Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Saturday, June 19, 2010

SEMPIT

Hari ni hidup aku memang penuh dengan kesempitan. Baju sempit, poket sempit, pemikiran sempit, jalan sempit, dan yang paling utama ruang kerja aku hari ni sempit. Produktiviti aku menjadi semakin perlahan tak macam masa zaman perang dulu. Ni sume salah Mahin. Aku terbau unsur balas dendam pasal hal semalam ni. Tau la ni tempat dia tapi jangan lah libatkan prestasi kerja aku. Impian untuk dapat bonus aku simpan jauh-jauh.

Dengan bau kari yang masih kuat di tangan aku mengorak langkah ke gerbang itu. Buku lima memang aku dah genggam kemas. Pisau rambo aku dah letak kat poket belakang. Aku nampak dia. Kali ni aku nekad, kalau lain macam je sentuhan dia memang bocor kepala dia. Langkah aku di berhentikan brader misai tebal yang sememangnya tak puas hati dengan geng aku.

"Ni apsal diri tengah-tengah jalan ni? Tak nampak ke banyak lori keluar masuk." sambil memandangku atas bawah.

"Mana ada lori lalu sini," hujahku. Sambil menunjukkan ruang jalan yang sempit dan hanya pemandu lori yang rasa dia bawak Kancil je dia akan lalu sini.

Agak tajam renungannya. Aku balas balik tanpa rasa gentar sebab Brader Klang II ada disisiku.
Mamat Nepal, Bangla dan Myanmar tak sentuh aku. Timbul perasaan gembira sebab tak diraba oleh mereka.

Aku dan Brader Klang II terus menuju ke markas Persatuan Pekerja untuk menunggu arahan dari taiko Taiwan. Disitu aku dapat lihat ramai pekerja yang berwawasan dan bercita-cita tinggi. Ada yang nak beli tanah, ada yang nak tambah rumah, yang naik gaji jangan ceritalah tapi mereka hanya memenuhkan sebuah tong dengan Surya, Samporna, Dunhill. Agak nipis senyumanku. Tak sempat aku nak balas mesej, taiko Taiwan dah panggil. Cilaka.

**************************

Agak awal aku tiba di Masjid Bulat. Ramai orang yang pakai baju ofis dah mulakan headbanging dorang. Aku pun turut mengimarahkannya. Tajuk khutbah hari ni Judi: Budaya Menjahanamkan Ummah. Agak pedas tajuk ni. Kotak fikiranku terus melakar trofi Piala Dunia dan tersengih seorang diri.

Aku terjumpa Golum. Dia sama sel dengan aku masa kat Penjara Cheras dulu. Dia muda aku setahun. Hebat dia ni. Tengah tunggu masa nak merantau di negara orang. Sambil borak-borak, mataku memang tepat ke arah selipar biruku. Memang tak lari pandanganku. Kalau aku nampak selipar tu kat kaki orang lain memang aku hambat dia kaw-kaw punya.

Gerai Mak cik Exora agak lenggang. Kelihatan Junior beristirehat di gerai sebelah. Sedang aku menyental pinggan.....

"Papp!! Papp!!" agak kuat paluannya. Aku tersedak dan aku akwal carutan yang mahu tergetus. Aksi palu-memalu seat motor memang giat dijalankan.

Hari ni aku tak selesa dengan Junior. Dia terlalu rapat denganku. Biasanya aku tak kisah tap aku cuma malas nak cari sebaldi air tanah dan membasahkan diri dengan lebihan 6 baldi air.

******************

Ada lagi 6 tembok yang perlu aku runtuhkan. Ruang kerja aku pun sudah semakin luas. Masa untuk beraksi! Jari jemariku memang lincah menyelet sticker itu tapi Brader Klang II lagi hebat. Ini mungkin sebab dia dah layan sebatang Surya tadi. Pertarungan agak sengit. Lepas satu satu lagi tembok diruntuhkan. Taiko Taiwan dan Sami tersengih-sengih melihat adegan ini. Lepas lebih kurang 2 jam bertarung, kami beransur pulang.

Dari jauh aku dah renung tajam mereka. Sampai je disitu aku disentuh tapi sentuhannya agak sedikit dan kurang feel. Tapi kali ni aku diraba sebanyak 2 kali. Memang cilaka. Aku dan Brader Klang II sengih sambil merancang untuk bom itu pondok.




notabukulima: kisah JURULATIH final dah ada. tapi penghayatan dia kurang sikit sebab cerita aku banyak kene potong dengan Jabatn Penapisan Filem. memang aku nak hentak dR. Rozmey ni kat bucu meja ofis aku. sebab dia banyak petah aku punye cite. lu punye cite ada problem jangan libatkan gua punye cite.

*maseh seronok dengan kekalahan Jerman. TAHNIAH Serbia!!

2 comments:

nurfitrihanisah said...

susahnye nak memahamkan citer ko.ko ni terlebih kreatif :)

Amirul said...

bkn sape2: xphm ek??
xpe....
t ko akn phm
hehe