Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Friday, June 18, 2010

JURULATIH finale

Hari yang aku tunggu-tunggu setelah agak terseksa dan gembira berada di sini. Aku bangun agak awal kerana hatiku gelisah memikirkan tentang pembentangan, ujian dan praktikal. Ni semua memang menyusahkan. Kadang-kadang tercetus juga penyesalan tapi nak buat camne aku sudah terlanjur.

Awal brader katering datang tapi semua muka macam nak minta kena sidai. Semua peserta mengenakan seluar panjang dan baju cantik. Tak lupa juga yang memakai kemeja. Agak kecil gelakanku. Kami dihidangkan dengan nasi lemak. Takde apa-apa yang istimewa. Rasanya sama macam Kedai Cik Midah tepi selekoh yang rata-ratanya lori pasir yang lalu lalang.

Seram sejuk dibuatnya kerana air cond dah memang sejuk yang aku rasa tak tutup dari semalam kot. Masing-masing menggunakan masa terluang dengan berfaedah. Ada yang menyelak buku sambil terkumat kamit mulutnya. Ada juga yang open table snooker. Sesi pembentangan dijalankan. Pung pang pung pang sejam lebih dorang berceloteh. Kami naik bosan. Kami pakat mahu keluar minum sekejap. Kuih lopez dan kuih ketayap sudah terpampang diatas meja sambil lalat seronok bertenggek. Hirupan demi hirupan kami masuk semula. Sampai giliran aku. Macam cilaka.

***********************

Jerebu agak tebal di perkarangan. Masing-masing gelisah dan ada juga yang keluar tandas 2 3 kali sambil di bahagian punggong agak lembab. Ada 50 soalan. Hampir semua subjektif. Suasana hingar bingar. Dia pandang aku aku pandang dia tapi apa pun tak dapat. Kami berpaling ke meja lain. Semua macam gampang tulisan. Juling mata aku. Masa tamat dengan carutan bergema di laungkan.

Lauk hari ni best. Kari ayam, sambal sotong dan daging kicap. Ni kalau kena dengan Mak cik Tegar mahu 7 8 ringgit melayang. Aku bersyukur.

**********************

Cuaca dah memang panas berdenting. Kami lewat 30 minit. Jadi kami dikerah supaya membuat pelbagai posisi berlari. Sambal sotong aku rasa macam nak terkeluar. Aku tengok brader hutan dah mual-mual. Memang semua peserta menunjukkan riak wajah yang mintak penyepak. Carutan mengalir keluar dengan seronoknya dari mulut masing-masing. Ada juga ugutan dilancarkan kepada Cikgu Hamid yang cekak pinggang di tepi padang.

Sesi praktikal dijalankan dengan suasana yang agak tegang dan berlecak. Sampai giliran aku. Carut+kerepek+bodoh-bodoh. Habis 10 minit. Lega tapi cam haram.

Upacara penutup dijalankan macam bangunan tu nak runtuh. Aku gelak nipis.

Kami dihidangkan dengan nasi ayam. Adegan memeluk bantal dijalankan. Semua muka seronok tapi ada juga yang tak puas hati sebab dorang ada sesi latihan. Aku hilang arah. Aku tak boleh balik hari ni. Aku lepak blik Nyot untuk seketika. Skandal ajak aku lepak malam ni. Hatiku seronok. Ni mesti nak ajak aku pergi lombong ni. Dah memang takde tempat lain dah dorang ni. Lombong gak jadi pilihan.


*macam haram aku punya penulisan arini. ni sume psl USA seri dgn Slovenia. cmon England!!

No comments: