Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Sunday, June 13, 2010

PEMBUNUH-PEMBUNUH

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sikit pasal cerita yang baru-baru ni menerjah panggung-panggung berdekatan rumah Mak cik Limah iaitu..........(drum roll)..........kaching......KILLERS.


korang semua jangan salah sangka dengan tajuk cerita ni.sebab ada seorang kenalan aku tu dia kata ni cerita seram.aku berguling-berguling bila dia cakap camtu.tapi takpa tu sume kisah silam.aku tengok cerita ni dengan skandal-skandal aku Busong dan Mus di lombong tempat kiteorang menimba ilmu.masa nak beli tiket ni ada 4 orang je dalam panggung.semuanya kapel.kami menjadi ragu-ragu untuk menempah tiket tapi setelah perbincangan dilakukan kat kaunter beli tiket tu.kami beli juga.dan macam-macam ugutan dikeluarkan oleh Busong kepada aku.antaranya "ko balik sendiri nanti kalau cite ni tak bes.aku bentikan ko kat kubor cina pastu ko jalan kaki sendiri".aku sikit pon tak gentar.nasib baik jumlah penonton bertambah masa kiteorang masuk panggong.

ok.aku rasa korang semua kenal dengan pelakon yang ada dalam gambar diatas iaitu Katherine Hiegl (Jennifer Kornfeldt) dan Ashton Kutcher (Spencer Aimes ).dua ekor bintang ni memang hebat aku rasa dalam cerita ni.watak-watak yang dilakonkan hebat seolah-olah dorang memang betul-betul dilamun cinta.cerita ni dapat tempat ke-3 blokbuster.1st shrek 2nd aku tak ingat.

aku rasa 1st tarikan cerita ni semestinya Ashton Kutcher.ini jelas bila adegan Jen jumpa Spence kat dalam lif.masa Spence masuk dalam lif dalam keadaan separuh bogel (seperti gambar di bawah) memang wanita-wanita dalam panggung berbisik selama sendiri dan membuat bunyi-bunyian.dan bagi yang tengok berpasangan, pakwe dorang pandang daring je kat makwe dorang.dan mungkin secara automatik dorang pasang azam untuk memiliki susuk tubuh seperti Spence kalau dorang nak awek dorang stay dengan dorang.

*ni la yang buat panggung riuh rendah seketika*

cerita ni memang agak bosan di permulaannya.senang cerita lambat panas la.adegan bercinta dorang memang ditunjukkan begitu lama dan membuat aku terfikir bila la agaknya aku nak membuat perkara manis seperti itu.hahaha.lepas 3 tahun, cerita tu baru nak stat panas.hidup dorang bahagia tapi takda anak.aku suka 1 adegan dalam cerita ni iaitu masa harijadi si Spence ni."U make my birthday party not on my birthday".ni jadi bes sebab si Spence ni ada cakap kat Jen yang dia tak mahu birthday party masa birthday dia.so dia buatlah sebelum harijadi Spence.
adegan yang bes bagi aku gak bila si Spence ni kata dia nak curi 1 kereta dan si Jen biarkan je sebab dia kata mencuri tu perkara kecik dari membunuh.ada gak satu adegan yang dorang ni gaduh laki bini.si Spence mula luahkan segala ketidakpuashatiaannya terhadap family si Jen.dia mula mengajuk segala perbuatan bapanya yang sememangnya poyo."Everything is done by Kornfeldt way"

jiran-jiran dorang memang mesra dan baik tapi semuanya bakal berubah oleh kerana duit 2o juta.ni memang kes mata duitan la.demi duit dorang sanggop membunuh jiran dorang sendiri.ish3x..(gaya adibah noor).aku suka 1 dialog dalam cerita ni."I really want to know my neighbours"- Spencer Aimes.bila da dapat tahu,jiran pulak cam haram.

adegan aksi kejar-mengejar, tembak-menembak, bunuh-membunuh dan memaki-hamun dalam cerita ni memang bagus dan harus diberi pujian.dan yang paling surprise dalam cerita ni sebab ada USHER!!huhu.pastu ada juga suara sumbang yang kata "Justin Bieber takda ke??".huh??apsal kalau Usher ada JB pon kene ada.korang ingat dorang kembar siam ke.

masa peleraian cerita ni memang bes.kita memang tak expect tapi kalau fokus masa awal-awal cerita korang boleh agak la cerita ni macam mana.moral of the story jangan jadi mata duitan.seterusnya, bila kita dah start percaya kat orang jangan buat tahi kat orang tu.kita gak tak boleh ubah masa lampau kita dan teruskan hidup dengan azam yang baru dan jangan pandang ke belakang jika kisah silam itu hitam belaka.

so setelah 1 jam 40 minit duduk kat atas kerusi yang empuk sambil kaki naik atas kerusi depan aku bagi 3.98 bintang dari 5 bintang.aku rasa ini dah kira baik.jadi, bagi sesiapa yang tak tengok lagi cerita ni pergilah serbu pangung-panggung berdekatan.tak pon kedai-kedai jual dvd haram yang berhampiran untuk menonton.

nantikan JURULATIH ep 3.............

No comments: