Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Tuesday, May 24, 2011

PAYAH

Dari tadi gua ralit memerhatikan Abang Man memanjat tangga setinggi 10 kaki. Setibanya di atas dicapainya pula kipas berbilah tiga yang diletakkan di atas rak sebelum itu. Memang payah gua tengok dia buat kerja sorang-sorang.

"Bang, sorang je ke? Budak-budak takde?"sambil tangan gua ligat menyiat bungkusan itu.

"Takde dah. Sorang je la. Dah biasa dah,"jawabnya tenang sambil sebelah tangan memutar skru dan sebelah lagi menampung kipas itu. Urat di tangannya lagi jelas kelihatan dalam keadaan begitu.

"Budak-budak sekarang memang payah sikit," dia menyambung sambil menuruni tangga itu.

"Tak mahu kerja kat tempat takde air-cond. Pantang penat sikit. Tak boleh nak berpeluh sikit. Ada je yang dirungutkannya. Tu yang berlambak kerja kat Mekdi, Kiefsi semua tu. Dapat jadi delivery boy pon jadi. Janji ada air-cond."

Gua sambung meligatkan tangan gua menampal pulak sekarang sambil ketiak gua dah memang lecak giler dah. Rajish gua tengok dari tadi lap peluh guna tuala kecil kaler oren. Muthu asyik teguk air. Prim duduk depan kipas dua bilah.

No comments: