Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Monday, August 30, 2010

STOK

Gua habis lab awal. Kalau ikut perancangan sebelum-sebelum ni memang Maulana lah hala tuju kami tetapi sejak JAIS buat rondaan disitu sejak beberapa hari ni memang kiteorang mati kutu. Ada suara-suara sumbang yang ajak pergi Hanifah pergi padang lah pergi jumpa Mak Cik Tegar lah. Akan tetapi, dengan kuasa veto gua semuanya gua tepis. Semua beredar. Ada yang pergi naik jejantas. Ada yang jalan lurus. Ada yang ke kanan. Tinggal gua dengan seorang lagi kutu gua ternganga,

Sambil curi-curi dengar persatuan pencuci bermesyuarat yang duduk sebaris atas kerusi merah empuk gua selak buku. Busong tengah sengih-sengih picit telefon. Gua pun turut sengih. Dari jauh, kelihatan seorang bertubuh sasa segak berbaju merah jalan menuju ke arah gua. Mesyuarat persatuan turut terhenti sambil seorang demi seorang mengangguk kepala. Hanya senyuman nipis yang dibalas olehnya.

"Ni takde kelas ke?" soal beliau dengan suara garau.

''Dah abes da...ni tengah tunggu kelas la ni," jawab Busong sengih-sengih sambil betulkan posisi.

"Jom ikut abah,'' ajak beliau.

Sampai kat situ, gua nampak dua orang makcik sedang menunggu di dalam. Kadang-kadang matanya pandang gua atas bawah sambil bibirnya petah mengukir kata. Gua agak terkejut dengan tempat itu. Tak sangka kat sini pun ada tempat macam ni. Memang betul-betul underground.

"Kak, ni berapa sepaket?" soal beliau sambil belek-belek bungkusan itu.

"Tu RM10, yang tu pulak RM14,'' mucungnya agak jauh dan tirus.

''Mana akak dapat stok ni?'' soal beliau lagi.

"Banting,'' jawabnya ringkas sambil tak pandang belakang.

No comments: