.

"Apa pasal orang nasi ayam tu marah-marah? Taknak meniaga ke?" kawan gua merungut. Gua gelak besar dan gua pun ceritalah pasal kejadian itu hari. Kawan gua gelak lagi besar. Dia pun turut sama menyebarkan nombor brader tu.

Satu malam tengah gua lepak-lepak, idea jahat gua sekali lagi menerjah benak fikiranku. Gua pergi menghadap laptop gua. Gua taip-taip gua design cantik-cantik punya gua print. Gua bergegas ke kedai fotostat bawah sana.

"Bang, kasi rezo ini barang," arah gua kat budak fotostat tu.

"Aik bang, bila masa pulak abang buat bisnes nasi ayam ni?"tanya budak tu tersengih-sengih sambil memicit-micit butang pada mesin itu.

"Ala, tolong-tolong kawan sikit. Pe salahnya kan?" balas gua sambil angkat-angkat kening gua yang agak lebat tu.

Esoknya gua merayau satu Desa Pandan. Tiap-tiap kedai gua tampal iklan nasi ayam tu. Pantang ada orang melintas depan gua, gua bagi itu kertas. Kat kereta-kereta pun gua sangkutkan. Gua senyum nipis.




notabukulima: Ehsan dari Riuh Pagi di Era. Cerita disampaikan oleh Aznil yang diceritakan oleh sahabatnya.

UNTUNG

"Trutt.....trutt...." telefon gua berdering. Gua tengok nombor gua kenal. Gua sangkakan panggilan hangit ataupun Can I Help You? Taiko Taiwan memanggil. Gua angkat. Bahasa Melayu dia memang berterabur. Gua angguk paham je. Cilakak. Gua kena pergi ofis gua balik.

Pergh. Panasnya memang berdenting. Gua dah boleh bayangkan gua duduk sebelah Sami bergambar bersama-sama dan awek dia kata "Ni adik ke bang?" Gua mengeluh.

Sebelum gerak gua kasi penuh itu tangki buat kali kedua ini hari. Bangla kaunter tersengih-sengih picit-picit skrin tu. Gua isi dengan tanpa kerelaan sebab sepatutnya bajet gua ni guna untuk esok. Gua pasrah dan terus masuk gear 1 lantas memecut.

Dari jauh gua dah nampak bangunan hijau yang tersergam gagah diatas puncak sana. Banyak kereta beratur untuk membayar perkhidmatan jalan raya dan lebuhraya yang gua rasa memang kerajaan dah pulang modal sejak 18 tahun lepas lagi. Terpancut sedikit ketidakpuashatiaan gua kat kerajaan yang hanya mahu tekan rakyat je. Ini dah kali keempat gua lalu itu bangunan ini hari.

***********

Gua bosan gua balik. Macam biasa gua kena tempuh pagar tu kalau gua nak balik rumah gua. Gua nampak dia dah tersengih-sengih kat situ. Gua pergi dekat dia. Dia usap bahu gua kali ni. Tak pernah-pernah dia buat macam ni kat gua. Gua angin satu badan. Dah lepas usap bahu gua dia melayarkan jari jemarinya keseluruh tubuh gua yang gempal ni buat kali ke-4 ini hari. Sekali lagi gua pasrah. Gua berlalu pergi dengan lajunya tanpa menoleh ke belakang.

Gua singgah gerai Makcik Exora buat kali ke-3 ini hari. Gua teguk limau ais dengan air kosong gua cabut.

Gua pulang dengan memikirkan semua benda yang gua buat ini hari sia-sia.

Sunday, July 4, 2010

NOTA

Gua rasa agak tak keruan ini hari. Mungkin sebab peti masukku tidak diterjah oleh sesiapa. Mungkin juga sebab gua pergi ziarah pusara nenek gua. Entah la, gua pun tak tahu apa pasal.

Hari ni gua buat benda sume takde mood. Main game asyik tak lepas je, main game bola asyik kena bantai je, makan pun gua rasa cam tak kenyang dari satu senduk ke satu senduk lagi sampai habis satu periuk. Gua mandi pun tak berapa nak feel sebab syampu gua dah habis. Nak berkerepek takde stok. Tengok tv lagilah gua rasa macam nak off je.

Gua rasa ni semua sebab satu nota yang gua baca kat buku biru itu yang berbunyi seperti ni.......



nota cinta.. ♥ ♥



"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.


Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!





Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.


“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.


“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…



Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL


Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…



sumber : iluvislam



notabukulima: gua minta maaf sebab gua rasa bengkak mata lu orang baca post gua ini hari. panjang nak mampos. gua juga nak ucap terima kasih sebab luangkan masa lu orang baca nota ini. thanks...

gua hanya mahu berkongsi je. gua mintak maaf jika gua ada menyinggung mana-mana insan. gua sebenarnya rasa bersalah post benda ni. gua tak tahu apa pasal. sekali lagi gua mintak maaf kat sesiapa yang mungkin tersinggung.

NAZAR

Macam biasa bila gua balik kerja gua pon guling-guling atas katil tak pun sofa yang empuk tersergam indah di ruang tamu rumah gua. Gua ambil keputusan gua nak lelapkan mata gua sebab semalam gua tengok Ghana main. Lu orang memang terbaek tapi jangan sedih-sedih sebab lu orang punya negara memang supportive.

Dalam gulingan gua yang agak berahi tu tiba-tiba terlintas imej Maradona tapi dalam keadaan segak berbaju sambil mukanya riang gembira. Menggelisat gua bangun. Gua cuba tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri gua. Gua cuba mencari apa maksud lamunan gua sebentar tadi? Adakah nazar dia untuk menayangkan tubuh badannya itu berjaya??

Gua cepat-cepat bukak laptop gua yang sememangnya dah terpampang kat sudut tu. Gua cari-cari, gua baca-baca. Gua risau dan berharap German dapat bantutkan nazar jiran gua tu.

Cerita selanjutnya boleh baca di sini sana




notabukulima: german main memang cantik tp tak kurang juga argentina. again, its all about luck dan niat kita kena betul. tak gitu encek maradona??

TRIVIA: maradona > maradono
messi > messy
tevez > takbes


gua suke tengok aksi-aksi penyokong yg menukar gambar profile mereka di facebook. nasib baik gua tak sesengal tu.

Friday, July 2, 2010

BARU

Dari jauh lagi gua dah dengar. Pung pang pung pang bunyi rock kapak yang dialunkan dalam segmen Rock Selamba yang dipancarkan oleh Suria. Gua tengok muka Brader Klang I dan II memang nak bagi penyepak. Gua memang tak percaya dorang berdua tak layan lagu rock kapak yang macam tu. Ini sebab gua tengok dari penampilan ala-ala rock brader-brader dengan seluar koyak kat lutut, rambut panjang rebonding yang hanya botak dibahagian tepi dan sedikit bau yang menunjukkan dorang tu brader-brader sejati. Tapi pandangan gua silap.

Masa melangkah masuk gua tengok ramai manusia dalam port gua bekerja. Gua nampak rambut kuning, rambut pacak, skinhead, rambut indie, seluar kecik kat bawah, muka pemain bola sepak Malaysia. Brader Klang I dan II berbisik-bisik sesama sendiri. Gua rasa dorang ada rancangan nak pukul budak-budak tu masa balik nanti.

Gua saspek ni budak-budak Kampung Dato' Haron. Takpon budak-budak Taman Sentosa. Kalau budak Klang memang budak-budak ni dah tegur Brader Klang sebab siapa tak kenal Brader Klang. Kalau budak Banting memang dorang dah terkinja-kinja macam kat Konsert Jom Heboh. Gua memang tak rasa ni budak-budak Shah Alam sebab kalau tak mesti sudah kedengaran lagu Techno dan ada adegan shuffle.

Kami buat kerja tak tenang ini hari. Memang bingit telinga gua dengar dorang borak-borak. Kalau tangan tu jalan takpe. Sekali lagi gua tengok Brader Klang berbisik sesama sendiri.

Thursday, July 1, 2010

POSTER BOY

Muka korang memang banyak ditampal merata-rata tapi persembahan korang semuanya amat 'memuaskan'. Ni dia muka-muka dorang yang menyerikan FWC tahun ni. Syabas dan tahniah lah diucapkan kat korang berlima ni.

bermula dengan........

no.5
Fernando Torres. Kau main memang macam kau main masa kat Liverpool. Aku suka sangat. Penat je Villa bagi bola kat kau tapi.......


Seterusnya, pemain handalan dari Inter Milan....
No.4
Samuel Eto'o. Dia ni memang bukan menjadi kegilaan ramai gadis-gadis yang hanya menonton bola sebab nak tengok jejaka tampan yang berotot. Tapi bagi penggemar bola yang setia, mata kami memang tertumpu padanya. Kau agak perform tapi cuma team kau je yang tak mampu bermain dengan bintang macam kau.

Sekarang, aku rasa korang memang tak sangka tapi memang kalau korang tengok dia main memang seronok tapi cuma dia tak menjaringkan gol. So, ini menyebabkan persembahan kau tak menepati cita rasa peminat bola sepak dunia ni

No 3


Lionel Messi.
Penyerang dari kelab Barcelona ni memang lincah tapi tak menjaringkan gol langsung sepanjang 4 perlawanan.


Ini turut diikuti oleh

No 2


Wayne Rooney
. Ya...tu dia pemain harapan England dan Manchester United. Aku tengok kau main macam pe tah. Aku rasa kau terbawak-bawak dengan iklan Write Your Future tu lah sebab tu prestasi kau dalam Piala Dunia ni tak menyerlah.


Sekarang sudah sampai ke juara, aku rasa bagi penonton setia korang pon akan setuju dengan aku. Dia pernah menjadi Pemain Terbaik Dunia.
Jeng...jeng....*drum roll*.......Kaching...




Cristiano Ronaldo. Dia memang kacak dan sasa. Ramai pompuan sokong Portugal sebab nak tengok dia beraksi. Aku rasa persembahan kau paling tak mantap sebab semua orang dah tahu cara kau main. Lagipun, kau kena mark kaw-kaw punya. Takpe...aku paham tapi dengan title kau tu takkan kau tak boleh buat sesuatu kot?

PIALA DUNIA

Memang sekarang tengah hangat dengan bola sepak piala dunia. Ini telah menyebabkan peningkatan dalam banyak kejadian bunuh diri, kerat tangan, rumah kena simbah cat, langgar lari, rusuhan, bakar kerusi stadium, maki hamun, buang bayi, korek duit tabung dan macam-macam lagi kejadian menghayat hati yang korang boleh juga jenguk di sini.

Sejak Portugal tersingkir daripada menjuarai Piala Dunia, aku semakin tak keruan menunggu satu lagi piala dunia iaitu Ragbi Piala Dunia (RWC) pada tahun hadapan. Nasib baik Portugal tak layak masuk piala dunia ni kalau tak memang aku dah sokong untuk balas dendam. Dalam FWC England memang aku tak yakin sangat dorang boleh menang tapi dalam RWC ni aku yakin sangat-sangat.

Tahun ni New Zealand jadi tuan rumah. Aku harap dorang boleh menang lah sebab dah lama sangat dorang tak menang. Sebab mengikut rekod-rekod lampau sape jadi tuan rumah sering menjadi juara.

Aku tak nak cakap banyak. Korang boleh jenguk-jenguk kat sini untuk tahu lebih lanjut. Bagi yang ada penyakit 'like' boleh lah lepaskan gian korang kat sini juga.


"Rugby is a game that played by a gentleman"

"Nothing is thicker than rugby"

"Play until you die"

"Play hard not harsh"

"Rugby is not an individual game that played like soccer"


notabukulima: masih lagi hampa dengan penyingkiran Portugal dan England dalam FWC. aku memang tak mahu Argentina menang sebab sanggup ke korang tengok laki tua yang gemuk lari bogel di tengah padang sambil tersenyum bangga dengan badannya diselaputi bulu-bulu kerinting??

KAWAN

Lepas balik dari sekolah campak beg atas kerusi, bukak stokin gulung-gulung pastu campak, masuk bilik bukak baju, tukar seluar aku terus tidur. Aku tak fikir pasal makan sangat masa tu sebab mak bapak aku bagi makan Champs tiap pagi. Mak aku pun kadang-kadang turut serta. Anak beranak terbongkang kat tengah rumah. Pencuri masuk pun aku rasa tak sedar kot.

"Shakir.....oh shakir......"layaran tidur ku dicantas secara tiba-tiba. Agak kuat lolongannya itu.

"Potong stim betul lah.." keluh hatiku sambil terkebil-kebil dan terhuyung-hayang mencari daun pintu. Memang seperti yang terlakar di kotak fikiranku. Khairul.

"Cepatlah wei...dah pukul berapa dah ni?" rungut Khairul yang segak berbaju melayu lengkap bersampin dan bersongkok lapoknya itu serta kasut putih yang sudah ada tompok-tompok hitam. Maklumlah dah hari Rabu kot. Memang dah banyak lah tapak-tapak yang lalu kat kasutnya.

"Haa....aah...jap ye...nanti aku siap" jawabku tenang sambil Khairul dah buat muka macam baru curi Gempak kat kedai Aman Saf.

Aku pun bingkas naik ke atas dan mencapai tuala yang masih lembap yang kemas tersidai di hujung katil.

"Zass..zass...zass..."bunyi yang dihasilkan oleh percikan air dari gayung ke lantai tandas memang rancak dan nyaring. Aku tak mandi guna air pancut sebab itu akan melekakan aku.

"Mak....baju Shakil mana?" tanya aku sambil mengoncang-goncang mak aku yang sedang lena itu.

"Kat bilik mak la...tergantung kat almari tu tapi sampin ambil kat ampai lah...mak tak gosok lagi.." jawab mak aku longlai.

Aku terus nyalakan seterika pada tahap maksimum. Ni kalau aku tepetkan kat muka Cikgu Rosli memang sedap. Baru dia rasa macam mana pelempang dia hinggap kat muka aku waktu tu. Aku tonyoh sampin tu laju-laju sampai 'ironing board' tu turut sama berhenjut dan menari-nari.

Jam sudah menunjukkan 2.13 petang. Lambat lagi. Pengawas masuk lambat takpe, ada alasan nak periksa pagar belakang kalau-kalau ada budak yang ponteng atau datang lambat. Aku ambil keputusan capai biskut Tiger sikit.

"Dah sembahyang belum?" tanya mak aku sambil matanya masih lena.

Aku hanya mampu tersengih dan terus pecut pergi sembahyang. Aku intai Khairul. Bajunya dah ada kolam ternakan ikan masin kat bahagian belakang. Aku senyum nipis. Kesian dia tapi suruh datang awal-awal. Macam tak biasa dengan aku.

Salam salam cium cium aku terus panjat atas basikal hijau aku yang bergear 5 itu. Khairul pun terus panjat belakang. Memang cilaka...berat nak mampus tapi nasib baik aku dah pump tayar semalam.



Monday, June 28, 2010

IDEA

Gua minggu ni memang bercelaru sikit. Sejak-sejak RMK-10 diuar-uarkan gua makin sibuk. Sampai skandal gua sanggup datang rumah gua ajak lepak-lepak. Nak bincang pasal projek la tu, gua tahu isi hatinya dalam-dalam.

Gua tak tahu nak tulis apa. Tulis pasal Gabai gua rasa macam dah basi. Tapi gua tulis jugak. Gua garu-garu gua ketuk-ketuk masih tak idea. Gua menyerah tak mahu tulis.

Tiba-tiba idea nak tulis pasal cara nak berjimat datang. Tapi gua pikir-pikir balik masa gua berbelanja dulu gua batalkan niat sebab gua takut JAIS datang gegar rumah gua. Tak pasal-pasal gua kene denda RM3000 nanti.

Takkan gua nak cerita pasal persatuan penduduk tempat gua tinggal kot. Tak berbaloi bila gua terkenangkan muka Botak yang memang cilaka dalam menjalankan tugasnya. Dah pindah pergi tempat lain tapi masih nak pegang jawatan kat sini. Memang perangai cam haram. Gua tak kesah kalau dia jalankan tanggungjawab dia tapi satu haram benda pun dia tak buat. Yang dia tahu hantar notis minta duit penyelenggaraan.

Hati gua masa tengok England lawan Jerman semalam memang tak tenang. Tangan gua menggigil je nak tulis tapi lagi sekali bila gua mula selak buku biru gua semuanya hilang. Gua dah mula resah. Masa tengok Argentina lawan Mexico pon gua gigil gak. Gua rasa macam nak pergi tumbuk je linesman tu. Memang dua match semalam linesman semput. Gua tak tahu nak cakap pe dah.

Ada juga gua nak cerita pasal kisah cinta-cinta tapi mengenangkan gua takde awek sekarang baik gua senyap. Kang tak pasal-pasal gua kena hentak dengan pasangan yang sedang seronok bercinta mahupun yang sedang dilanda badai ombak tsunami.

"Marilah idea datang kepadaku," pujuk gua.

Friday, June 25, 2010

CIPLAK

Gua memang dah buntu tak tahu nak tulis pe. Hujan makin lebat kat luar tapi mata gua tak teringin langsung nak pergi jalan-jalan. Jadi gua ambil keputusan nak buka buku biru gua. Gua sengih sorang-sorang baca segala tulisan yang terdapat kat situ. Tapi hati gua masih tak tenteram. Gua memang kena post satu benda ni.

Dalam keadaan gua yang tak berbaju gua redah mana-mana blog yang gua jumpa. Blog orang hilang punca la, blog si tinggi lampai, blog bola la, blog teman sepenjara gua, blog kawan gua masa gua kat alam matriks dulu, blog awek kawan gua pon gua selongkar, blog sang kancil pon gua tengok gak. Manalah tahu kot-kot dia ada kalahkan dinosour ke. Tapi gua hampa. Tiba-tiba gua teringat kat blog sorang awek ni. Gua redah sambil degupan jantung gua laju berkocak.

Gua senyum lebar. Gua dah masuk blog dia. Pergh. Bersinar mata gua tengok blog awek ni. Tulisan dia macam-macam kaler. Gua belek satu-satu post dia. Tiba-tiba gua macam pernah nampak tajok post dia. Gua ambil keputusan nak kasi letup itu tempat. Jadi gua arahkan tikus-tikus gua panah itu tajuk. Panahan berjaya tepat di sasaran. Segala macam terpancar kat gua punya komputer betis.

Gua sengih-sengih baca ayat dia. Memang sebijik macam benda yang gua tulis kat buku biru gua. Gua memang terkejut tapi gua sedikit bangga. Dia memang takde tapis sebarang gua punya bahan tu.

sebab saya tak bagi awak bunga

"kalau awak ada perasan saya asek bagi awak lagu je kan?
saya bagi bukan saja2 tau.ada makna tu.
lagu ni memang jenis tak layu bukan cam bunga.
bunga kalau lama2 akan layu gak tapi tak untuk lagu.
ni nak tunjukkan yg cinta saya takkan pernah layu mcm lagu yg saya berikan pada awak
sebab awak akan sentiasa mendengar lagu itu dan begitulah juga awak akan sentiasa
menerima cinta saya."


Gua tersengih sorang-sorang selama dua hari.



notabukulima:cilaka. sekali lagi gua takde idea nak tulis pasal hal gua kat gabai. gua tak sabar nak tengok brazil vs portugal. gua dah sampai kat pintu stadium tapi stadium dah tutup. jadi gua amek keputusan tengok kt tv je.

Wednesday, June 23, 2010

MAK

Macam biasa gua datang awal. Lepas salam-salam gua terus berlari ke arah pagar. Gua masuk ikut pagar belakang. Tak ramai yang berani ikut situ sebab kat depan tu ada rumah Pak Marzuki. Gua terus pekena sate yang dibakar atas motor. Memang ajaib.

Tapi semakin gua membesar ada desas-desus yang mengatakan sate tu sebenarnya dibuat dari anjing. Patutlah gua tengok tak banyak kes kena anjing kat kawasan tu.

Sambil gua tunggu sate perasaan cemburu mula merasuk diri. Gua usha panas je budak-budak pakai beg tarik. Tapi gua tengok budak-budak yang pakai beg tarik ni sekarang ramai kat pusat pemulihan akhlak, penjara, rumah pengasih dan macam-macam tempat yang boleh dapat makanan free.

Gua hirup kuah sate tu sampai kering sebelum gua kena cukai jalan masa nak pergi kantin nanti.

*******

Dalam kelas gua lah yang paling segak sebab gua sorang je yang pakai 'tie'. Memang kaler die tak sesuai untuk pergi makan malam akhir tahun dan kadang-kadang gua rasa macam Cikgu Govin.

Macam biasa bila cikgu memonteng gua yang kena jaga kebajikan anak buah gua. Gua memang suka kerja gua. Satu kelas gua ronda. Bila ada sampah kat lantai gua tak kutip tapi gua segegah budak-budak yang bertugas ini hari. Memang gua basuh dorang kaw-kaw sebab gua nak naik pentas minggu depan.

Kelihatan Khairul dan Halim masuk ikut pintu belakang sambil tersengih-sengih. Baru pulang dari 'book shop' la agaknya. Dorang memang kamcing dengan gua. Sebab tu gua tak banyak tanya mana dorang nak pergi tapi kalau budak lain memang gua tanya macam nak cari pembunuh.

"Tengok pensel kita....." kata Khairul dengan angkuhnya sambil menggoyang-goyangkan pensel tu kat kumpulan meja belakang.

Gua memang tak boleh tengok budak-budak ni berkumpul kat belakang. Nanti gua yang kena 'sound' dengan Cikgu Jamilah. Jadi, gua ambil keputusan pergi ke sana. Gua tarik seluar gua sampai atas pusat, betul-betulkan 'tie' ,buat muka ketat sikit gua terus mengorak langkah.

Pensel tu memang unik sebab ada patung yang boleh goyang-goyang kat atasnya. Gua terpukau seketika. Ada juga adegan tukar-tukar gear dengan menggunakan patung tu. Agak hingar-bingar suasana ketika itu.

"Tak boleh jadi ni,"gerak hatiku. Gua terus rampas pensel tu bagi mengawal keadaan.

"Wei, bak balik pensel aku....." rayu Khairul.

"Tak boleh!" agak tegas amaranku. Khairul beriya-iya mahukan pensel tu. Entah kenapa sifat seorang abang sulung menyelubungi diri. Gua tak beri pensel tu kepada Khairul tapi gua masih mengusiknya dengan adegan kejar mengejar.

"Aku bagi tahu mak aku......."sambil mencemekkan muka.

Gua balik dengan hati tak tenang ini hari. Tiba-tiba gua rasa risau dengan keselamatan diri gua pada esok hari. Gua ambil keputusan tak nak datang sekolah esok.



notabukulima: memang haram. gua nak tulis benda lain jadi benda lain. gua memang takde mood nak tulis citer gua masa kat sg.gabai. gua tak tahu apsal. gua rasa seru tak sampai lagi. korang tunggu je la nanti.

gua dah call rooney masa lunch tadi. gua da sound dia kaw-kaw.

"kalau lu tak skor ini malam. memang gua ganti tempat lu dengan berbatov season depan"

rooney hanya angguk patuh...

Sunday, June 20, 2010

KENDARA

Fon aku memang senyap sejak awal pagi lagi. Aku tengok peti masih surat semalam. Aku sengih sorang-sorang sambil mak pandang daring. Aku tahu hari ini hari yang agak istimewa bagi seorang bapa tapi aku takda rancangan yang baik. Bagi aku lelaki memang tak bape nak kisah sangat pasal benda-benda macam ni janji dorang dengar cakapnya sudah. Aku capai tuala yang baru 4 hari usianya.

"Kring...Kring," bunyi itu memecah sepi hening pagi. Mak mencecet lari ke arah bunyi itu.

"Ha...hmmm..oooo yea?....ok...tengok lah." gangang diletak sambil meneriak abah.

"Ada kerja kahwin la bang,"aku terbayangkan beberapa biji kawah yang punggungnya dibakar dengan rancaknya dari malam sampai ke pagi.

******

Banyak betul khemah yang kelihatan. Keadaan menjadi keliru. Tapi abah gentle. Masuk sini masuk sana keluar sini keluar sana dah sampai. Aku rasa kalau tengok dari satelit USA yang power tu aku rasa aku boleh nampak logo Israel dari susun atur khemah di kawasan itu yang menimbun.

Ada dua orang makcik tersengih-sengih melihat kami. Aku usha keliling. Mana tau ada awek yang cun-cun ke. Maklumlah kerja kahwin kan. Semua bergaya macam nak pergi dinner kat Park Royale dengan bedak yang kalau tak sampai satu inci memang tak sah. Aku cuba ukir senyuman bagi menunjukkan kemesraan. Aku terhidu bau rendang tok. Pergh. Menyusuk tapi tak tahu rasanya bagaimana.

Tanpa melengahkan masa aku mendapatkan pinggan di kaunter. Ada awek dah tunggu kat penghujung meja. Dia bagi aku satu bungkusan. Aku senyum tak nampak gigi. Aku kecewa bila aku tengok sudah ramai yang dapat bungkusan yang sama bentuknya dengan aku.

Dah macam tawaf dah aku rasa. Tempat duduk penuh. Aku macam nak tendang belakang kerusi brader yang lepak-lepak isap rokok.

"Dah makan bla lah. Lu ingat ni Ali Maju ke?" pendam hatiku sambil membuat renungan tajam.

Aku jumpa tempat duduk tapi dikelilingi makcik-makcik yang seragam mengenakan bling-bling. Semua tak nak kalah. Aku berbelah bahagi tapi aku redah je. Aku santap perlahan-lahan lauk pauk yang bagiku tak sampai tahap rewang Kampung Baru.

Aku sempat menjengah ke belakang. Memang nanti Indah Water datang bawak geng sambil mencarut-carut. Mungkin juga tempat itu akan dilanda banjir yang serius. Basuh tangan pun kat longkang. Kendi tak disediakan. Aku memang takkan panggil perancang majlis ni tapi kalaulah aku tahu siapakah gerangannya.

Aku mati kutu dengan abah aku. Tak tahu nak buat apa. Perbualan dimulakan dengan cerita Brader Klang, seterusnya Sami dan rakan-rakan, taiko Taiwan, Pak Mat, Persatuan Penduduk yang kucar-kacir dengan kehadiran Si Botak, kotak gear kereta Jepun, Takaful Nasional, Pak Imam Masjid Al-Ehsaniah yang selalunya tak datang mengimamkan jemaah, Sungai Gabai.

Azan berkumandang, kami memecut laju ke surau berdekatan.

DARI PANDANGAN ABAH

Aku sedar-sedar aku berada si sebuah rumah kampung 2 tingkat yang terletaknya di Bakri. Ada 5 orang yang telah bersama mereka sebelum aku tapi aku ada 7 orang lagi di bawah aku. Agak nipis senyumanku. Tiap-tiap aku pergi ke sekolah menaiki basikal di kampung sebelah. Guru besar sekolah kampung aku memang bengap. Dia tak pernah naikkan gaji pekebun sekolahnya yang telah lama berkhidmat dengannya. Jadi, pekebun itu mengambil keputusan berhijrah ke sekolah aku sekarang. Aku menamatkan sesi persekolahan aku dengan bangganya dan pada waktu yang betul. Aku tak terkandas awal sebagaimana rakan-rakanku yang lain.

Aku mula buntu hidup di kampung dan sering terfikirkan tentang kehidupan di bandar. Setelah restu diberi oleh mereka berdua, aku mengorak langkah ke satu bandar yang digelar Shah Alam. Aku mati kutu bila sampai disitu. Tempat itu agak berhutan dengan kelapa sawit masih berdiri teguh di sepanjang sisi jalan. Aku macam nak balik ke pangkuan ibu bapa tapi setelah di nasihat Abang Ngah aku tabahkan jua hatiku. Aku dapat kerja di ITM. Sedikit kebanggaan timbul. Aku nekad nak sambung belajar di sini dengan duit aku sendiri.

Setelah hampir 2 tahun bekerja, akhirnya aku dapat dapat sambung pelajaran dan sebuah 'scrambler'. Pergh. Masa tu benda ni memang top. Seronok aku naik turun bukit ITM ni. Aku tengok 'vespa' sebelah aku tersemput-semput naik ITM. Aku tersengih tak tunjuk gigi. Aku dapat tawaran ke Jepun untuk memenuhi misi "Pandang Arah Timur" hasil buah fikiran otai kita iaitu DR.M. Banyak pengalaman berharga sepanjang aku berada di sana.

Selepas pulang dari negara mathari terbit, aku bercadang nak buat tangga dalam rumah aku.

************

Kedengaran motor brader posmen laju di hujung kawasan perumahan. Aku macam biasa memang tak hirau sangat pasal brader posmen ni.

"G, ada surat untuk kau lah," teriak rakan rumahku.

Menggelisat aku bangun untuk mendapatkannya. Pergh. Surat dari awek. Aku senyum nipis sambil sedikit bangga. Rupanya surat itu tersalah hantar hingga ke PJ. Memang kesengalan pengurusan di pejabat pos terserlah. Aku mula membalas surat itu bagi tujuan terima kasih. Tapi awek tu balas balik. Takkan lah aku tak balas. Nanti orang cakap apa pulak. Sesi balas membalas rancak dijalankan sehingga ada ketika aku sanggup bertenggek depan rumah semata-mata nak tunggu brader posmen.

********************

Kini sudah 20 tahun aku digelar seorang bapa dan suami. Tak pernah aku bayangkan bagaimana perasaannya. Aku ingin mereka menggelarku ABAH. Mungkin dengan cara ini, aku dapat merasai perasaan abahku ketika anak-anaknya memanggilnya dengan panggilan itu. Setiap hari aku merafa'kan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana memberi aku kekuatan dalam mencari nafkah untuk anak-anakku dan isteriku. Kerana tanpa mereka mungkin hidupku kusam tanpa warna-warni yang dicorakkan oleh mereka berenam.




Aku rasa ni salah satu cara aku nak hargai abah aku selain luangkan banyak masa dengannya.........Jadi luangkanlah lebih banyak masa dengan abah kita sebab dengan cara itu dia akan rasa lebih dihargai.

SELAMAT HARI ABAH kepada MOHD SUFIAN BIN ABD SAMAD
sebenarnya hari-hari adalah hari abah...hehe*takde pic yg proper sbb abah sgt pemalu didepan kamera*



"Kalau kita nak produktiviti syarikat mencapai tahap yang sepatutnya kita jadikan pekerja kita mata duitan bukan bengkak mata" ABAH

"One father is more than hundreds schoolmasters
"

"A man knows when he is growing old because he begins to look like his father"
Gabriel Garcia Marquez
:)