Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA

Gua macam biasa lepak-lepak dengan kutu gua. Sambil-sambil itu sang mata turut sama berbuka puasa. Atas bawah depan belakang kiri kanan semuanya di pandang tapi satu pun tak pernah lekat di hati gua. Gua geleng kepala.

Macam-macam cerita yang terbongkar. Henset tiruan, tangkap basah, EPL, Lady Gaga, Firaun, bayi, hantu, facebook, kereta Kelisa, kopi ais, blog dan yang terakhir raya. Cerita yang terakhir memang gua senyap je. Gua takde mood nak raya tahun ni. Baju raya gua pun gua memang buat tak kisah. Yang gua tahu selipar baru mesti ada. Kalau takde memang gua mogok lapar.

Sedang ngilai tawa nyaring di telinga masing-masing, ada seorang awek pandang gua. Gua cepat-cepat pandang tempat lain. Gua curi-curi usha dia lagi. Dia bangun dari kerusi dia. Rupa parasnya memang buat orang pandang dua kali tapi kalau kali ketiga tu memang dapat penyepak percuma. Dia datang ke arah gua. Gua tunduk buat-buat tak pandang. Sekali gua toleh, dia dah terpacak depan mata gua. Agak gagap juga gua. Tapi dia yang mengorak kata dulu..

"Bang, ada lighter tak?" tanyanya lemah lembut.

Gua geleng kepala ada makna.

Monday, August 30, 2010

STOK

Gua habis lab awal. Kalau ikut perancangan sebelum-sebelum ni memang Maulana lah hala tuju kami tetapi sejak JAIS buat rondaan disitu sejak beberapa hari ni memang kiteorang mati kutu. Ada suara-suara sumbang yang ajak pergi Hanifah pergi padang lah pergi jumpa Mak Cik Tegar lah. Akan tetapi, dengan kuasa veto gua semuanya gua tepis. Semua beredar. Ada yang pergi naik jejantas. Ada yang jalan lurus. Ada yang ke kanan. Tinggal gua dengan seorang lagi kutu gua ternganga,

Sambil curi-curi dengar persatuan pencuci bermesyuarat yang duduk sebaris atas kerusi merah empuk gua selak buku. Busong tengah sengih-sengih picit telefon. Gua pun turut sengih. Dari jauh, kelihatan seorang bertubuh sasa segak berbaju merah jalan menuju ke arah gua. Mesyuarat persatuan turut terhenti sambil seorang demi seorang mengangguk kepala. Hanya senyuman nipis yang dibalas olehnya.

"Ni takde kelas ke?" soal beliau dengan suara garau.

''Dah abes da...ni tengah tunggu kelas la ni," jawab Busong sengih-sengih sambil betulkan posisi.

"Jom ikut abah,'' ajak beliau.

Sampai kat situ, gua nampak dua orang makcik sedang menunggu di dalam. Kadang-kadang matanya pandang gua atas bawah sambil bibirnya petah mengukir kata. Gua agak terkejut dengan tempat itu. Tak sangka kat sini pun ada tempat macam ni. Memang betul-betul underground.

"Kak, ni berapa sepaket?" soal beliau sambil belek-belek bungkusan itu.

"Tu RM10, yang tu pulak RM14,'' mucungnya agak jauh dan tirus.

''Mana akak dapat stok ni?'' soal beliau lagi.

"Banting,'' jawabnya ringkas sambil tak pandang belakang.

Saturday, August 28, 2010

TOLONG

Petang tu dengan mata bengkak dan rambut yang kusut gua jengah ruang tamu. Adik gua dua orang dah terbongkang kat tengah lagi seorang tengah mengadap komputer. Khusyuknya kalah khusyuk masa solat. Gua terus ke dapur.

Mak gua tengah berserabut dengan masa yang agak suntuk dan menu yang masih banyak yang beum diuruskan lagi. Gua nampak satu adunan tepung sambil dalamnya berenang beberapa ekor udang. Selera gua naik. Gua jengah lagi satu periuk. Bau santan bercampur kunyit memang menusuk tapi gua tak nampak pun bekas siput kat sinki. Gua buka tudungnya. Harapan gua punah. Selera gua turun sedikit

Tiba-tiba terdengar suara kecil dari jauh

"Mak, adek nak air sirap campur cincau!!" agak pelat suara itu.

Gua naik angin tiba-tiba sebab gua memang tak boleh dengar perkataan itu. Meluat rasanya.

A D E K

Friday, August 27, 2010

LAPOK

Dalam keadaan mamai kutu gua tendang pintu bilik gua. Gua menggelisat bangun dan bersedia untuk maki hamun. Dia ajak sahur kat padang. Nak pekena tom yam katanya. Kaki gua rasa cam nak bagi sepak gunting je tapi gua fikirkan tentang karier gua pada masa hadapan gua bendung kaki gua rapat-rapat.

Sambil tunggu kutu lain siap, dia buka cerita.

"Gua masa naik KTM gua kena soal dengan polis," katanya sambil tangan masuk seluar.

"Gua disyaki jadi pusher," dia menghangatkan lagi cerita sambil masing-masing menguap besar-besar.

"Ini mungkin sebab gua jalan-jalan sambil masuk tangan dalam jaket," Perghh. Agak stylo juga kutu gua ni.

Tiba-tiba satu suara datang dari pintu....

"Ni cerita zaman bila ni?!" Agak garang dan tinggi nadanya.

NUZUL

Gua bukan jenis islamik sangat. Gua takde benda yang dituliskan atau diceritakan. Kita sambung esok-esok je cerita.

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN




notapingganmangkuk: ahli keluargaku di rumah, sila sediakan karpet merah, pulut kuning, ayam golej, karipap, cucur udang, dan tak lupa juga sipot sedut masak lemak. Nanti lagi beberapa minit sebelum buka anak ini pulang.

Tuesday, August 24, 2010

SELERA

Gua ini hari sahur wrestling superstar tapi sekor pun gua tak kenal. Yang gua ingat The Rock dengan Stonecold.

Gua berbuka dengan bentang surat khabar segmen artis sebagai alas tempat gua makan.

Monday, August 23, 2010

SYIRIK

Hari itu gua agak bengang. Gua amat perlukannya sebab keadaan agak mendesak. Dengan makcik koperasi cuti bersalin lagi. Gua amat buntu. Puas gua selongkar setiap celah-celah yang ada. Cuma celah kelangkang kutu gua je gua tak selak. Mahu makan kaki takpun selipar getah buaya ciplak yang kini boleh didapati di merata-rata tempat.

Gua terpaksa jalan jauh sikit bagi lepas gian gua. Sampai je tempat tu gua terus ke lorong tengah untuk dapatkan stok. Dengan syiling digenggam kemas gua selongkar celah-celah. Dapat! terus gua pergi jumpa tokan stok untuk setelkan urusan jual beli.

Sampai je bilik terus gua capai pen biru gua yang sebatang tu. Gua tulis Alif Lam Lam Ha atas pemadam gua dengan harapan berdosalah bagi sesiapa yang mencurinya dari gua.

Thursday, August 19, 2010

TERINGIN

Helaian atas meja gua memang dah buat hal masing-masing. Gua pun buat hal gua sendiri sambil gua buat kerusi gua berdiri dua kaki depan dan juga belakang. Dengan pen gua tinggal sebatang sebab makcik koperasi cuti bersalin. Patutlah gua tak berapa nak feel jawab ujian ini hari.

Tingkap gua kasi buka luas-luas. Langsir gua sisip ke dalam menghampiri meja gua. Agak terang keadaan di bawah. Gua sengih sorang-sorang tengok kutu gua lari-lari sambil melenturkan badan dengan pelbagai gaya dan aksi sambil sedikit carutan kadang-kadang terpancut.

Gua scroll atas bawah tekan kanan sikit gua selak muka surat baru. Tak banyak yang gua baca gua balas. Sekali lagi gua scroll atas bawah. Tiada yang menarik perhatian gua sangat.

Kan seronok kalau sekarang ni gua boleh geli-geli dengan awek........

Wednesday, August 18, 2010

SENYUMAN

Gua masuk ikut pintu belakang bersamanya. Agak gugup juga. Gua cari port baik punya supaya gua dapat usha dia dengan jelas. Gua senyum je tengok dia. Petah juga dia berkata-kata. Sambil itu, gua belek-belek juga nota tulisan gua yang dah macam hasil rompakan dari arkib negara. Gua belek gua usha dia gua belek gua usha dia sehingga sejam berlalu. Hati gua tenang tengok dia berehat atas kerusi dia. Gua keluar.

Kali ni dia agak lambat dan masuk ikut belakang tapi gua masuk ikut pintu depan. Matanya sempat mengerling ke arah gua dan lantas dia mengukir senyuman. Dalam keadaan hingar bingar, nama gua diseru olehnya. Gua bingkas pergi kearahnya dan menolong apa yang patut. Pertolongan gua hanya dibalas dengan senyuman. Itu pun sudah memadai bagi menenangkan hati gua yang kian resah dengan tulisan-tulisan itu.

Gua melepak dengan kutu-kutu gua agak lama dalam bilik berhawa dingin itu. Kaki gua dah rancak bergoyang sambil gua gosok-gosok lengan gua yang agak tebal lapisan lemaknya itu. Sekali lagi dia menyusur melalui pintu belakang dengan termengah-mengah. Agak kelam kabut kutu gua memperbetulkan posisi masing-masing. Dengan nada yang agak tinggi dia menyuruh gua tulis nama gua kat kertas itu. Gua agak berang tapi gua turuti juga. Gua terus belek-belek kertas itu sambil gua usha dia bergayut kat belakang. Kadang-kadang matanya merayap.







notapingganmangkuk: gua hari ni agak sakit dengan ujian yang berderet. tak banyak ruang kosong yang ditinggalkan. gua harap esok gua boleh buat.termo bai...mati gua. lagi satu benda...gua punya myline gua tak sentuh lagi tapi blog dengan fb gua rajin. tak tahu apsal. gua kering idea la nk cite pasal lagu-lagu ni. kalau lagu tu bes takpe...ni lagu haram mana tah dorang rembat. takpe esok masih ada...

Tuesday, August 17, 2010

LONGLAI

Gua mulakan hari gua dengan senyuman mesra sambil kepala gua seakan-akan tenang memikirkan apa yang akan muncul di dalam sana kelak.

Gua cuba mengambil semangat tasik berhampiran tempat kejadian. Hati gua sedikit tenang sambil keadaan agak hingar bingar diseberang sana dengan keluh kesah masing-masing. Gua gelak-gelak sikit, garu-garu sikit, selak-selak sikit gua masuk.

Gua duduk dengan kutu-kutu gua dengan harapan akan ada adegan jeling-menjeling, lontar-melontar, bisik-membisik tetapi itu semua hanya perancangan.

KABOOM!! BANG! BANG!
Gua dengan kutu gua longlai dikerjakan oleh kumpulan tulisan yang statik membisu tanpa sebarang senyuman itu. Cilakak.

Sunday, August 15, 2010

DIARI RAMADHAN 5

5.25 pagi

Gua tersentak dari tidur gua yang tak berapa nyenyak itu. Pengera kecil gua tak berbunyi. Gua tertanya-tanya. Mungkin pengera itu terlalu letih. Gua mengelisat capai botol air 1.5 liter. Gua teguk sampai isipadunya tinggal 1 liter. Gua nampak kurma atas meja gua, gua sental 2 biji. Bijinya gua buang melalui tingkap dan berharap ia akan menjadi pohon kurma yang membuahkan hasil. Gua sambung tidur.

9.30 pagi

Dengan tahi mata gua bertepek lagi, gua baca nota maya gua. Sedar-sedar dah habis satu bab. Gua sambung tidur lagi.

11.30 pagi

Beban kat mata gua makin banyak. Gua selak buku biru gua pulak. Tak banyak benda yang gua baca dan balas. GUa capai tuala gua yang tersergam indah kat ampai baju gua, gua mengorak langkah malas dengan bunyi seretan selipar yang boleh membuat gua dapat satu balingan selipar dari bilik-bilik di hadapan.

2.30 petang

Perut gua dah merengek. Gua sambung tidur bagi menenangkan perut gua.

5.50 petang

Kepala gua dah berat tetapi gua tetap kuatkan diri untuk bermain. Banyak juga perlawanan yang gua menang. Katil sekali lagi memanggil gua tetapi kali ni gua hanya bermanja-manja je. Gua dah nekad tak mahu tergoda lagi.

6.34 petang

Haruman di kafeteria memang agak sedikit menggoda. Tak banyak juadah yang disediakan. Gua tibai je mana yang gua nampak senyum-senyum kat gua.

7.28 malam

Gua menyantap sampai otot bahagian perut gua tak boleh mengecut. Gua terbaring longlai.






notapingganmangkuk: Alhamdulilah sebab gua dapat menyempurnakan ibadah puasa gua yang tak seberapa ni. tapi yang penting gua nak tengok 2 ekor laok yang akan bertarung malam ni. satu pasukan cap ayam lagi satu pasukan meriam buloh. gua target ini malam seri dengan 1 jaringan setiap satu. tak lebih tapi boleh kurang.

gua rindu kat masakan mak gua...memang nak balik tapi xley balik..sori mak n abah..nanti 2 minggu lagi baliklah anak ini...saba naa...huhu

Saturday, August 14, 2010

PANAS

Malam tu memang cuaca agak ideal untuk mengalami mimpi-mimpi indah. Jadi, gua ambil keputusan untuk merasai aura malam itu dengan bertapa bersama komputer riba gua. Gua terus selak buku biru gua. Tak banyak benda yang gua kena baca. Gua selak satu-satu sambil senyum-senyum. Dalam keadaan yang sedang seronok, ada satu ayat yang betul-betul buat gua panas. Gua dapat rasa jantung gua pam laju-laju dan tangan gua gigil-gigil nak bagi penumbuk dan pelempang. Gua memang panas sampai gua terus bukak baju dan buka tingkap luas-luas.



notabukulima: gua bukan tak berani. gua cuma ada banyak komitmen yang gua kena utamakan dulu sebab gua masih bergelar seorang pelajar sama macam lu. lu pun gua tengok hidup terumbang ambing. so takyah la nak berlagak macam lu tu bagus sangat ok.

p/s: i'm not hotter than u!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN

Gua punya target ramadhan ni gua nak

- beli ayam golek pastu makan sorang-sorang.

- ngorat makcik jual kuih

- curi mesin tebu dengan tebu-tebunya sekali

- rapat dengan imam atau tok siak surau-surau lebih-lebih lagi lepas tarawikh

- gegar kedai mamak yang kedainya dibiarkan separuh terbuka

- khatamkan quran





notapingganmangkuk: alhamdulillah sebab tahun ni gua dapat jumpa dengan ramadhan lagi. walaupun gua rasa baru je gua posing-posing tangkap gambar tepi gambar pakai semat-semat gua tetap gembira menerima kedatangan ramadhan. gua rasa kuncu-kuncu gua boleh tahan nafsu serakah dorang dari melakukan onar di dewan kuliah, bilik kuliah mahupun bilik tutor.

Sunday, August 8, 2010

KELEWATAN

Macam biasa kiteorang memang selalu lepak makan lama-lama. Macam-macam kisah terpancut dari mulut masing-masing. Ada cerita tenis, pelekat, telefon bimbit, wireless dan macam-macam benda lagi yang boleh diterima akal.

Sedang rancak berbual, tiba-tiba ada satu suara yang menyentap kalbu gua

"Kau bila lagi ni? lambat lah brader..."

Gua terus tunduk dan terus menyantap makanan gua yang memang menyelerakan itu.

Wednesday, August 4, 2010

PENCARIAN

Dalam dingin petang yang cuacanya agak suam-suam kuku gua dengan membe gua meluncur laju di dalam kesibukan jalan. Gua sampai agak lewat sebab gua ada ujian tadi. Soalan memang mencabar dan keadaan dikeruhkan dengan konduktor yang tak ingin melepaskan gua pergi.

Bila sampai je gua pun pergi buat apa yang patut, pakai boot, pakai seluar dan gua hanya tunggu masa nak sarung jersi keramat tu je. Bau kedai masih dapat dihidu meskipun telah bercampur dengan bau-bauan yang lain. Separuh masa pertama tamat dan sedikit perbincangan kumpulan diadakan. Perbincangan agak tegang tapi berjaya dikawal.

Separuh masa kedua bermula. Harapan gua untuk beraksi memang semakin memuncak. Masa dah semakin suntuk, kemenangan memang sudah menjadi milik kami tetapi harapan gua untuk beraksi memang gua tak mahu padam. Tapi semakin masa berdetik, semakin itulah harapan gua perlahan-lahan malap dan fuhh....dihembus padam dengan kencang oleh tiupan wisel sang pengadil yang berkaliber itu. Gua pulang dengan perasaan yang bercampur baur antara marah dan sedih. Perasaan gembira memang gua dah tinggalkan di padang bersama sahabat-sahabat gua yang lain yang dapat beraksi sebentar tadi. Gua masih terkapai-kapai mencari sebab yang munasabah.......


notabukulima: gua nak ucapkan tahniah kat team gua. even mendapat caci maki dari rakan-rakan anggaplah benda tu satu pengajaran. korang bertuah dapat main gak. gua dari dulu asyik bertapa dengan bekas ais tu je...hop gua dapat main tok nex game. gua pun tak tahu apa pasal gua tak main tadi. gua tengok sume dah terjelir-jelir dah tadi. maybe bukan rezeki gua. gua lambat pun sebab gua ad tes tadi. gua rasa gua dah cakap dengan lu orang sume. so janganlah nak tarik2 muka dengan gua sebab gua datang lambat tadi. gua bukan bajet star ok....

p/s: sori sebab gua cam emo lebih je kat page gua ni sebab memang gua tengah down sekarang ni.....