Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Sunday, July 11, 2010

MAIN CINTA

Satu petang pada tahun 2005

Macam biasa lepas pukul 2.30 petang memang waktu mesyuarat konco-konco kelas atas. Uniform masa mesyuarat mestilah berseluar hijau sambil kemeja putih dibiarkan keluar. Tali leher juga dibenarkan tapi tak digalakkan. Ada juga ahli mesyuarat yang memakai seragam serba putih yang rata-ratanya bertubuh sasa.

Mesyuarat dimulakan dengan agenda membuat serbuan di sebuah gerai menjual makanan yang rata-ratanya disediakan di tepi jalan tanpa mengambil kira soal kebersihan dan hanya memikirkan soal kuantiti. Selepas itu, agenda diteruskan dengan duduk di sebuah perhentian bas sambil membuka segala cerita mahupun aduan. Rancangan untuk berbowling pada hari Sabtu juga boleh diusulkan tapi akan membawa mesyuarat berjam-jam lamanya untuk mendapat kata putus.

Tengah mesyuarat tiba di kemuncak yakni tatkala masing-masing menghabiskan hirupan terakhir, Alejandro secara tiba-tiba berkata

"Aku rasa aku nak couple lah"

Fernando gua tengok dah belek-belek begnya yang sudah bertahun tak tukar, Alvyn pula buat-buat muka sangap dengan buaian, Simon dah minta diri nak balik, Paul pula menundukkan kepalanya sambil Jason mengusap belakangnya.


Satu petang pada tahun 2010

Gerakan ke lombong dirancang pada akhir waktu tapi dipersetujui oleh ahli-ahli pakatan dengan sekali ajakan saja. Sampai di lombong macam biasa kami akan berbowling. Alejandro antara orang yang gembira. Tak tahu apa pasal. Lepas puas berbowling yang macam biasa Alejandro akan pulang dengan hampa kami akan berkunjung ke gerai Israel demi memenuhi ruang kosong di bahagian perut kami. Kami memang tak terlibat dalam mana-mana gerakan boikot Israel atau ganyang Israel jadi kami bebas dan tak macam sesetengah orang yang kadang-kadang menyeksa diri mereka sendiri.

Ayam menjadi santapan kami. Sedang adegan unggis-mengunggis, Alejandro bersuara dengan muka yang tak yakin

"Aku rasa aku nak cari awek lah"

Suasana hingar bingar di satu sudut saja. Basri gua tengok semakin rakus mengambil jejari itu, David gua tengok dah mula jilat-jilat jari, John gua tengok pula dah pandang daring kat awek yang basuh tangan tak habis-habis sambil kadang-kadang jeling Alejandro yang terkial-kial makan ayam tu. Sambil itu, Wirjono belek-belek fon barunya yang boleh sentuh-sentuh.




notabukulima: thanks for the followers! gua juga ada plan nak buat kenduri kecil-kecilan kalau gua punya konco-konco mencecah 45 orang. so rajin-rajin lah jengah-jenguh dusun gua ni yo!

1 comment:

muzzamil.sahjamal said...

hahaha..kenduri t ajak aku!! haha :P