arini aku biar fon aku menjerit-jerit lambat sikit.aku masih lihat Bob masih lagi terlantar dengan posisi yang menarik.aku banyak lengahkan masa sebab aku tahu peserta lain masih asyik dibuai mimpi yang entah indah atau tak.aku gagahkan diri pergi ke kawasan R&R warna merah jambu tu.Kam sudah berada ditandas bersama Awang.entah apa mereka buat sebelum aku datang aku simpan diam-diam dalam kotakku.lepas aku keluar dari tandas aku tengok ramai berpusu-pusu mahu ke tandas.ada juga yan hampir jatuh tergelincir aku hanya mampu tersenyum.Bob masih terdampar.aku kejutkan dia.
lama gak nak tunggu mamat katering ni sampai.ada gak terkeluar carutan dari peserta lain.aku hanya diam sepi membayangkan apa agenda Cikgu Hamid dan Pak Itam arini.aku rasa perlu untuk aku meletakkan lebih tumpuan kat dalam pembelajaran arini sebab ia banyak melibatkan posisi aku.
aku gerak dulu dengan Nyot selaku pemandu, Tank,Tungau dan Nyambek.yang lain sibuk mengisi paru-paru mereka dengan udara tambahan.suasana di padang memang hening.seronok untuk berlari-lari.macam biasa setiap seorang perlu ke hadapan untuk mengajar.banyak gak yang aku belajar dari Pak Itam selaku bekas pemain Malaysia dalam Sukan Komenwel 98.lepas 2 jam kteorang dihidangkan dengan kuih karipap sardin dan keria.sedap lagi-lagi dengan hirupan air nescafe.kteorang sempat main teka-teki.memang celaka jawapan dan soalan yang dilontarkan.berguling-guling kteorang kat atas jalan.tahniah kepada Tank, Gaban dan Bulen.sesi diteruskan.
********************
bau sambal sotong memang sedap.naik selera aku.banyak pujian dilemparkan.ramai juga yang mengambil nasi buat kali kedua.akak urusetia hanya tersenyum melihat telatah kami.aku pulang ke bilik untuk berehat-rehat.sambil-sambil aku jengah ke luar.panasnya berdenting.sedikit carutan dilemparkan oleh aku dan Bob.dah la semalam berjemur tak ingat.arini pon berjemur gak.aku dah mula terbayangkan sesi terapi bedak sejuk bagi mengembalikan keputihan wajah aku.aku bergerak ke kelas bersama konco-konco yang sama seperti pagi tadi.
kteorang sampai agak lewat.Ban tidak kelihatan.katanya pergi buat passport untuk Piala Dunia akan datang.banyak perbincangan diadakan bersama Cikgu Hamid.kekeliruan tentang sesetengah perkara kini sudah jelas.
aku dan Ab mengangkat Nyambek.ringan sungguh dia.memang takde cabaran.lantas Pak Itam menyeru kami supaya mengangkatnya.sekali lagi mudah walaupun saiz beliau yang lebih tinggi dan besar.kalau kena cara memang boleh angkat sesiapa termasuk Tank atau Nyot.aku lebih fokus dalam sesi kali ni sebab banyak melibatkan posisi aku sebagai seorang pelontar.banyak gak teknik yang diajar tapi aku perlu banyak berlatih,pesan Pak Itam.hari sudah mahu hujan.kiteorang menyantap popiah dan donat sebagai minum petang di bawah sebuah gerai.banyak perbincangan untuk pembentangan hari esok.kami berangkat pulang bila peserta lain ingin bermain tab.
kami singgah PKU untuk mengambil sedikit ubat untuk sakit-sakit di badan.kejadian mengorat awek dijalankan oleh Tank dan Tungau.memang handal mereka.aku hanya menjadi pemerhati bebas.mana tahu satu hari nanti aku boleh jadi macam dorang.akak PKU tu dah mula merah padam.mungkin tidak selesa dengan benda camni lantas dia beredar.kami hanya tergelak dan menunggu Nyot dan Nyambek.
**********************
Bob bertapa di luar bilik.kasihan dia.kunci aku pegang.jadi dia tak boleh masok bilik.kami hanya berbalas senyuman.aku terus mendarat di atas katil tanpa membuka baju.aku terlena sebentar sebab udara dingin diluar.Bob gegar badan aku.katanya makanan dah sampai.aku bingkas menukar pakaian dan berlari anak.
sekali lagi aku tak ingat apa yang dihidangkan.tapi aku tahu makanan tu sedap.hehe.aku pulang ke bilik dengan kekenyangan yang melampau.aku terus capai buku manual jurulatih yang diberi itu hari.macam haram.banyak giler nak baca.esok ada ujian tapi pada malam tu keputusan peperiksaan semester aku keluar.lagilah aku risau.tapi kerisauan aku tu aku letak bawah katil.fokus untuk ari esok.
malam ni skandal aku tak boleh keluar.katanya ada date dengan skandal lain.aku dah mula tak percaya dia. sedang aku menggedik-gedik dengan fon, Komeng terjah bilik aku.hanya kepalanya yang aku nampak."Pergi bilik sebelah kalau nak tahu tajuk presentation esok", katanya tegas.aku dapat tajuk Tackle.aku dah mula fikir nak buat cara-cara menackle awek tapi aku takut aku kena hentakan padu dari peserta-peserta lain.tak banyak isinya.aku menjadi lega.nanti takda lah aku nak bergagap depan kelas nanti.aku lepak bilik Nyot untuk siapkan kerja.dia ajak aku keluar.tapi aku menolak sebab aku tengah kecewa dengan skandal aku yakni Mus.Busong macam biasa "Gua tak kesah, lu je yang gua risau".aku lepak bukak facebook.aku jadi stalker jap.banyak gak gosip-gosip liar semasa ketiadaanku.aku hanya menulis sebuah komen.lepas tu aku sambung baca buku sambil ditemani nyamuk-nyamuk yang sememangnya tak henti-henti nak serang bahagian badanku yang terbuka.
*masih lagi trauma dengan bubur kacang petang tadi
No comments:
Post a Comment