Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Monday, June 28, 2010

IDEA

Gua minggu ni memang bercelaru sikit. Sejak-sejak RMK-10 diuar-uarkan gua makin sibuk. Sampai skandal gua sanggup datang rumah gua ajak lepak-lepak. Nak bincang pasal projek la tu, gua tahu isi hatinya dalam-dalam.

Gua tak tahu nak tulis apa. Tulis pasal Gabai gua rasa macam dah basi. Tapi gua tulis jugak. Gua garu-garu gua ketuk-ketuk masih tak idea. Gua menyerah tak mahu tulis.

Tiba-tiba idea nak tulis pasal cara nak berjimat datang. Tapi gua pikir-pikir balik masa gua berbelanja dulu gua batalkan niat sebab gua takut JAIS datang gegar rumah gua. Tak pasal-pasal gua kene denda RM3000 nanti.

Takkan gua nak cerita pasal persatuan penduduk tempat gua tinggal kot. Tak berbaloi bila gua terkenangkan muka Botak yang memang cilaka dalam menjalankan tugasnya. Dah pindah pergi tempat lain tapi masih nak pegang jawatan kat sini. Memang perangai cam haram. Gua tak kesah kalau dia jalankan tanggungjawab dia tapi satu haram benda pun dia tak buat. Yang dia tahu hantar notis minta duit penyelenggaraan.

Hati gua masa tengok England lawan Jerman semalam memang tak tenang. Tangan gua menggigil je nak tulis tapi lagi sekali bila gua mula selak buku biru gua semuanya hilang. Gua dah mula resah. Masa tengok Argentina lawan Mexico pon gua gigil gak. Gua rasa macam nak pergi tumbuk je linesman tu. Memang dua match semalam linesman semput. Gua tak tahu nak cakap pe dah.

Ada juga gua nak cerita pasal kisah cinta-cinta tapi mengenangkan gua takde awek sekarang baik gua senyap. Kang tak pasal-pasal gua kena hentak dengan pasangan yang sedang seronok bercinta mahupun yang sedang dilanda badai ombak tsunami.

"Marilah idea datang kepadaku," pujuk gua.

Friday, June 25, 2010

CIPLAK

Gua memang dah buntu tak tahu nak tulis pe. Hujan makin lebat kat luar tapi mata gua tak teringin langsung nak pergi jalan-jalan. Jadi gua ambil keputusan nak buka buku biru gua. Gua sengih sorang-sorang baca segala tulisan yang terdapat kat situ. Tapi hati gua masih tak tenteram. Gua memang kena post satu benda ni.

Dalam keadaan gua yang tak berbaju gua redah mana-mana blog yang gua jumpa. Blog orang hilang punca la, blog si tinggi lampai, blog bola la, blog teman sepenjara gua, blog kawan gua masa gua kat alam matriks dulu, blog awek kawan gua pon gua selongkar, blog sang kancil pon gua tengok gak. Manalah tahu kot-kot dia ada kalahkan dinosour ke. Tapi gua hampa. Tiba-tiba gua teringat kat blog sorang awek ni. Gua redah sambil degupan jantung gua laju berkocak.

Gua senyum lebar. Gua dah masuk blog dia. Pergh. Bersinar mata gua tengok blog awek ni. Tulisan dia macam-macam kaler. Gua belek satu-satu post dia. Tiba-tiba gua macam pernah nampak tajok post dia. Gua ambil keputusan nak kasi letup itu tempat. Jadi gua arahkan tikus-tikus gua panah itu tajuk. Panahan berjaya tepat di sasaran. Segala macam terpancar kat gua punya komputer betis.

Gua sengih-sengih baca ayat dia. Memang sebijik macam benda yang gua tulis kat buku biru gua. Gua memang terkejut tapi gua sedikit bangga. Dia memang takde tapis sebarang gua punya bahan tu.

sebab saya tak bagi awak bunga

"kalau awak ada perasan saya asek bagi awak lagu je kan?
saya bagi bukan saja2 tau.ada makna tu.
lagu ni memang jenis tak layu bukan cam bunga.
bunga kalau lama2 akan layu gak tapi tak untuk lagu.
ni nak tunjukkan yg cinta saya takkan pernah layu mcm lagu yg saya berikan pada awak
sebab awak akan sentiasa mendengar lagu itu dan begitulah juga awak akan sentiasa
menerima cinta saya."


Gua tersengih sorang-sorang selama dua hari.



notabukulima:cilaka. sekali lagi gua takde idea nak tulis pasal hal gua kat gabai. gua tak sabar nak tengok brazil vs portugal. gua dah sampai kat pintu stadium tapi stadium dah tutup. jadi gua amek keputusan tengok kt tv je.

Wednesday, June 23, 2010

MAK

Macam biasa gua datang awal. Lepas salam-salam gua terus berlari ke arah pagar. Gua masuk ikut pagar belakang. Tak ramai yang berani ikut situ sebab kat depan tu ada rumah Pak Marzuki. Gua terus pekena sate yang dibakar atas motor. Memang ajaib.

Tapi semakin gua membesar ada desas-desus yang mengatakan sate tu sebenarnya dibuat dari anjing. Patutlah gua tengok tak banyak kes kena anjing kat kawasan tu.

Sambil gua tunggu sate perasaan cemburu mula merasuk diri. Gua usha panas je budak-budak pakai beg tarik. Tapi gua tengok budak-budak yang pakai beg tarik ni sekarang ramai kat pusat pemulihan akhlak, penjara, rumah pengasih dan macam-macam tempat yang boleh dapat makanan free.

Gua hirup kuah sate tu sampai kering sebelum gua kena cukai jalan masa nak pergi kantin nanti.

*******

Dalam kelas gua lah yang paling segak sebab gua sorang je yang pakai 'tie'. Memang kaler die tak sesuai untuk pergi makan malam akhir tahun dan kadang-kadang gua rasa macam Cikgu Govin.

Macam biasa bila cikgu memonteng gua yang kena jaga kebajikan anak buah gua. Gua memang suka kerja gua. Satu kelas gua ronda. Bila ada sampah kat lantai gua tak kutip tapi gua segegah budak-budak yang bertugas ini hari. Memang gua basuh dorang kaw-kaw sebab gua nak naik pentas minggu depan.

Kelihatan Khairul dan Halim masuk ikut pintu belakang sambil tersengih-sengih. Baru pulang dari 'book shop' la agaknya. Dorang memang kamcing dengan gua. Sebab tu gua tak banyak tanya mana dorang nak pergi tapi kalau budak lain memang gua tanya macam nak cari pembunuh.

"Tengok pensel kita....." kata Khairul dengan angkuhnya sambil menggoyang-goyangkan pensel tu kat kumpulan meja belakang.

Gua memang tak boleh tengok budak-budak ni berkumpul kat belakang. Nanti gua yang kena 'sound' dengan Cikgu Jamilah. Jadi, gua ambil keputusan pergi ke sana. Gua tarik seluar gua sampai atas pusat, betul-betulkan 'tie' ,buat muka ketat sikit gua terus mengorak langkah.

Pensel tu memang unik sebab ada patung yang boleh goyang-goyang kat atasnya. Gua terpukau seketika. Ada juga adegan tukar-tukar gear dengan menggunakan patung tu. Agak hingar-bingar suasana ketika itu.

"Tak boleh jadi ni,"gerak hatiku. Gua terus rampas pensel tu bagi mengawal keadaan.

"Wei, bak balik pensel aku....." rayu Khairul.

"Tak boleh!" agak tegas amaranku. Khairul beriya-iya mahukan pensel tu. Entah kenapa sifat seorang abang sulung menyelubungi diri. Gua tak beri pensel tu kepada Khairul tapi gua masih mengusiknya dengan adegan kejar mengejar.

"Aku bagi tahu mak aku......."sambil mencemekkan muka.

Gua balik dengan hati tak tenang ini hari. Tiba-tiba gua rasa risau dengan keselamatan diri gua pada esok hari. Gua ambil keputusan tak nak datang sekolah esok.



notabukulima: memang haram. gua nak tulis benda lain jadi benda lain. gua memang takde mood nak tulis citer gua masa kat sg.gabai. gua tak tahu apsal. gua rasa seru tak sampai lagi. korang tunggu je la nanti.

gua dah call rooney masa lunch tadi. gua da sound dia kaw-kaw.

"kalau lu tak skor ini malam. memang gua ganti tempat lu dengan berbatov season depan"

rooney hanya angguk patuh...

Sunday, June 20, 2010

KENDARA

Fon aku memang senyap sejak awal pagi lagi. Aku tengok peti masih surat semalam. Aku sengih sorang-sorang sambil mak pandang daring. Aku tahu hari ini hari yang agak istimewa bagi seorang bapa tapi aku takda rancangan yang baik. Bagi aku lelaki memang tak bape nak kisah sangat pasal benda-benda macam ni janji dorang dengar cakapnya sudah. Aku capai tuala yang baru 4 hari usianya.

"Kring...Kring," bunyi itu memecah sepi hening pagi. Mak mencecet lari ke arah bunyi itu.

"Ha...hmmm..oooo yea?....ok...tengok lah." gangang diletak sambil meneriak abah.

"Ada kerja kahwin la bang,"aku terbayangkan beberapa biji kawah yang punggungnya dibakar dengan rancaknya dari malam sampai ke pagi.

******

Banyak betul khemah yang kelihatan. Keadaan menjadi keliru. Tapi abah gentle. Masuk sini masuk sana keluar sini keluar sana dah sampai. Aku rasa kalau tengok dari satelit USA yang power tu aku rasa aku boleh nampak logo Israel dari susun atur khemah di kawasan itu yang menimbun.

Ada dua orang makcik tersengih-sengih melihat kami. Aku usha keliling. Mana tau ada awek yang cun-cun ke. Maklumlah kerja kahwin kan. Semua bergaya macam nak pergi dinner kat Park Royale dengan bedak yang kalau tak sampai satu inci memang tak sah. Aku cuba ukir senyuman bagi menunjukkan kemesraan. Aku terhidu bau rendang tok. Pergh. Menyusuk tapi tak tahu rasanya bagaimana.

Tanpa melengahkan masa aku mendapatkan pinggan di kaunter. Ada awek dah tunggu kat penghujung meja. Dia bagi aku satu bungkusan. Aku senyum tak nampak gigi. Aku kecewa bila aku tengok sudah ramai yang dapat bungkusan yang sama bentuknya dengan aku.

Dah macam tawaf dah aku rasa. Tempat duduk penuh. Aku macam nak tendang belakang kerusi brader yang lepak-lepak isap rokok.

"Dah makan bla lah. Lu ingat ni Ali Maju ke?" pendam hatiku sambil membuat renungan tajam.

Aku jumpa tempat duduk tapi dikelilingi makcik-makcik yang seragam mengenakan bling-bling. Semua tak nak kalah. Aku berbelah bahagi tapi aku redah je. Aku santap perlahan-lahan lauk pauk yang bagiku tak sampai tahap rewang Kampung Baru.

Aku sempat menjengah ke belakang. Memang nanti Indah Water datang bawak geng sambil mencarut-carut. Mungkin juga tempat itu akan dilanda banjir yang serius. Basuh tangan pun kat longkang. Kendi tak disediakan. Aku memang takkan panggil perancang majlis ni tapi kalaulah aku tahu siapakah gerangannya.

Aku mati kutu dengan abah aku. Tak tahu nak buat apa. Perbualan dimulakan dengan cerita Brader Klang, seterusnya Sami dan rakan-rakan, taiko Taiwan, Pak Mat, Persatuan Penduduk yang kucar-kacir dengan kehadiran Si Botak, kotak gear kereta Jepun, Takaful Nasional, Pak Imam Masjid Al-Ehsaniah yang selalunya tak datang mengimamkan jemaah, Sungai Gabai.

Azan berkumandang, kami memecut laju ke surau berdekatan.

DARI PANDANGAN ABAH

Aku sedar-sedar aku berada si sebuah rumah kampung 2 tingkat yang terletaknya di Bakri. Ada 5 orang yang telah bersama mereka sebelum aku tapi aku ada 7 orang lagi di bawah aku. Agak nipis senyumanku. Tiap-tiap aku pergi ke sekolah menaiki basikal di kampung sebelah. Guru besar sekolah kampung aku memang bengap. Dia tak pernah naikkan gaji pekebun sekolahnya yang telah lama berkhidmat dengannya. Jadi, pekebun itu mengambil keputusan berhijrah ke sekolah aku sekarang. Aku menamatkan sesi persekolahan aku dengan bangganya dan pada waktu yang betul. Aku tak terkandas awal sebagaimana rakan-rakanku yang lain.

Aku mula buntu hidup di kampung dan sering terfikirkan tentang kehidupan di bandar. Setelah restu diberi oleh mereka berdua, aku mengorak langkah ke satu bandar yang digelar Shah Alam. Aku mati kutu bila sampai disitu. Tempat itu agak berhutan dengan kelapa sawit masih berdiri teguh di sepanjang sisi jalan. Aku macam nak balik ke pangkuan ibu bapa tapi setelah di nasihat Abang Ngah aku tabahkan jua hatiku. Aku dapat kerja di ITM. Sedikit kebanggaan timbul. Aku nekad nak sambung belajar di sini dengan duit aku sendiri.

Setelah hampir 2 tahun bekerja, akhirnya aku dapat dapat sambung pelajaran dan sebuah 'scrambler'. Pergh. Masa tu benda ni memang top. Seronok aku naik turun bukit ITM ni. Aku tengok 'vespa' sebelah aku tersemput-semput naik ITM. Aku tersengih tak tunjuk gigi. Aku dapat tawaran ke Jepun untuk memenuhi misi "Pandang Arah Timur" hasil buah fikiran otai kita iaitu DR.M. Banyak pengalaman berharga sepanjang aku berada di sana.

Selepas pulang dari negara mathari terbit, aku bercadang nak buat tangga dalam rumah aku.

************

Kedengaran motor brader posmen laju di hujung kawasan perumahan. Aku macam biasa memang tak hirau sangat pasal brader posmen ni.

"G, ada surat untuk kau lah," teriak rakan rumahku.

Menggelisat aku bangun untuk mendapatkannya. Pergh. Surat dari awek. Aku senyum nipis sambil sedikit bangga. Rupanya surat itu tersalah hantar hingga ke PJ. Memang kesengalan pengurusan di pejabat pos terserlah. Aku mula membalas surat itu bagi tujuan terima kasih. Tapi awek tu balas balik. Takkan lah aku tak balas. Nanti orang cakap apa pulak. Sesi balas membalas rancak dijalankan sehingga ada ketika aku sanggup bertenggek depan rumah semata-mata nak tunggu brader posmen.

********************

Kini sudah 20 tahun aku digelar seorang bapa dan suami. Tak pernah aku bayangkan bagaimana perasaannya. Aku ingin mereka menggelarku ABAH. Mungkin dengan cara ini, aku dapat merasai perasaan abahku ketika anak-anaknya memanggilnya dengan panggilan itu. Setiap hari aku merafa'kan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana memberi aku kekuatan dalam mencari nafkah untuk anak-anakku dan isteriku. Kerana tanpa mereka mungkin hidupku kusam tanpa warna-warni yang dicorakkan oleh mereka berenam.




Aku rasa ni salah satu cara aku nak hargai abah aku selain luangkan banyak masa dengannya.........Jadi luangkanlah lebih banyak masa dengan abah kita sebab dengan cara itu dia akan rasa lebih dihargai.

SELAMAT HARI ABAH kepada MOHD SUFIAN BIN ABD SAMAD
sebenarnya hari-hari adalah hari abah...hehe*takde pic yg proper sbb abah sgt pemalu didepan kamera*



"Kalau kita nak produktiviti syarikat mencapai tahap yang sepatutnya kita jadikan pekerja kita mata duitan bukan bengkak mata" ABAH

"One father is more than hundreds schoolmasters
"

"A man knows when he is growing old because he begins to look like his father"
Gabriel Garcia Marquez
:)

Saturday, June 19, 2010

AGAK

Memang tak berbaloi aku tengok England lawan semalam. Rooney dan Glen Johnson memang nak kena pijak dengan penyokong dorang. Aku harap ada keajaiban akan berlaku. Akibatnya, aku hanya tidur 2 jam sebelum aku bertolak ke medan perang. Dengar kata ada makhluk 40 kaki panjang dah ready nak kena sembelih tapi aku tak punya sebegitu banyak kekuatan.

Bau sambal memang kuat melalui helaan nafasku. Mak Senah memang suka letak belacan macam dia ada kilang belacan kat belakang rumah. Brader Klang masih tak kelihatan. Masih di Terengganu menuntut ilmu agama katanya. Aku dengan Brader Klang II dah ready dengan bom tangan dalam genggaman. Pemangsa itu tersengih dari jauh bila nampak kami sambil matanya menahan silauan sang suria. Aku dah buka picu awal-awal. Sampai je kat gerbang neraka tu dia mengukir senyuman. Tiada sentuhan. Aku masukkan balik picu tu.

Suasana di Sankyu agak lengang. Mungkin semua dah tahu rancangan aku dan Brader Klang II nak bom ini tempat. Kami hanya tersengih tak tunjuk gigi. Benda alah tu dah tersadai menunggu kehadiran kami bersedia untuk diratah. Sami dan Rajan sudah terpacak dengan jentera mereka. Kerja meratah dilakukan dengan agak pantas.

Kelihatan Abang Bulat memandang tajam kami sambil tak nampak sebarang keikhlasan dalam segala apa yang dilakukan. Sami dan Rajan rancak berborak dalam bahasa yang aku tahu asal usulnya tapi tak tahu dalam pemahamannya. Aku kecewa dengan kempen 1 Malaysia si Najib tu. Bengang melihat Sami begitu, aku dan Brader Klang II terus membalutnya dan mencampaknya ke dalam kotak di situ. Menggelupur Sami melepaskan diri. Suasana yang tegang kini menjadi ceria. Rajan gelak besar melihat Sami sambil Sami tunduk insaf.

******************

Gerai Mak cik Exora buka separuh hari je. Jadi kami gerak ke Lorong Mamak. Di sana memang satu lorong penuh dengan gerai mamak. Tak beraneka langsung lauknya.

Kerja di sambung. Memang sunyi tempat tu. Sami dan Rajan entah ke mana. Kerja dah menimbun ni. Ni mesti balik rumah la ni. Tau lah rumah dekat. Tak payah lah poyo-poyo pergi balik kalau rehat cuma 30 minit.

Sami dan Rajan tersengih-sengih datang entah dari mana. Siku menjadi ucapan selamat datang. Rajan tak banyak cakap dan hanya memerhati sambil menyandar di kerusinya. Sami sekali lagi lesap. Memang panas dan gelap dalam perut raksasa itu. Kerja memunggah semakin perlahan walaupun sudah hampir ke garisan penamat.

Sambil berlatar belakangkan lagu baru yang berunsur syirik hasil dendangan penyanyi Tak Mungkin Kerna Sayang, kami menghabiskan sisa-sisa itu dengan sedikit keluhan dan caci maki dalam hati yang jelas di raut wajah masing-masing. Hanya gigi saja yang kelihatan dari jauh. Sami sekali lagi mucul entah dari mana. Memang kaki ponteng Sami ni.

Sebelum pulang, Sami dan kutu-kutunya membuat perjumpaan. Sekali lagi aku hampa dengan laungan 1 Malaysia.

"Eyh, u bikin apa itu ramai-ramai ha?" tanya Brader Klang II tegas.

"Err, kami orang nak pergi minum air cuti la abang," jawab Sami malu-malu.

"Air cuti??" tergaru juga kepala kami yang tak gatal ni.

"Ala....itu air yang ada gambar harimau la," sambil menunjukkan isyarat tangan.




notabukulima: cilakak. lama gila aku tulis benda ni. nantikan JURULATIH: Afterlife.......

##agak sedih melihat kekalahan Jepun tapi masih berbangga dengan usaha mereka. kepada Ghana aku tak puas hati dengan korang. England jangan cite la. memang aku sembelih singa-singa korang tu kalau tak lepas grouping.

SEMPIT

Hari ni hidup aku memang penuh dengan kesempitan. Baju sempit, poket sempit, pemikiran sempit, jalan sempit, dan yang paling utama ruang kerja aku hari ni sempit. Produktiviti aku menjadi semakin perlahan tak macam masa zaman perang dulu. Ni sume salah Mahin. Aku terbau unsur balas dendam pasal hal semalam ni. Tau la ni tempat dia tapi jangan lah libatkan prestasi kerja aku. Impian untuk dapat bonus aku simpan jauh-jauh.

Dengan bau kari yang masih kuat di tangan aku mengorak langkah ke gerbang itu. Buku lima memang aku dah genggam kemas. Pisau rambo aku dah letak kat poket belakang. Aku nampak dia. Kali ni aku nekad, kalau lain macam je sentuhan dia memang bocor kepala dia. Langkah aku di berhentikan brader misai tebal yang sememangnya tak puas hati dengan geng aku.

"Ni apsal diri tengah-tengah jalan ni? Tak nampak ke banyak lori keluar masuk." sambil memandangku atas bawah.

"Mana ada lori lalu sini," hujahku. Sambil menunjukkan ruang jalan yang sempit dan hanya pemandu lori yang rasa dia bawak Kancil je dia akan lalu sini.

Agak tajam renungannya. Aku balas balik tanpa rasa gentar sebab Brader Klang II ada disisiku.
Mamat Nepal, Bangla dan Myanmar tak sentuh aku. Timbul perasaan gembira sebab tak diraba oleh mereka.

Aku dan Brader Klang II terus menuju ke markas Persatuan Pekerja untuk menunggu arahan dari taiko Taiwan. Disitu aku dapat lihat ramai pekerja yang berwawasan dan bercita-cita tinggi. Ada yang nak beli tanah, ada yang nak tambah rumah, yang naik gaji jangan ceritalah tapi mereka hanya memenuhkan sebuah tong dengan Surya, Samporna, Dunhill. Agak nipis senyumanku. Tak sempat aku nak balas mesej, taiko Taiwan dah panggil. Cilaka.

**************************

Agak awal aku tiba di Masjid Bulat. Ramai orang yang pakai baju ofis dah mulakan headbanging dorang. Aku pun turut mengimarahkannya. Tajuk khutbah hari ni Judi: Budaya Menjahanamkan Ummah. Agak pedas tajuk ni. Kotak fikiranku terus melakar trofi Piala Dunia dan tersengih seorang diri.

Aku terjumpa Golum. Dia sama sel dengan aku masa kat Penjara Cheras dulu. Dia muda aku setahun. Hebat dia ni. Tengah tunggu masa nak merantau di negara orang. Sambil borak-borak, mataku memang tepat ke arah selipar biruku. Memang tak lari pandanganku. Kalau aku nampak selipar tu kat kaki orang lain memang aku hambat dia kaw-kaw punya.

Gerai Mak cik Exora agak lenggang. Kelihatan Junior beristirehat di gerai sebelah. Sedang aku menyental pinggan.....

"Papp!! Papp!!" agak kuat paluannya. Aku tersedak dan aku akwal carutan yang mahu tergetus. Aksi palu-memalu seat motor memang giat dijalankan.

Hari ni aku tak selesa dengan Junior. Dia terlalu rapat denganku. Biasanya aku tak kisah tap aku cuma malas nak cari sebaldi air tanah dan membasahkan diri dengan lebihan 6 baldi air.

******************

Ada lagi 6 tembok yang perlu aku runtuhkan. Ruang kerja aku pun sudah semakin luas. Masa untuk beraksi! Jari jemariku memang lincah menyelet sticker itu tapi Brader Klang II lagi hebat. Ini mungkin sebab dia dah layan sebatang Surya tadi. Pertarungan agak sengit. Lepas satu satu lagi tembok diruntuhkan. Taiko Taiwan dan Sami tersengih-sengih melihat adegan ini. Lepas lebih kurang 2 jam bertarung, kami beransur pulang.

Dari jauh aku dah renung tajam mereka. Sampai je disitu aku disentuh tapi sentuhannya agak sedikit dan kurang feel. Tapi kali ni aku diraba sebanyak 2 kali. Memang cilaka. Aku dan Brader Klang II sengih sambil merancang untuk bom itu pondok.




notabukulima: kisah JURULATIH final dah ada. tapi penghayatan dia kurang sikit sebab cerita aku banyak kene potong dengan Jabatn Penapisan Filem. memang aku nak hentak dR. Rozmey ni kat bucu meja ofis aku. sebab dia banyak petah aku punye cite. lu punye cite ada problem jangan libatkan gua punye cite.

*maseh seronok dengan kekalahan Jerman. TAHNIAH Serbia!!

Friday, June 18, 2010

JURULATIH finale

Hari yang aku tunggu-tunggu setelah agak terseksa dan gembira berada di sini. Aku bangun agak awal kerana hatiku gelisah memikirkan tentang pembentangan, ujian dan praktikal. Ni semua memang menyusahkan. Kadang-kadang tercetus juga penyesalan tapi nak buat camne aku sudah terlanjur.

Awal brader katering datang tapi semua muka macam nak minta kena sidai. Semua peserta mengenakan seluar panjang dan baju cantik. Tak lupa juga yang memakai kemeja. Agak kecil gelakanku. Kami dihidangkan dengan nasi lemak. Takde apa-apa yang istimewa. Rasanya sama macam Kedai Cik Midah tepi selekoh yang rata-ratanya lori pasir yang lalu lalang.

Seram sejuk dibuatnya kerana air cond dah memang sejuk yang aku rasa tak tutup dari semalam kot. Masing-masing menggunakan masa terluang dengan berfaedah. Ada yang menyelak buku sambil terkumat kamit mulutnya. Ada juga yang open table snooker. Sesi pembentangan dijalankan. Pung pang pung pang sejam lebih dorang berceloteh. Kami naik bosan. Kami pakat mahu keluar minum sekejap. Kuih lopez dan kuih ketayap sudah terpampang diatas meja sambil lalat seronok bertenggek. Hirupan demi hirupan kami masuk semula. Sampai giliran aku. Macam cilaka.

***********************

Jerebu agak tebal di perkarangan. Masing-masing gelisah dan ada juga yang keluar tandas 2 3 kali sambil di bahagian punggong agak lembab. Ada 50 soalan. Hampir semua subjektif. Suasana hingar bingar. Dia pandang aku aku pandang dia tapi apa pun tak dapat. Kami berpaling ke meja lain. Semua macam gampang tulisan. Juling mata aku. Masa tamat dengan carutan bergema di laungkan.

Lauk hari ni best. Kari ayam, sambal sotong dan daging kicap. Ni kalau kena dengan Mak cik Tegar mahu 7 8 ringgit melayang. Aku bersyukur.

**********************

Cuaca dah memang panas berdenting. Kami lewat 30 minit. Jadi kami dikerah supaya membuat pelbagai posisi berlari. Sambal sotong aku rasa macam nak terkeluar. Aku tengok brader hutan dah mual-mual. Memang semua peserta menunjukkan riak wajah yang mintak penyepak. Carutan mengalir keluar dengan seronoknya dari mulut masing-masing. Ada juga ugutan dilancarkan kepada Cikgu Hamid yang cekak pinggang di tepi padang.

Sesi praktikal dijalankan dengan suasana yang agak tegang dan berlecak. Sampai giliran aku. Carut+kerepek+bodoh-bodoh. Habis 10 minit. Lega tapi cam haram.

Upacara penutup dijalankan macam bangunan tu nak runtuh. Aku gelak nipis.

Kami dihidangkan dengan nasi ayam. Adegan memeluk bantal dijalankan. Semua muka seronok tapi ada juga yang tak puas hati sebab dorang ada sesi latihan. Aku hilang arah. Aku tak boleh balik hari ni. Aku lepak blik Nyot untuk seketika. Skandal ajak aku lepak malam ni. Hatiku seronok. Ni mesti nak ajak aku pergi lombong ni. Dah memang takde tempat lain dah dorang ni. Lombong gak jadi pilihan.


*macam haram aku punya penulisan arini. ni sume psl USA seri dgn Slovenia. cmon England!!

Thursday, June 17, 2010

LEBIH MASA

Waktu riadah aku telah diambil tanpa kerelaan hati demi mencari rezeki yang halal untuk berjoli di kemudian hari. Jam-jam terakhir kami memang penuh dengan carutan dan maki hamun terhadap pihak pengurusan yang bersifat tiada otak. Sejam sudah berlalu dan kami hanya bergerak sejauh 4 kaki. Memang serabut dan kelam kabut. Dengan jelingan Si Botak CNI yang sering tidak puas hati dengan kehadiran kami menambahkan lagi kekusutan yang berlaku di muka pintu raksasa yang 20 kaki panjangnya. Sami menjadi tempat kami melepaskan geram. Adegan kejar mengejar sambil melempar jala ke arah Sami menjadikan hati kami riang sebentar. Setelah puas dengan Sami kami beralih ke Mahin. Mahin sedikit pun tak memuaskan hati kami.

"Aiyo, u ni patong la. Kasi gelaklah sikit." tegur brader Klang II sambil menyiku perut Mahin. Tersedak Mahin disitu.

****************************************

Semuanya bermula seperti pagi-pagi biasa. Kedengaran siren yang menandakan waktu rehat sudah tiba. Orang ramai berpusu-pusu keluar tapi kami bertarung untuk masuk. Seorang Nepal sudah mengukirkan senyuman kepadaku. Aku balas tanpa ikhlas. Dia tak menyentuhku hari ni tapi dia menyuruh rakannya yang lain mengalami kenikmatan itu. Agak lembut caranya merabaku. Aku genggam kemas buku lima muka suratku dan hanya tunggu untuk pelancaran.

Permulaan hariku takde cabaran. Rancangan untuk merompak botol air dan 'keychain' Piala Dunia rancak dibincangkan tapi berakhir tanpa sebarang kata putus. Aku tenang membuka tutup bungkusan dan babak tampal menampal lincah dilayangkan oleh kami bertiga. Brader Klang takde hari ini. Dengar khabar dia mahu singgah Terengganu sebelum menyelinap masuk Siam untuk bernikah. Aku senyum nipis.

****************************************

Lepas menekak, aku pergi tandas ofis-ofis. Tandasnya memiliki kelengkapan yang cukup untuk upacara memandikan jenazah. Di lorong itu aku sempat menjengah pejabat kastam. Kelihatan seorang pegawai berbaring sambil mengusap perutnya yang besar itu dengan tangannya erat memegang remote TV.

"Entah berapa banyak suapan yang dia dapat hari ni?" hatiku sebak memikirkan nasib kerajaan Malaysia.

Setelah melakukan tuntutan agama aku lalu di lorong yang sama. Kelihatan dia sudah melelapkan mata.

"Apa itu F?" getus hatiku sambil membelah rambut di cermin besar.


notabukulima: aku cuba untuk menulis sependek yang mungkin sebab ada pembaca blog ini yang malas mengadap page gua yang panjang lampai. jadi aku tak masukkan banyak adegan selingan. harap maklum

*masa lunch
Aku cuba call dR. Rozmey tapi asyik bini muda dia je yang jawab. Aku panas dengan dia ni sebab banyak janji yang dimungkiri. Aku punya JURULATIH tak release-release sampai sekarang sebab 2 Alam dia tak lepas-lepas lagi dengan Jabatan Perfileman Negara. Cam haram dR.Rozmey.

Wednesday, June 16, 2010

KERJA

Tiba di gudang aku kene jual maruah sikit. Aku diraba oleh seorang Nepal. Aku jalan laju tapi dihentikan oleh panggilan sayang oleh seorang minachi yang datangnya dari planet mana tah. Dia mengukir senyuman sambil aku keliru dengan pandangan matanya yang sebelah memandang aku dan sebelah lagi memandang ke arah lain. Perasaan ingin bunuh aku simpan dalam-dalam. Aku teruskan kerja yang bertimbun di satu sudut. Macam biasa pisau rambo dan segulung pita aku ambil dari briefcase kat tepi rak tu.

Kebanyakan level skill aku tak banyak naik arini. Skill ngorat awek memang tak naik-naik sejak 2 1/2 tahun yang lalu. Skill berkomunikasi naik 1 level je sebab arini aku tak banyak cakap. Tapi skill menternak kolam air masin memang dah sampai tahap 4 senawi. Aku banyak bertarung dengan psikologi. Aku ditempatkan di suatu sudut yang rata-ratanya dibina dari zink. Tidak diberi kipas dan hanya berharap pada tiupan sengkakala dari malaikat israfil. Macam haram kuyup baju aku.

Sampai di kedai Mak cik Exora kiteorang terus lepak port biasa. Kurang 2 minit aku duduk Limau ais terus terhentak atas meja aku. Memang tahu selera aku tanpa diberitahu. Bagus kalau buat bini tapi kena la jadi warganegara dulu. Aku curah nasi aku dengan kuah kari dan susun kepak ayam rapi-rapi tepi pinggan. Aku mula menekak sambil mata aku merayap mencari Junior. Aku cuba juga menjengah bawah meja kedai sebelah tapi negatif. Aku sedut minumanku hingga tersedut biji-biji limau. Aku ternampak Senior yang bersungguh-sungguh membersihkan dirinya hingga terlipa-lipat badannya. Aku tersengih-sengih.

Aku kembali ke tempat jahanam tu. Sedang syok-syok aku bukak tutop plastik baju tu kepala aku diketuk. Agak kuat ketukannya. Aku dah ready dengan pisau rambo dalam genggaman.

"Hey, tampal itu sticker elok-elok la", agak tegas tegurannya.

Aku toleh dan melihat seorang otai dari Taiwan. Tubuhnya kecil tapi sasa. Aku gerun sebentar dan simpan pisau rambo tu jauh-jauh.

"Okay bos, sorila bos. Penat ma."aku tersengih-sengih macam Lingam budak kelas aku masa kat 2 Kemas dulu.

Jam dah menunjukkan tepat pukul 5. Aku berkemas. Kami berempat bergerak dengan poyonya serupa macam dalam cerita A-Team cuma efek letup-letup je takde kat belakang kiteorang. Tapi pergerakan kiteorang dihentikan oleh mat Bangla, Nepal dan seorang Myanmar. Sekali lagi aku dinodai. Aku cuba mengintai raut wajah Nepal tu. Jelas mukanya seperti baru pulang dari rumah lampu merah. Aku nekad esok aku nak bawak penyembur mata.


*tadi dR Rozmey call aku.
" Lu dah release final episod JURULATIH?" agak cemas nadanya.

"Lom lagi la. Apa pasai?"

" Lu hold dulu boleh? Gua nak release sama masa dengan lu lah. Banyak hal lah gua punye 2 Alam ni."

"Yela-yela tapi cepat sikit la. Gua punye fan dah tunggu lama ni"

"OK OK...." nadanya macam tak boleh dipercayai. Cilaka punya dR.Rozmey

Tuesday, June 15, 2010

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Arini aku teman mak dan adik aku pergi hospital. Ada date katanya. Aku memang bangun awal arini tapi nasib baik aku dah prepare awal. Aku masuk tidur pukul 1.30 tapi last aku tengok jam pukul 3.macam haram. Lama gak aku berguling atas katil tu rupanya. Bangun-bangun aku terus mandi. Memang sejuk air masa pagi. Tiba-tiba teringat pulak masa aku duduk Penjara Cheras berdekatan Downtown Velodrom. Masing-masing bangun pukul 4 pagi dan dengan selambanya mandi-manda walaupun air dibawah takat beku.

Aku bersarapan nasi lemak dan kopi suam sebagai pelarut. Aku teruskan perjalanan dengan memandu laju. Damn....absorber kereta buatan Jepun aku dah macam Bas Ayapan kat Ladang Teh Boh, Cameron Highland tapi redah je. Kesesakan memang sering berlaku di muncung Federal Highway. Entah bila dorang nak besarkan jalan pun aku tak tahu. Sambil tu, aku sempat usha awek dalam kereta-kereta mewah. Muka macam pro bawak kereta tapi aku rasa dapat L pun tak layak. Sedikit carutan terpancut dalam hatiku.

Seperti yang dijangkakan, manusia di situ memang boleh dibuat lautan. Tapi sebenarnya kalau tolak-tolak aku rasa hanya 30 orang pesakit je. Yang lain itu hanya mahu tunjuk keperihatinan mereka dengan membaca surat khabar, bersembang kuat-kuat guna fon dan cuci mata. Aku dapat nombor giliran. Nombor macam ong tapi aku tak bercadang untuk beli 4D dengan nombor tu. Ramai gak yang usha aku, dorang pandang atas bawah. Aku pergi ke papan kenyataan untuk cek ada tak muka aku kat sudut 'Most Wanted'. Aku tengok takde. Aku cucuk telinga aku dengan muzik-muzik yang damai. Ruang menunggunya memang sejuk macam peti ais. Nasib baik tak keluar asap ikut mulut aku. Aku tengok cermin dan tingkap semua dah mula berpeluh dan aku mula menggigil. Adakah lemak-lemak dibahagian perutku sudah tidak berguna? Aku kecewa.

Orang ramai mula mengintai skrin nombor di hadapan. Tak kurang 5 saat mereka intai lagi untuk pastikan nombor dorang naik tapi kecewa. Dan 5 saat seterusnya dorang mendongak lagi dan perkara ini berterusan selama 45 minit. Naik lenguh gak leher aku. Sempat gak aku mengalihkan pandangan pada akak kaunter pendaftaran. Dorang pandang daring kat aku sebab dari tadi aku asyik tersenyum sorang-sorang. Aku buat dono je.

Aku bersama keluarga pergi ke tempat pelajar UiTM Shah Alam selalu lepak-lepak untuk menyantap makan tengahari kami. Tak ramai awek tapi aku tak kesah, janji perut aku boleh diisi. Aku order nasi ayam dan laicikang. Laicikang dia memang berserabut. Macam-macam haiwan dia bubuh dalam tu. Aku makan agak kelecah. Mak aku hanya usha slack. Tiba-tiba ada ngilaian dari meja hadapan yang datangnya dari seorang makcik yang bertubuh sasa. Darah aku menyirap naik. Dia order laicikang sama macam aku dan gaya makannya pon sama macam aku. Aku senyum sinis. Sekali lagi, makcik itu menyergah pekerja disitu menanyakan mana makanannya. Pekerja meminta makcik tu bersabar sambil pandang daring kat makcik ni. "Mahu kena racun makcik ni jap lagi", tafsiran aku dari air muka brader tu.

Makcik tu makan dengan penuh nikmat sambil diperhatikan oleh brader tu. Memang sah makcik tu da kena racun. Makcik tu bersuara lantang lagi. Aku terus mengalih pandangan ke arahnya.Rupa-rupanya dia menegur tauke kedai tu. Brader tu muka terkejut. Aku beransur pulang sambil tertanya-tanya apa yang terjadi kat makcik tu. Adakah dia terkena cirit birit selama 8 jam ataupun muntah darah? Aku teruskan perjalanan pulang sambil senyum nipis.


**debaran JURULATIH ep 4 semakin terasa...korang ley dapatkan pas masuk percuma kat kaunter Wira Sejati di semua cawangan

Monday, June 14, 2010

JURULATIH ep 3

arini aku biar fon aku menjerit-jerit lambat sikit.aku masih lihat Bob masih lagi terlantar dengan posisi yang menarik.aku banyak lengahkan masa sebab aku tahu peserta lain masih asyik dibuai mimpi yang entah indah atau tak.aku gagahkan diri pergi ke kawasan R&R warna merah jambu tu.Kam sudah berada ditandas bersama Awang.entah apa mereka buat sebelum aku datang aku simpan diam-diam dalam kotakku.lepas aku keluar dari tandas aku tengok ramai berpusu-pusu mahu ke tandas.ada juga yan hampir jatuh tergelincir aku hanya mampu tersenyum.Bob masih terdampar.aku kejutkan dia.

lama gak nak tunggu mamat katering ni sampai.ada gak terkeluar carutan dari peserta lain.aku hanya diam sepi membayangkan apa agenda Cikgu Hamid dan Pak Itam arini.aku rasa perlu untuk aku meletakkan lebih tumpuan kat dalam pembelajaran arini sebab ia banyak melibatkan posisi aku.

aku gerak dulu dengan Nyot selaku pemandu, Tank,Tungau dan Nyambek.yang lain sibuk mengisi paru-paru mereka dengan udara tambahan.suasana di padang memang hening.seronok untuk berlari-lari.macam biasa setiap seorang perlu ke hadapan untuk mengajar.banyak gak yang aku belajar dari Pak Itam selaku bekas pemain Malaysia dalam Sukan Komenwel 98.lepas 2 jam kteorang dihidangkan dengan kuih karipap sardin dan keria.sedap lagi-lagi dengan hirupan air nescafe.kteorang sempat main teka-teki.memang celaka jawapan dan soalan yang dilontarkan.berguling-guling kteorang kat atas jalan.tahniah kepada Tank, Gaban dan Bulen.sesi diteruskan.

********************
bau sambal sotong memang sedap.naik selera aku.banyak pujian dilemparkan.ramai juga yang mengambil nasi buat kali kedua.akak urusetia hanya tersenyum melihat telatah kami.aku pulang ke bilik untuk berehat-rehat.sambil-sambil aku jengah ke luar.panasnya berdenting.sedikit carutan dilemparkan oleh aku dan Bob.dah la semalam berjemur tak ingat.arini pon berjemur gak.aku dah mula terbayangkan sesi terapi bedak sejuk bagi mengembalikan keputihan wajah aku.aku bergerak ke kelas bersama konco-konco yang sama seperti pagi tadi.

kteorang sampai agak lewat.Ban tidak kelihatan.katanya pergi buat passport untuk Piala Dunia akan datang.banyak perbincangan diadakan bersama Cikgu Hamid.kekeliruan tentang sesetengah perkara kini sudah jelas.

aku dan Ab mengangkat Nyambek.ringan sungguh dia.memang takde cabaran.lantas Pak Itam menyeru kami supaya mengangkatnya.sekali lagi mudah walaupun saiz beliau yang lebih tinggi dan besar.kalau kena cara memang boleh angkat sesiapa termasuk Tank atau Nyot.aku lebih fokus dalam sesi kali ni sebab banyak melibatkan posisi aku sebagai seorang pelontar.banyak gak teknik yang diajar tapi aku perlu banyak berlatih,pesan Pak Itam.hari sudah mahu hujan.kiteorang menyantap popiah dan donat sebagai minum petang di bawah sebuah gerai.banyak perbincangan untuk pembentangan hari esok.kami berangkat pulang bila peserta lain ingin bermain tab.

kami singgah PKU untuk mengambil sedikit ubat untuk sakit-sakit di badan.kejadian mengorat awek dijalankan oleh Tank dan Tungau.memang handal mereka.aku hanya menjadi pemerhati bebas.mana tahu satu hari nanti aku boleh jadi macam dorang.akak PKU tu dah mula merah padam.mungkin tidak selesa dengan benda camni lantas dia beredar.kami hanya tergelak dan menunggu Nyot dan Nyambek.

**********************

Bob bertapa di luar bilik.kasihan dia.kunci aku pegang.jadi dia tak boleh masok bilik.kami hanya berbalas senyuman.aku terus mendarat di atas katil tanpa membuka baju.aku terlena sebentar sebab udara dingin diluar.Bob gegar badan aku.katanya makanan dah sampai.aku bingkas menukar pakaian dan berlari anak.

sekali lagi aku tak ingat apa yang dihidangkan.tapi aku tahu makanan tu sedap.hehe.aku pulang ke bilik dengan kekenyangan yang melampau.aku terus capai buku manual jurulatih yang diberi itu hari.macam haram.banyak giler nak baca.esok ada ujian tapi pada malam tu keputusan peperiksaan semester aku keluar.lagilah aku risau.tapi kerisauan aku tu aku letak bawah katil.fokus untuk ari esok.

malam ni skandal aku tak boleh keluar.katanya ada date dengan skandal lain.aku dah mula tak percaya dia. sedang aku menggedik-gedik dengan fon, Komeng terjah bilik aku.hanya kepalanya yang aku nampak."Pergi bilik sebelah kalau nak tahu tajuk presentation esok", katanya tegas.aku dapat tajuk Tackle.aku dah mula fikir nak buat cara-cara menackle awek tapi aku takut aku kena hentakan padu dari peserta-peserta lain.tak banyak isinya.aku menjadi lega.nanti takda lah aku nak bergagap depan kelas nanti.aku lepak bilik Nyot untuk siapkan kerja.dia ajak aku keluar.tapi aku menolak sebab aku tengah kecewa dengan skandal aku yakni Mus.Busong macam biasa "Gua tak kesah, lu je yang gua risau".aku lepak bukak facebook.aku jadi stalker jap.banyak gak gosip-gosip liar semasa ketiadaanku.aku hanya menulis sebuah komen.lepas tu aku sambung baca buku sambil ditemani nyamuk-nyamuk yang sememangnya tak henti-henti nak serang bahagian badanku yang terbuka.


*masih lagi trauma dengan bubur kacang petang tadi

Sunday, June 13, 2010

PEMBUNUH-PEMBUNUH

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sikit pasal cerita yang baru-baru ni menerjah panggung-panggung berdekatan rumah Mak cik Limah iaitu..........(drum roll)..........kaching......KILLERS.


korang semua jangan salah sangka dengan tajuk cerita ni.sebab ada seorang kenalan aku tu dia kata ni cerita seram.aku berguling-berguling bila dia cakap camtu.tapi takpa tu sume kisah silam.aku tengok cerita ni dengan skandal-skandal aku Busong dan Mus di lombong tempat kiteorang menimba ilmu.masa nak beli tiket ni ada 4 orang je dalam panggung.semuanya kapel.kami menjadi ragu-ragu untuk menempah tiket tapi setelah perbincangan dilakukan kat kaunter beli tiket tu.kami beli juga.dan macam-macam ugutan dikeluarkan oleh Busong kepada aku.antaranya "ko balik sendiri nanti kalau cite ni tak bes.aku bentikan ko kat kubor cina pastu ko jalan kaki sendiri".aku sikit pon tak gentar.nasib baik jumlah penonton bertambah masa kiteorang masuk panggong.

ok.aku rasa korang semua kenal dengan pelakon yang ada dalam gambar diatas iaitu Katherine Hiegl (Jennifer Kornfeldt) dan Ashton Kutcher (Spencer Aimes ).dua ekor bintang ni memang hebat aku rasa dalam cerita ni.watak-watak yang dilakonkan hebat seolah-olah dorang memang betul-betul dilamun cinta.cerita ni dapat tempat ke-3 blokbuster.1st shrek 2nd aku tak ingat.

aku rasa 1st tarikan cerita ni semestinya Ashton Kutcher.ini jelas bila adegan Jen jumpa Spence kat dalam lif.masa Spence masuk dalam lif dalam keadaan separuh bogel (seperti gambar di bawah) memang wanita-wanita dalam panggung berbisik selama sendiri dan membuat bunyi-bunyian.dan bagi yang tengok berpasangan, pakwe dorang pandang daring je kat makwe dorang.dan mungkin secara automatik dorang pasang azam untuk memiliki susuk tubuh seperti Spence kalau dorang nak awek dorang stay dengan dorang.

*ni la yang buat panggung riuh rendah seketika*

cerita ni memang agak bosan di permulaannya.senang cerita lambat panas la.adegan bercinta dorang memang ditunjukkan begitu lama dan membuat aku terfikir bila la agaknya aku nak membuat perkara manis seperti itu.hahaha.lepas 3 tahun, cerita tu baru nak stat panas.hidup dorang bahagia tapi takda anak.aku suka 1 adegan dalam cerita ni iaitu masa harijadi si Spence ni."U make my birthday party not on my birthday".ni jadi bes sebab si Spence ni ada cakap kat Jen yang dia tak mahu birthday party masa birthday dia.so dia buatlah sebelum harijadi Spence.
adegan yang bes bagi aku gak bila si Spence ni kata dia nak curi 1 kereta dan si Jen biarkan je sebab dia kata mencuri tu perkara kecik dari membunuh.ada gak satu adegan yang dorang ni gaduh laki bini.si Spence mula luahkan segala ketidakpuashatiaannya terhadap family si Jen.dia mula mengajuk segala perbuatan bapanya yang sememangnya poyo."Everything is done by Kornfeldt way"

jiran-jiran dorang memang mesra dan baik tapi semuanya bakal berubah oleh kerana duit 2o juta.ni memang kes mata duitan la.demi duit dorang sanggop membunuh jiran dorang sendiri.ish3x..(gaya adibah noor).aku suka 1 dialog dalam cerita ni."I really want to know my neighbours"- Spencer Aimes.bila da dapat tahu,jiran pulak cam haram.

adegan aksi kejar-mengejar, tembak-menembak, bunuh-membunuh dan memaki-hamun dalam cerita ni memang bagus dan harus diberi pujian.dan yang paling surprise dalam cerita ni sebab ada USHER!!huhu.pastu ada juga suara sumbang yang kata "Justin Bieber takda ke??".huh??apsal kalau Usher ada JB pon kene ada.korang ingat dorang kembar siam ke.

masa peleraian cerita ni memang bes.kita memang tak expect tapi kalau fokus masa awal-awal cerita korang boleh agak la cerita ni macam mana.moral of the story jangan jadi mata duitan.seterusnya, bila kita dah start percaya kat orang jangan buat tahi kat orang tu.kita gak tak boleh ubah masa lampau kita dan teruskan hidup dengan azam yang baru dan jangan pandang ke belakang jika kisah silam itu hitam belaka.

so setelah 1 jam 40 minit duduk kat atas kerusi yang empuk sambil kaki naik atas kerusi depan aku bagi 3.98 bintang dari 5 bintang.aku rasa ini dah kira baik.jadi, bagi sesiapa yang tak tengok lagi cerita ni pergilah serbu pangung-panggung berdekatan.tak pon kedai-kedai jual dvd haram yang berhampiran untuk menonton.

nantikan JURULATIH ep 3.............

Saturday, June 12, 2010

JURULATIH ep 2

fon aku menjerit-jerit.habis awek dalam mimpi aku lari lintang pukang.aku memang tekanan.dah la lambat balik semalam.nasib baik pak guard ok.tak banyak cakap.tapi tak tahu la yang aku tengok tu pak guard atau apa.jeng2x..aku tengok Bob masih tiada diatas katilnya.dari semalam dia tiada.mungkin lepak dengan kawan-kawan dia kat tempat lain kot.baru pukul 6.30.cikgu suruh kumpul pukul 7.tapi dengkuran peserta lain memang rancak dilaungkan.aku gerak pergi tandas untuk mandi.tandasnya memang sebijik macam tandas R&R kat Seremban tapi cuma takde bangla yang selalu usha kita masa guna tandas.tandas dia warna pink.memang jambu sebab ini blok perempuan.dari nama pun aku da tahu ni blok perempuan, Blok Mahsuri.jalan nak ke tandas tu da macam rentas desa dah.aku mandi tapi tak nyanyi sebab takde orang yang nak sambut apa yang aku nyanyi nanti.

dari jauh budak2 ni dah bet apa sarapan kiteorang hari ni.macam2 makanan keluar.ni sume kes mengidam la ni.ada gak yang nak koko krunch sebagai sarapan dorang.kteorang sume pandang daring je.roti canai la soto la dan macam2 lagi makanan yang mengiurkan.tapi takde sorang pun yang teka mihun goreng.ada yang muka kecewa ada juga muka suka.mihun goreng dia sedap la.takde la tip top mana.lepas la tekak kteorang nak makan.

***********************************************************************
arini kteorang full time kat padang.ada yang seronok ada yang buat2 seronok.sorang2 dipanggil untuk mengajar peserta lain.berdebar juga rasanya tapi nasib baik peserta lain beri kerjasama.lepas 2 jam berjemur kat padang tu kteorang santap kuih cik mek dan cucur badak.memang sedap.tapi tu tak menjadi keutamaan.budak2 ni pergi serbu air kosong yang berais dari teh o panas.lama gak lepak2.ada juga yang sempat mengisi paru2 dorang dengan asap.kteorang sambung balik pembelajaran kat padang sambil memikirkan apa menu makan tengahari kteorang arini.ada budak sanggup menaruhkan butnya sebagai barang pertaruhan.

balik ke tempat penginapan, kteorang dihidangkan dengan sup daging dan sayur kangkung ikan masin.daging dia memang buat aku punya gigi susu goyang.dah la potong petak2.memang potong selera aku.aku makan tak habis.rungutan didengari di merata-rata tempat.aku balik bilik untuk menenangkan diri dan bermain mesej.aku tidur sekejap je tapi itu sudah mencukupi.kelas kat padang sambung.

abes kelas kat padang kteorang menekak lagi.kali ni kuih donat menjadi santapan.ada desas desus mengatakan perlawanan antara group A dan B akan diadakan.jadi aku tak makan banyak.gemuruh gak aku.maklumlah da lama tak berlari-lari.masa perlawanan berada di saat genting dimana keputusan seri, lidah aku da mula terjelir.memang pancit.siot je.aku cuma berlari anak je sepanjang baki perlawanan.keputusan lebih memihak kepada grup A.laungan 'Kami hanya perlukan pemain dan bukan bintang' gah dilaungkan mereka.kami hanya mampu tersenyum.

**********************************************************************************

bau masak lemak cili api memang jelas di hidung.seleraku naik mendadak tapi menurun secara mendadak juga sebab ada daging.aku menjadi trauma dengan daging.memang tepat jangkaan aku.dagingnya memang 'empuk'.tapi nasib baik sambal belacan dan tempoyak dia terbaek
.terubat sikit kekecewaan dihati.aku balik bilik.ada 1 mesej kata "wei, ko free x??".aku terfikir ada ke aku mendaftar kat lorong haji taib?Busong dan Mus ajak keluar.katanya ada hal di lombong.aku ikut je tapi dalam masa yang sama aku risau.mungkin dorang nak culik aku atau memuaskan nafsu mereka.aku diam je duduk kat belakang.

malam ni kteorang bercadang nak tengok midnight movie.kteorang tempah tiket pukul 11.15.kteorang pergi kedai israel untuk makan.dah sampai masa kteorang masuk panggung untuk menonton The Killers.nanti aku wat review pasal cite ni.korang tunggu jek.sebelum pulang ke resort aku kteorang singgah melawat Champion kat Maulana.pekerja kat situ memang bagus.dia bawa ais kosong aku dalam cawan plastik guna dulang.aku terharu.rasa macam nak menangis pon ada.tak pernah aku jumpa pekerja macam ni.aku mula terfikir nak buka kedai makan dan aku nak amek dia bekerja jadi supervisor kat kedai aku nanti.

bersambung......................

mukadimah

assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi kumaresan, tan hong dan rentap.
ni 1st time aku tulis blog ni.so aku harap korang sume enjoy la bace blog aku ni.kalau ada yang kurang tu korang ley la mengumen aku.aku jenis tak kesah.korg cakap je la ape yang korang nak ok?

aku nye blog ni maybe ada kena mengena dengan orang gemok dan orang kurus yang berada di sekeliling aku.dan aku gak akan try gune nama samaran la tapi kalau aku terlepas gune name sebenar tu aku mintak maaf awal-awal la.

ok.korg ley la tunggu aku nye post2.nanti aku update la kat fb.sbb tu je tempat yang ramai kawan-kawan aku lepak malam-malam atau siang-siang sekarang.

JURULATIH ep 1

aku sampai lg 5 minit sebelom tamatnye masa pendaftaran.aku kabut sebab aku ingat aku orang terakhir.rupa-rupanya aku orang second yang daftar.siot je.aku terasa diri aku ni skema.tunggu nye tunggu muncul la peserta2 lain.aku jadi seram sebab tengok badan masing2 tough2 belaka.secara tiba2 aku tanam azam nak jadi macam dorang.aku memulakan aktiviti sosial bersama peserta lain.tak ramai yang aku kenal.aku cuma jadi pemerhati bebas je bila dorang sume da mula merapu pasal dorangnye kisah2 silam.

aku diberi kunci bilik dan seorang teman bila aku kesunyian dalam bilik.namanya Bob.dari nama pon aku rase korang da tau cmne saiz badannya kan.dia lagi banyak bercerita dari aku.dia bermain posisi yang sama cam aku tapi cuma dia da sampai tahap 4 senawi.aku cuma budak2 tadika lagi.

*****************************************************************************
kiteorang kene masok kelas.buku pen sume sudah diberi.aku memang tak pernah terpikir nak bwak pen pon masa nak datang situ.dalam kelas tu kiteorang diajar bermain dengan nombor.masa cikgu hamid terang kat depan kteorang try ramal nombor pe yang naik untuk hari khamis nanti.cikgu tu memang terbaek.dia pandai berjenaka dengan nombor-nombor tu.abes 1 kelas berdekah guling-guling.ada juga yang menitiskan air mata dan ada yang kejang bahagian rahang dan perot.pasukan medik pon ada gak kat luar kelas sebab mana tau ada peserta yang perlukan CPR nanti.

lepas sume ilmu dicurahkan kteorang menyantap.aku tak ingat pe yang kiteorang makan masa tu.so aku tak boleh nak terangkan secara detail.

kelas diteruskan.memang separuh masa kedua ni semua peserta dah nek bengkak mata.yang menguap jangan cerita la.aku rasa bola ragbi pon ley masok dengan senang tanpa guna sebarang pelincir.kelas tamat dan kiteorang meyantap lagi sekali sambil asap berkepul-kepul keluar dari rongga yang ada.

************************************************************************************
malam tu memang bosan sebab aku tak bawak aku punya awek.kalau ada awek memang malam yang suram menjadi ceria.so aku pon ajak aku punya skandal, Busong untuk dating.kiteorang pergi Maulana.dia kata dia ada ajak lagi skandal aku lagi sorang, Mus.so kira da cukop la untok aksi thresome.kteorang tengok brazil vs tanzania.banyak gak carutan yang terkeluar dari mulut kteorang.