Waktu riadah aku telah diambil tanpa kerelaan hati demi mencari rezeki yang halal untuk berjoli di kemudian hari. Jam-jam terakhir kami memang penuh dengan carutan dan maki hamun terhadap pihak pengurusan yang bersifat tiada otak. Sejam sudah berlalu dan kami hanya bergerak sejauh 4 kaki. Memang serabut dan kelam kabut. Dengan jelingan Si Botak CNI yang sering tidak puas hati dengan kehadiran kami menambahkan lagi kekusutan yang berlaku di muka pintu raksasa yang 20 kaki panjangnya. Sami menjadi tempat kami melepaskan geram. Adegan kejar mengejar sambil melempar jala ke arah Sami menjadikan hati kami riang sebentar. Setelah puas dengan Sami kami beralih ke Mahin. Mahin sedikit pun tak memuaskan hati kami.
"Aiyo, u ni patong la. Kasi gelaklah sikit." tegur brader Klang II sambil menyiku perut Mahin. Tersedak Mahin disitu.
****************************************
Semuanya bermula seperti pagi-pagi biasa. Kedengaran siren yang menandakan waktu rehat sudah tiba. Orang ramai berpusu-pusu keluar tapi kami bertarung untuk masuk. Seorang Nepal sudah mengukirkan senyuman kepadaku. Aku balas tanpa ikhlas. Dia tak menyentuhku hari ni tapi dia menyuruh rakannya yang lain mengalami kenikmatan itu. Agak lembut caranya merabaku. Aku genggam kemas buku lima muka suratku dan hanya tunggu untuk pelancaran.
Permulaan hariku takde cabaran. Rancangan untuk merompak botol air dan 'keychain' Piala Dunia rancak dibincangkan tapi berakhir tanpa sebarang kata putus. Aku tenang membuka tutup bungkusan dan babak tampal menampal lincah dilayangkan oleh kami bertiga. Brader Klang takde hari ini. Dengar khabar dia mahu singgah Terengganu sebelum menyelinap masuk Siam untuk bernikah. Aku senyum nipis.
****************************************
Lepas menekak, aku pergi tandas ofis-ofis. Tandasnya memiliki kelengkapan yang cukup untuk upacara memandikan jenazah. Di lorong itu aku sempat menjengah pejabat kastam. Kelihatan seorang pegawai berbaring sambil mengusap perutnya yang besar itu dengan tangannya erat memegang remote TV.
"Entah berapa banyak suapan yang dia dapat hari ni?" hatiku sebak memikirkan nasib kerajaan Malaysia.
Setelah melakukan tuntutan agama aku lalu di lorong yang sama. Kelihatan dia sudah melelapkan mata.
"Apa itu F?" getus hatiku sambil membelah rambut di cermin besar.
notabukulima: aku cuba untuk menulis sependek yang mungkin sebab ada pembaca blog ini yang malas mengadap page gua yang panjang lampai. jadi aku tak masukkan banyak adegan selingan. harap maklum
*masa lunch
Aku cuba call dR. Rozmey tapi asyik bini muda dia je yang jawab. Aku panas dengan dia ni sebab banyak janji yang dimungkiri. Aku punya JURULATIH tak release-release sampai sekarang sebab 2 Alam dia tak lepas-lepas lagi dengan Jabatan Perfileman Negara. Cam haram dR.Rozmey.
No comments:
Post a Comment