Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Tuesday, June 15, 2010

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Arini aku teman mak dan adik aku pergi hospital. Ada date katanya. Aku memang bangun awal arini tapi nasib baik aku dah prepare awal. Aku masuk tidur pukul 1.30 tapi last aku tengok jam pukul 3.macam haram. Lama gak aku berguling atas katil tu rupanya. Bangun-bangun aku terus mandi. Memang sejuk air masa pagi. Tiba-tiba teringat pulak masa aku duduk Penjara Cheras berdekatan Downtown Velodrom. Masing-masing bangun pukul 4 pagi dan dengan selambanya mandi-manda walaupun air dibawah takat beku.

Aku bersarapan nasi lemak dan kopi suam sebagai pelarut. Aku teruskan perjalanan dengan memandu laju. Damn....absorber kereta buatan Jepun aku dah macam Bas Ayapan kat Ladang Teh Boh, Cameron Highland tapi redah je. Kesesakan memang sering berlaku di muncung Federal Highway. Entah bila dorang nak besarkan jalan pun aku tak tahu. Sambil tu, aku sempat usha awek dalam kereta-kereta mewah. Muka macam pro bawak kereta tapi aku rasa dapat L pun tak layak. Sedikit carutan terpancut dalam hatiku.

Seperti yang dijangkakan, manusia di situ memang boleh dibuat lautan. Tapi sebenarnya kalau tolak-tolak aku rasa hanya 30 orang pesakit je. Yang lain itu hanya mahu tunjuk keperihatinan mereka dengan membaca surat khabar, bersembang kuat-kuat guna fon dan cuci mata. Aku dapat nombor giliran. Nombor macam ong tapi aku tak bercadang untuk beli 4D dengan nombor tu. Ramai gak yang usha aku, dorang pandang atas bawah. Aku pergi ke papan kenyataan untuk cek ada tak muka aku kat sudut 'Most Wanted'. Aku tengok takde. Aku cucuk telinga aku dengan muzik-muzik yang damai. Ruang menunggunya memang sejuk macam peti ais. Nasib baik tak keluar asap ikut mulut aku. Aku tengok cermin dan tingkap semua dah mula berpeluh dan aku mula menggigil. Adakah lemak-lemak dibahagian perutku sudah tidak berguna? Aku kecewa.

Orang ramai mula mengintai skrin nombor di hadapan. Tak kurang 5 saat mereka intai lagi untuk pastikan nombor dorang naik tapi kecewa. Dan 5 saat seterusnya dorang mendongak lagi dan perkara ini berterusan selama 45 minit. Naik lenguh gak leher aku. Sempat gak aku mengalihkan pandangan pada akak kaunter pendaftaran. Dorang pandang daring kat aku sebab dari tadi aku asyik tersenyum sorang-sorang. Aku buat dono je.

Aku bersama keluarga pergi ke tempat pelajar UiTM Shah Alam selalu lepak-lepak untuk menyantap makan tengahari kami. Tak ramai awek tapi aku tak kesah, janji perut aku boleh diisi. Aku order nasi ayam dan laicikang. Laicikang dia memang berserabut. Macam-macam haiwan dia bubuh dalam tu. Aku makan agak kelecah. Mak aku hanya usha slack. Tiba-tiba ada ngilaian dari meja hadapan yang datangnya dari seorang makcik yang bertubuh sasa. Darah aku menyirap naik. Dia order laicikang sama macam aku dan gaya makannya pon sama macam aku. Aku senyum sinis. Sekali lagi, makcik itu menyergah pekerja disitu menanyakan mana makanannya. Pekerja meminta makcik tu bersabar sambil pandang daring kat makcik ni. "Mahu kena racun makcik ni jap lagi", tafsiran aku dari air muka brader tu.

Makcik tu makan dengan penuh nikmat sambil diperhatikan oleh brader tu. Memang sah makcik tu da kena racun. Makcik tu bersuara lantang lagi. Aku terus mengalih pandangan ke arahnya.Rupa-rupanya dia menegur tauke kedai tu. Brader tu muka terkejut. Aku beransur pulang sambil tertanya-tanya apa yang terjadi kat makcik tu. Adakah dia terkena cirit birit selama 8 jam ataupun muntah darah? Aku teruskan perjalanan pulang sambil senyum nipis.


**debaran JURULATIH ep 4 semakin terasa...korang ley dapatkan pas masuk percuma kat kaunter Wira Sejati di semua cawangan

3 comments:

Shreko said...

aku rase,baik ko pegi kedai makan tu balik..
tgk makcik tu..

Bulan said...

hahaha
senyum je kje ea..
mmg ptut pn kne usha daring..
akk kaunter tu msti pkir byk kali
"nk anta g wad sakit jiwa ke x"

Amirul said...

shrek: hahaha
da berbuih da mulot mkck tu ak tgk smlm
hehe

muna: senyum tu sedekah kn??
hehehe
jiwa kacau??