Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Wednesday, May 11, 2011

LEGEND

Lepas campak beg kat ruang tamu gua keluar balik dan berlari ke rumah Man. Masa tu memang kepantasan amat penting. Siapa lambat memang payah. Lagi-lagi dengan perangai membe-membe yang tak paham maksud menepati masa.

Setibanya gua di muka pintu, gua nampak ada 2 3 pasang kasut dengan 2 buah basikal satu kaler silver satu lagi kaler merah dengan pelbagai aksesori. Aksesori macam tu memang susah dapat. Kena simpan duit belanja sebulan baru boleh dapat. Tapi tu semua tak penting. Yang penting sekarang gua lambat. Gua rasa gua dah cukup laju macam Goku berlari potong angin. Ni mesti dasar mak takde kat rumah pergi belajar menjahit. Takpun pergi belajar mengaji.

Lama gua melanguk tengok dorang setting-setting player. Tapi jap lagi kalah gak. Pastu nanti mulalah

"Begin balik dohhhh. Keybod tadi macam haram."

"Tadi lupa nak setting lagu la. Lagu tadi tak bes. Sebab tu tak perform."

Kawan-kawan sekor-sekor perangai memang bikin gaduh. Tapi gua sabar je sambil belek-belek cover CD Fifa 99.


Serius game legend punya.

No comments: