Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Sunday, May 1, 2011

MAJU

Ini hari gua balik kampung sebab ada kenduri kahwin. Dalam kepala otak gua, gua dah terbayang nasi minyak. Serius gua sangap giler kat benda ni. Lama tak pekena. Bilangan kereta di highway banyak dan begitu juga bilangan gadis-gadis comel di R&R tapi gua tenang.

Lepas pekena nasi minyak, gua puas tapi tiba-tiba gua mengidam lagi satu benda. Mee bandung. Ini lebih serius punya sangap. Sebab kat kawasan tempat tinggal gua memang takda. Yang ada cuma nama je "Mee Bandung Muar"tapi rasa sos tomato.

Dalam perjalanan menuju ke Tanjung, gua tengok kampung gua dah agak maju. Setakat Pizza Hut dua tingkat gua takda hal, pusat bowling, futsal, tanah perkuburan yang baru, 2 3 ekor biawak mati tengah jalan semua gua takde hal. Cuma dua benda je yang gua hal. Kedai rehat "Hey Girls"dan Kedai minum "Lucky Stars". Mungkin orang kampung gua dah pandai berhibur atau mungkin orang bandar yang tinggal kat kampung gua yang sangap akan hiburan. Itu gua tak #taHHuu.



notahati : Sebenarnya nak membalas bicara dari bulan tapi masih mencari idea dalam sinar gelap. Nanti saya reply eh :)

3 comments:

yoi said...

Nak membalas bicara dari bulan? Wooot2

nurul syazana said...

kampung tuan dusun kt muar ke?

Amirul said...

yoi : err mungkin membalas tag?

syaza : aah..