Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Saturday, July 17, 2010

DEJA VU

Alejandro bersama konco-konconya yang kini seperti tinggal 3 orang dari 6 orang kelam kabut masuk kelas. Kelas dah penuh. Kerusi tak cukup. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk bersimpuh di lantai sambil membentang tikar getah yang diambil dari bilik tanpa rasa segan silu.

Kelas agak hingar bingar dengan pembincangan mengenai masa yang agak perlu disendatkan oleh pelbagai pihak. Ramai pihak yang tak mahu mengalah kerana masing-masing ingin memiliki masa rehat yang cukup. Kelas tu seperti reunion bagi Alejandro kerana telah menghimpunkan pelbagai peringkat umur sahabat-sahabat Alejandro yang datang dari pelbagai generasi.

Tiba-tiba, datang sehelai kertas yang berwarna putih yang sudah dilakar atasnya petak-petak yang kalau manusia yang buat memang hodoh rupanya. Alejandro menulis nama penuhnya sambil menjelirkan sedikit lidahnya dengan muka yang kadang-kadang nak minta tumit kaki singgah dibahagian bawah kiri bibirnya itu.

Setelah Roberto dan Fernando membuat perkara yang sama seperti Alejandro, kertas itu meneruskan perjalanan ke hadapan. Muka Alejandro agak risau seperti muka seorang ibu melihat anaknya pergi PLKN kat Sarawak.

Selang beberapa minit, muncul lagi satu kertas. Alejandro berasa was-was.

"Bukan aku dah tulis ke tadi?" soal Alejandro kepada Roberto dan Fernando yang seperti sudah disedut rohnya.

Alejandro tak mengisi dan memberinya ke hadapan.

"Wei isi jela," kedengaran satu suara yang menghentikan gerakan Alejandro.

Alejandro, Fernando dan Roberto terpinga-pinga. Lantas mereka tetap membuat hantaran silang dibahagian sana.

No comments: