Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Tuesday, July 27, 2010

KESIBUKAN

Kertas atas meja gua memang dah melambak dan ini mungkin membuatkan Raju seronok untuk mengambilnya demi sesuap nasi. Tak sempat gua nak kemas, tiba-tiba....

Bang! Bang! pintu gua dihentak dengan agak ganas. Gua punya junior datang. Kalau datang bawa makanan gua tak kisah ni datang nak tanya gua pasal macam-macam. Gua jawab pertanyaan dorang pening-pening dan ada juga sedikit unsur penipuan bagi mengelak dorang bertanya dengan lebih terperinci. Dengan muka yang agak terpinga-pinga dorang beredar. Gua lega dan kembali menyambung kerja gua yang tak siap-siap lagi ni.

Bzz...bzz..bzz..fon gua terketar-ketar kat sudut meja gua. Gua tengok gua senyum-senyum pastu gua balas. Gua sambung sikit kerja gua sekali lagi fon gua terketar di sudut yang sama. Sekali lagi gua baca gua balas.

Dalam gua menggedik-gedik menaip mesej gua jenguk jam gua. Cilakak, gua dah lambat turun padang. Gua tinggalkan fon gua atas katil keseorangan tanpa teman dan gua pecut ke padang.



notabukulima: macam biasa gua tengok dusun buah gua ni dah berhabuk. gua memang agak sibuk sekarang. maaf lah kepada pembaca blog gua yang gua rasa tak sepopular blog-blog kawan gua. Tapi gua percaya memang ada orang yang baca blog gua yang tak sehebat blog kawan-kawan gua yang lain. Terima kasih kepada pembaca sekalian..... :)

Tuesday, July 20, 2010

SAYONARA

Setelah begitu lama meninggalkan alam kerjaya gua baru gua ingat yang gua belum lagi mengucapkan selamat tinggal kepada tempat kerja gua.

Tempat kerja gua terletak di Jalan Templer, Petaling Jaya. Kawasan tempat gua kerja memang dikerumuni oleh gudang-gudang besar yang tak glamor macam tempat kawan-kawan gua kerja. Gua kerja mula pukul 10, jadi gua memang takkan ada masalah dengan gaji kena potong atau rusuhan ahli persatuan kerja. Gua pergi kerja tak pakai hensem-hensem yang sekali lagi tak seperti kawan-kawan gua yang lain. Kalau gua tak mandi sekalipun memang tak ada orang ambil peduli sebab memang muka rakan-rakan kerja gua pun memang macam tak mandi. Gua biasanya akan memperagakan baju tidur gua yang paling cantik untuk ke tempat kerja. Gua memang suka benda macam ni.

Banyak benda gua rindu kat tempat kerja gua. Antaranya pintu tandasnya yang dah macam zaman perang. Kalau lu orang taknak kena intai dengan mat bangla atau nepal mahupun myanmar lu orang kena ikat tombol pintu tandas tu dengan dawai halus. Ada gak tandas yang lu orang kena baringkan batang mop untuk jadi penyendal. Tak lupa juga ada yang terpaksa angkat-angkat pintu. Hanya sedikit carutan terpancut bila mengenangkan perkara itu.



notabukulima: gua ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerja gua yang telah banyak membantu gua yang gua rasa pertolongan tu sebenarnya tak patut. Tak gitu brader botak?

Saturday, July 17, 2010

DEJA VU

Alejandro bersama konco-konconya yang kini seperti tinggal 3 orang dari 6 orang kelam kabut masuk kelas. Kelas dah penuh. Kerusi tak cukup. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk bersimpuh di lantai sambil membentang tikar getah yang diambil dari bilik tanpa rasa segan silu.

Kelas agak hingar bingar dengan pembincangan mengenai masa yang agak perlu disendatkan oleh pelbagai pihak. Ramai pihak yang tak mahu mengalah kerana masing-masing ingin memiliki masa rehat yang cukup. Kelas tu seperti reunion bagi Alejandro kerana telah menghimpunkan pelbagai peringkat umur sahabat-sahabat Alejandro yang datang dari pelbagai generasi.

Tiba-tiba, datang sehelai kertas yang berwarna putih yang sudah dilakar atasnya petak-petak yang kalau manusia yang buat memang hodoh rupanya. Alejandro menulis nama penuhnya sambil menjelirkan sedikit lidahnya dengan muka yang kadang-kadang nak minta tumit kaki singgah dibahagian bawah kiri bibirnya itu.

Setelah Roberto dan Fernando membuat perkara yang sama seperti Alejandro, kertas itu meneruskan perjalanan ke hadapan. Muka Alejandro agak risau seperti muka seorang ibu melihat anaknya pergi PLKN kat Sarawak.

Selang beberapa minit, muncul lagi satu kertas. Alejandro berasa was-was.

"Bukan aku dah tulis ke tadi?" soal Alejandro kepada Roberto dan Fernando yang seperti sudah disedut rohnya.

Alejandro tak mengisi dan memberinya ke hadapan.

"Wei isi jela," kedengaran satu suara yang menghentikan gerakan Alejandro.

Alejandro, Fernando dan Roberto terpinga-pinga. Lantas mereka tetap membuat hantaran silang dibahagian sana.

Wednesday, July 14, 2010

SIBUK

Tett! Tett! kedengaran bunyi nada dering gua yang kadang-kadang agak menjengkelkan bagi sesetengah orang tapi itu yang membuat gua tersengih-sengih sorang-sorang.

Gua baca gua balas. Gua melangok jap. Sekali lagi nada itu membuat hingar bingar. Dan sekali lagi gua baca gua balas. Perkara ini boleh berlanjutan sehingga ke larut malam. Ada juga kadang-kadang gua terlelap sambil tangan mengenggam fon gua yang tak berapa canggih tu. Mak gua agak risau.


notabulima: sori gua lama tak mencarut kat dusun gua ni. Gua agak sibuk sekarang semenjak gua bergelar abang ni. Ni pun gua tulis blog gne fon. Memang cilaka punya sibuk.

Sunday, July 11, 2010

MAIN CINTA

Satu petang pada tahun 2005

Macam biasa lepas pukul 2.30 petang memang waktu mesyuarat konco-konco kelas atas. Uniform masa mesyuarat mestilah berseluar hijau sambil kemeja putih dibiarkan keluar. Tali leher juga dibenarkan tapi tak digalakkan. Ada juga ahli mesyuarat yang memakai seragam serba putih yang rata-ratanya bertubuh sasa.

Mesyuarat dimulakan dengan agenda membuat serbuan di sebuah gerai menjual makanan yang rata-ratanya disediakan di tepi jalan tanpa mengambil kira soal kebersihan dan hanya memikirkan soal kuantiti. Selepas itu, agenda diteruskan dengan duduk di sebuah perhentian bas sambil membuka segala cerita mahupun aduan. Rancangan untuk berbowling pada hari Sabtu juga boleh diusulkan tapi akan membawa mesyuarat berjam-jam lamanya untuk mendapat kata putus.

Tengah mesyuarat tiba di kemuncak yakni tatkala masing-masing menghabiskan hirupan terakhir, Alejandro secara tiba-tiba berkata

"Aku rasa aku nak couple lah"

Fernando gua tengok dah belek-belek begnya yang sudah bertahun tak tukar, Alvyn pula buat-buat muka sangap dengan buaian, Simon dah minta diri nak balik, Paul pula menundukkan kepalanya sambil Jason mengusap belakangnya.


Satu petang pada tahun 2010

Gerakan ke lombong dirancang pada akhir waktu tapi dipersetujui oleh ahli-ahli pakatan dengan sekali ajakan saja. Sampai di lombong macam biasa kami akan berbowling. Alejandro antara orang yang gembira. Tak tahu apa pasal. Lepas puas berbowling yang macam biasa Alejandro akan pulang dengan hampa kami akan berkunjung ke gerai Israel demi memenuhi ruang kosong di bahagian perut kami. Kami memang tak terlibat dalam mana-mana gerakan boikot Israel atau ganyang Israel jadi kami bebas dan tak macam sesetengah orang yang kadang-kadang menyeksa diri mereka sendiri.

Ayam menjadi santapan kami. Sedang adegan unggis-mengunggis, Alejandro bersuara dengan muka yang tak yakin

"Aku rasa aku nak cari awek lah"

Suasana hingar bingar di satu sudut saja. Basri gua tengok semakin rakus mengambil jejari itu, David gua tengok dah mula jilat-jilat jari, John gua tengok pula dah pandang daring kat awek yang basuh tangan tak habis-habis sambil kadang-kadang jeling Alejandro yang terkial-kial makan ayam tu. Sambil itu, Wirjono belek-belek fon barunya yang boleh sentuh-sentuh.




notabukulima: thanks for the followers! gua juga ada plan nak buat kenduri kecil-kecilan kalau gua punya konco-konco mencecah 45 orang. so rajin-rajin lah jengah-jenguh dusun gua ni yo!

Thursday, July 8, 2010

PIALA DUNIA YANG LAIN

Itu hari gua ada cerita pasal RWC yang akan diadakan pada tahun hadapan. Gua masa sekolah-sekolah dulu memang main kriket untuk cari merit. Jadi, tadi ada lah belek-belek tiba-tiba gua dapat tahu yang Cricket WC turut berlangsung pada tahun hadapan. Gua senyum nipis. Gua memang nak tengok tapi tu lah kat Malaysia memang sukan ni memang langsung tak dapat tempat di hati rakyatnya yang hanya tahu minat bola yang memang semestinya takde hala tuju. Gua sedih tapi kalau lu orang nak tengok live benda-benda ni memang lu orang boleh mati kebosanan lah sebab match dia memang makan masa 1 hari.

Tapi serius gua cakap kalau lu orang tak paham apa-apa lu orang bosan. Gua taknak cakap banyak. Lu orang boleh belek-belek kat sana sini lah.


notabukulima: Sekali lagi team faveret gua England masuk ini WC dengan bergaya sama macam RWC bukan macam FWC. hahaha

Monday, July 5, 2010

JAJA

Gua bila naik kereta memang gua suka pasang radio. Kalau tak pasang memang gua rasa semacam je lagi-lagi dengan bunyi kereta Jepun gua yang dah tak berapa nak sedap telinga mendengar.

****

Gua memang kena call ini nombor sebab kalau gua tak call memang nahas gua. Gua dengan konfiden sambil terkumat kamit memicit-micit butang fon gua dengan yakinnya.

Trutt....trutt...... "Helo, ini Encik ****** ke?" tanya gua.

"Eh, bukanlah. Salah nombor ni!" jawabnya tegas.

"Hmm...takpelah kalau macam tu. Maaf ye menganggu" balas gua sambil sengih-sengih macam kerang busuk.

"Bodoh punya orang!" Papp. Terdengar bunyi hempasan ganggang. Gua angin satu badan. Cilakak. Cakap elok-elok tak boleh.

Tiba-tiba gua punya sifat hitam merasuk diri gua. Gua bagi nombor telefon brader tu kat kawan-kawan gua.

"Wei, call lah nombor ni. Nasi ayam dia terbaik bai," ujar gua dengan yakin. Kawan-kawan gua tersengih-sengih dan gua lagilah tersengih-sengih.

"Apa pasal orang nasi ayam tu marah-marah? Taknak meniaga ke?" kawan gua merungut. Gua gelak besar dan gua pun ceritalah pasal kejadian itu hari. Kawan gua gelak lagi besar. Dia pun turut sama menyebarkan nombor brader tu.

Satu malam tengah gua lepak-lepak, idea jahat gua sekali lagi menerjah benak fikiranku. Gua pergi menghadap laptop gua. Gua taip-taip gua design cantik-cantik punya gua print. Gua bergegas ke kedai fotostat bawah sana.

"Bang, kasi rezo ini barang," arah gua kat budak fotostat tu.

"Aik bang, bila masa pulak abang buat bisnes nasi ayam ni?"tanya budak tu tersengih-sengih sambil memicit-micit butang pada mesin itu.

"Ala, tolong-tolong kawan sikit. Pe salahnya kan?" balas gua sambil angkat-angkat kening gua yang agak lebat tu.

Esoknya gua merayau satu Desa Pandan. Tiap-tiap kedai gua tampal iklan nasi ayam tu. Pantang ada orang melintas depan gua, gua bagi itu kertas. Kat kereta-kereta pun gua sangkutkan. Gua senyum nipis.




notabukulima: Ehsan dari Riuh Pagi di Era. Cerita disampaikan oleh Aznil yang diceritakan oleh sahabatnya.

UNTUNG

"Trutt.....trutt...." telefon gua berdering. Gua tengok nombor gua kenal. Gua sangkakan panggilan hangit ataupun Can I Help You? Taiko Taiwan memanggil. Gua angkat. Bahasa Melayu dia memang berterabur. Gua angguk paham je. Cilakak. Gua kena pergi ofis gua balik.

Pergh. Panasnya memang berdenting. Gua dah boleh bayangkan gua duduk sebelah Sami bergambar bersama-sama dan awek dia kata "Ni adik ke bang?" Gua mengeluh.

Sebelum gerak gua kasi penuh itu tangki buat kali kedua ini hari. Bangla kaunter tersengih-sengih picit-picit skrin tu. Gua isi dengan tanpa kerelaan sebab sepatutnya bajet gua ni guna untuk esok. Gua pasrah dan terus masuk gear 1 lantas memecut.

Dari jauh gua dah nampak bangunan hijau yang tersergam gagah diatas puncak sana. Banyak kereta beratur untuk membayar perkhidmatan jalan raya dan lebuhraya yang gua rasa memang kerajaan dah pulang modal sejak 18 tahun lepas lagi. Terpancut sedikit ketidakpuashatiaan gua kat kerajaan yang hanya mahu tekan rakyat je. Ini dah kali keempat gua lalu itu bangunan ini hari.

***********

Gua bosan gua balik. Macam biasa gua kena tempuh pagar tu kalau gua nak balik rumah gua. Gua nampak dia dah tersengih-sengih kat situ. Gua pergi dekat dia. Dia usap bahu gua kali ni. Tak pernah-pernah dia buat macam ni kat gua. Gua angin satu badan. Dah lepas usap bahu gua dia melayarkan jari jemarinya keseluruh tubuh gua yang gempal ni buat kali ke-4 ini hari. Sekali lagi gua pasrah. Gua berlalu pergi dengan lajunya tanpa menoleh ke belakang.

Gua singgah gerai Makcik Exora buat kali ke-3 ini hari. Gua teguk limau ais dengan air kosong gua cabut.

Gua pulang dengan memikirkan semua benda yang gua buat ini hari sia-sia.

Sunday, July 4, 2010

NOTA

Gua rasa agak tak keruan ini hari. Mungkin sebab peti masukku tidak diterjah oleh sesiapa. Mungkin juga sebab gua pergi ziarah pusara nenek gua. Entah la, gua pun tak tahu apa pasal.

Hari ni gua buat benda sume takde mood. Main game asyik tak lepas je, main game bola asyik kena bantai je, makan pun gua rasa cam tak kenyang dari satu senduk ke satu senduk lagi sampai habis satu periuk. Gua mandi pun tak berapa nak feel sebab syampu gua dah habis. Nak berkerepek takde stok. Tengok tv lagilah gua rasa macam nak off je.

Gua rasa ni semua sebab satu nota yang gua baca kat buku biru itu yang berbunyi seperti ni.......



nota cinta.. ♥ ♥



"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.


Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!





Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.


“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.


“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…



Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL


Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…



sumber : iluvislam



notabukulima: gua minta maaf sebab gua rasa bengkak mata lu orang baca post gua ini hari. panjang nak mampos. gua juga nak ucap terima kasih sebab luangkan masa lu orang baca nota ini. thanks...

gua hanya mahu berkongsi je. gua mintak maaf jika gua ada menyinggung mana-mana insan. gua sebenarnya rasa bersalah post benda ni. gua tak tahu apa pasal. sekali lagi gua mintak maaf kat sesiapa yang mungkin tersinggung.

NAZAR

Macam biasa bila gua balik kerja gua pon guling-guling atas katil tak pun sofa yang empuk tersergam indah di ruang tamu rumah gua. Gua ambil keputusan gua nak lelapkan mata gua sebab semalam gua tengok Ghana main. Lu orang memang terbaek tapi jangan sedih-sedih sebab lu orang punya negara memang supportive.

Dalam gulingan gua yang agak berahi tu tiba-tiba terlintas imej Maradona tapi dalam keadaan segak berbaju sambil mukanya riang gembira. Menggelisat gua bangun. Gua cuba tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri gua. Gua cuba mencari apa maksud lamunan gua sebentar tadi? Adakah nazar dia untuk menayangkan tubuh badannya itu berjaya??

Gua cepat-cepat bukak laptop gua yang sememangnya dah terpampang kat sudut tu. Gua cari-cari, gua baca-baca. Gua risau dan berharap German dapat bantutkan nazar jiran gua tu.

Cerita selanjutnya boleh baca di sini sana




notabukulima: german main memang cantik tp tak kurang juga argentina. again, its all about luck dan niat kita kena betul. tak gitu encek maradona??

TRIVIA: maradona > maradono
messi > messy
tevez > takbes


gua suke tengok aksi-aksi penyokong yg menukar gambar profile mereka di facebook. nasib baik gua tak sesengal tu.

Friday, July 2, 2010

BARU

Dari jauh lagi gua dah dengar. Pung pang pung pang bunyi rock kapak yang dialunkan dalam segmen Rock Selamba yang dipancarkan oleh Suria. Gua tengok muka Brader Klang I dan II memang nak bagi penyepak. Gua memang tak percaya dorang berdua tak layan lagu rock kapak yang macam tu. Ini sebab gua tengok dari penampilan ala-ala rock brader-brader dengan seluar koyak kat lutut, rambut panjang rebonding yang hanya botak dibahagian tepi dan sedikit bau yang menunjukkan dorang tu brader-brader sejati. Tapi pandangan gua silap.

Masa melangkah masuk gua tengok ramai manusia dalam port gua bekerja. Gua nampak rambut kuning, rambut pacak, skinhead, rambut indie, seluar kecik kat bawah, muka pemain bola sepak Malaysia. Brader Klang I dan II berbisik-bisik sesama sendiri. Gua rasa dorang ada rancangan nak pukul budak-budak tu masa balik nanti.

Gua saspek ni budak-budak Kampung Dato' Haron. Takpon budak-budak Taman Sentosa. Kalau budak Klang memang budak-budak ni dah tegur Brader Klang sebab siapa tak kenal Brader Klang. Kalau budak Banting memang dorang dah terkinja-kinja macam kat Konsert Jom Heboh. Gua memang tak rasa ni budak-budak Shah Alam sebab kalau tak mesti sudah kedengaran lagu Techno dan ada adegan shuffle.

Kami buat kerja tak tenang ini hari. Memang bingit telinga gua dengar dorang borak-borak. Kalau tangan tu jalan takpe. Sekali lagi gua tengok Brader Klang berbisik sesama sendiri.

Thursday, July 1, 2010

POSTER BOY

Muka korang memang banyak ditampal merata-rata tapi persembahan korang semuanya amat 'memuaskan'. Ni dia muka-muka dorang yang menyerikan FWC tahun ni. Syabas dan tahniah lah diucapkan kat korang berlima ni.

bermula dengan........

no.5
Fernando Torres. Kau main memang macam kau main masa kat Liverpool. Aku suka sangat. Penat je Villa bagi bola kat kau tapi.......


Seterusnya, pemain handalan dari Inter Milan....
No.4
Samuel Eto'o. Dia ni memang bukan menjadi kegilaan ramai gadis-gadis yang hanya menonton bola sebab nak tengok jejaka tampan yang berotot. Tapi bagi penggemar bola yang setia, mata kami memang tertumpu padanya. Kau agak perform tapi cuma team kau je yang tak mampu bermain dengan bintang macam kau.

Sekarang, aku rasa korang memang tak sangka tapi memang kalau korang tengok dia main memang seronok tapi cuma dia tak menjaringkan gol. So, ini menyebabkan persembahan kau tak menepati cita rasa peminat bola sepak dunia ni

No 3


Lionel Messi.
Penyerang dari kelab Barcelona ni memang lincah tapi tak menjaringkan gol langsung sepanjang 4 perlawanan.


Ini turut diikuti oleh

No 2


Wayne Rooney
. Ya...tu dia pemain harapan England dan Manchester United. Aku tengok kau main macam pe tah. Aku rasa kau terbawak-bawak dengan iklan Write Your Future tu lah sebab tu prestasi kau dalam Piala Dunia ni tak menyerlah.


Sekarang sudah sampai ke juara, aku rasa bagi penonton setia korang pon akan setuju dengan aku. Dia pernah menjadi Pemain Terbaik Dunia.
Jeng...jeng....*drum roll*.......Kaching...




Cristiano Ronaldo. Dia memang kacak dan sasa. Ramai pompuan sokong Portugal sebab nak tengok dia beraksi. Aku rasa persembahan kau paling tak mantap sebab semua orang dah tahu cara kau main. Lagipun, kau kena mark kaw-kaw punya. Takpe...aku paham tapi dengan title kau tu takkan kau tak boleh buat sesuatu kot?

PIALA DUNIA

Memang sekarang tengah hangat dengan bola sepak piala dunia. Ini telah menyebabkan peningkatan dalam banyak kejadian bunuh diri, kerat tangan, rumah kena simbah cat, langgar lari, rusuhan, bakar kerusi stadium, maki hamun, buang bayi, korek duit tabung dan macam-macam lagi kejadian menghayat hati yang korang boleh juga jenguk di sini.

Sejak Portugal tersingkir daripada menjuarai Piala Dunia, aku semakin tak keruan menunggu satu lagi piala dunia iaitu Ragbi Piala Dunia (RWC) pada tahun hadapan. Nasib baik Portugal tak layak masuk piala dunia ni kalau tak memang aku dah sokong untuk balas dendam. Dalam FWC England memang aku tak yakin sangat dorang boleh menang tapi dalam RWC ni aku yakin sangat-sangat.

Tahun ni New Zealand jadi tuan rumah. Aku harap dorang boleh menang lah sebab dah lama sangat dorang tak menang. Sebab mengikut rekod-rekod lampau sape jadi tuan rumah sering menjadi juara.

Aku tak nak cakap banyak. Korang boleh jenguk-jenguk kat sini untuk tahu lebih lanjut. Bagi yang ada penyakit 'like' boleh lah lepaskan gian korang kat sini juga.


"Rugby is a game that played by a gentleman"

"Nothing is thicker than rugby"

"Play until you die"

"Play hard not harsh"

"Rugby is not an individual game that played like soccer"


notabukulima: masih lagi hampa dengan penyingkiran Portugal dan England dalam FWC. aku memang tak mahu Argentina menang sebab sanggup ke korang tengok laki tua yang gemuk lari bogel di tengah padang sambil tersenyum bangga dengan badannya diselaputi bulu-bulu kerinting??

KAWAN

Lepas balik dari sekolah campak beg atas kerusi, bukak stokin gulung-gulung pastu campak, masuk bilik bukak baju, tukar seluar aku terus tidur. Aku tak fikir pasal makan sangat masa tu sebab mak bapak aku bagi makan Champs tiap pagi. Mak aku pun kadang-kadang turut serta. Anak beranak terbongkang kat tengah rumah. Pencuri masuk pun aku rasa tak sedar kot.

"Shakir.....oh shakir......"layaran tidur ku dicantas secara tiba-tiba. Agak kuat lolongannya itu.

"Potong stim betul lah.." keluh hatiku sambil terkebil-kebil dan terhuyung-hayang mencari daun pintu. Memang seperti yang terlakar di kotak fikiranku. Khairul.

"Cepatlah wei...dah pukul berapa dah ni?" rungut Khairul yang segak berbaju melayu lengkap bersampin dan bersongkok lapoknya itu serta kasut putih yang sudah ada tompok-tompok hitam. Maklumlah dah hari Rabu kot. Memang dah banyak lah tapak-tapak yang lalu kat kasutnya.

"Haa....aah...jap ye...nanti aku siap" jawabku tenang sambil Khairul dah buat muka macam baru curi Gempak kat kedai Aman Saf.

Aku pun bingkas naik ke atas dan mencapai tuala yang masih lembap yang kemas tersidai di hujung katil.

"Zass..zass...zass..."bunyi yang dihasilkan oleh percikan air dari gayung ke lantai tandas memang rancak dan nyaring. Aku tak mandi guna air pancut sebab itu akan melekakan aku.

"Mak....baju Shakil mana?" tanya aku sambil mengoncang-goncang mak aku yang sedang lena itu.

"Kat bilik mak la...tergantung kat almari tu tapi sampin ambil kat ampai lah...mak tak gosok lagi.." jawab mak aku longlai.

Aku terus nyalakan seterika pada tahap maksimum. Ni kalau aku tepetkan kat muka Cikgu Rosli memang sedap. Baru dia rasa macam mana pelempang dia hinggap kat muka aku waktu tu. Aku tonyoh sampin tu laju-laju sampai 'ironing board' tu turut sama berhenjut dan menari-nari.

Jam sudah menunjukkan 2.13 petang. Lambat lagi. Pengawas masuk lambat takpe, ada alasan nak periksa pagar belakang kalau-kalau ada budak yang ponteng atau datang lambat. Aku ambil keputusan capai biskut Tiger sikit.

"Dah sembahyang belum?" tanya mak aku sambil matanya masih lena.

Aku hanya mampu tersengih dan terus pecut pergi sembahyang. Aku intai Khairul. Bajunya dah ada kolam ternakan ikan masin kat bahagian belakang. Aku senyum nipis. Kesian dia tapi suruh datang awal-awal. Macam tak biasa dengan aku.

Salam salam cium cium aku terus panjat atas basikal hijau aku yang bergear 5 itu. Khairul pun terus panjat belakang. Memang cilaka...berat nak mampus tapi nasib baik aku dah pump tayar semalam.