Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Tuesday, May 24, 2011

PAYAH

Dari tadi gua ralit memerhatikan Abang Man memanjat tangga setinggi 10 kaki. Setibanya di atas dicapainya pula kipas berbilah tiga yang diletakkan di atas rak sebelum itu. Memang payah gua tengok dia buat kerja sorang-sorang.

"Bang, sorang je ke? Budak-budak takde?"sambil tangan gua ligat menyiat bungkusan itu.

"Takde dah. Sorang je la. Dah biasa dah,"jawabnya tenang sambil sebelah tangan memutar skru dan sebelah lagi menampung kipas itu. Urat di tangannya lagi jelas kelihatan dalam keadaan begitu.

"Budak-budak sekarang memang payah sikit," dia menyambung sambil menuruni tangga itu.

"Tak mahu kerja kat tempat takde air-cond. Pantang penat sikit. Tak boleh nak berpeluh sikit. Ada je yang dirungutkannya. Tu yang berlambak kerja kat Mekdi, Kiefsi semua tu. Dapat jadi delivery boy pon jadi. Janji ada air-cond."

Gua sambung meligatkan tangan gua menampal pulak sekarang sambil ketiak gua dah memang lecak giler dah. Rajish gua tengok dari tadi lap peluh guna tuala kecil kaler oren. Muthu asyik teguk air. Prim duduk depan kipas dua bilah.

Saturday, May 21, 2011

PERIOD

"Bencilah period pain ni !!"

"Kalau time period buat apa2 pon mesti tak kena"

"Hey period please go away! I nak hidup happy la"
dan blablabla...
dan sila baca dengan nada yang gedik.

Serius gua menyirap bila baca benda-benda ni kat Pesbuk atau Twite. Apa kejadah lu orang nak bagi tahu benda yang sepatutnya menjadi rahsia korang ni kat public. Kalau lu bagi tahu laki lu, gua tak heran sebab lu nak bagi 'red-light' kat dia yang senaman malam tak boleh berlangsung itu hari dan sepanjang minggu itu. Tapi rata-rata yang gua tengok sekor-sekor bukan bini orang. So tak payah lah nak bagi tahu public pasal benda macam ni. Kalau tak tahan nak bagi tahu pon. Tulis la kat mana-mana. Word ke. Dinding ke. Encik Diari ke. Secret blog ke. Apa-apa lah janji tempat orang lain tak boleh baca. Malulah sikit. Pleaseeee. Okay?

Serius gua tak paham.

One word for u. Biyatch !!

Monday, May 16, 2011

HARI GURU

Ini aturcara Hari Guru kat sekolah gua dari Darjah 1 sampai Form 3

7.30 pagi : Perhimpunan dah start. Budak2 sesi pagi dan petang bergabung. Dengar penolong pengetua baca teks menteri2 yang panjang lebar. Pastu Guru Besar pulak berucap. Lagi berapi telinga gua dengar.

9.00 pagi : Cikgu-cikgu angkat sumpah. Pastu nyanyi lagu “Kami guru-guru Malaysia”

9.20 pagi : Persembahan pelajar

· Budak perempuan yang bajet suara sedap menyanyi.

· Band-band yang bajet hot buat persembahan

· Tarian

· Sketsa (kalau ada)

· Geng2 macha buat breakdance tapi kalau sekarang gua rasa sekarang budak melayu pegang. Buat shuffle. Seyes haram.

· Nasyid (kalau ada)

· Persembahan kelas, pengawas

· Paling tak tahan pertandingan karaoke cikgu-cikgu. Yang cun takpe. Ni yang dah nak putus urat kentut pon nak nyanyi gak. Pastu bila Guru Besar menyanyi semua orang tepuk gila babi.

11.00 pagi : Budak-budak bagi hadiah kat cikgu. Yang gangster2 pulak pergi belakang sekolah hisap rokok. Pergi mamak ke. Curi basikal ke. Pergi masuk tandas perempuan ke. Pastu kantoi. Bodoh !!

12.00 tghri : Beramah mesra dengan cikgu. Masa ni macam biasa gua dah cabut. Pergi main game kat rumah member.

Lepas tu gua tak tahu apa jadi. Btw, SELAMAT HARI GURU kepada cikgu Taski ABIM gua, ustaz & ustazah sekolah agama, cikgu2 sekolah rendah, menengah & matrikulasi, cikgu memandu Institut Manducekap Hi-tech gua, pelatih PLKN Sg. Rait, MIRI, pensyarah2 gua dan sesiapa lagi yang telah member ilmu kepada gua. TERIMA KASIH banyak2. J

Saturday, May 14, 2011

AFRAID

Afraid to those words,

Afraid to say it,

Not that I push it all away,

But, I am

Afraid I loose control,

Afraid of broken heart,

Afraid of being a loner,

And more important

afraid of losing you, again.

Wednesday, May 11, 2011

LEGEND

Lepas campak beg kat ruang tamu gua keluar balik dan berlari ke rumah Man. Masa tu memang kepantasan amat penting. Siapa lambat memang payah. Lagi-lagi dengan perangai membe-membe yang tak paham maksud menepati masa.

Setibanya gua di muka pintu, gua nampak ada 2 3 pasang kasut dengan 2 buah basikal satu kaler silver satu lagi kaler merah dengan pelbagai aksesori. Aksesori macam tu memang susah dapat. Kena simpan duit belanja sebulan baru boleh dapat. Tapi tu semua tak penting. Yang penting sekarang gua lambat. Gua rasa gua dah cukup laju macam Goku berlari potong angin. Ni mesti dasar mak takde kat rumah pergi belajar menjahit. Takpun pergi belajar mengaji.

Lama gua melanguk tengok dorang setting-setting player. Tapi jap lagi kalah gak. Pastu nanti mulalah

"Begin balik dohhhh. Keybod tadi macam haram."

"Tadi lupa nak setting lagu la. Lagu tadi tak bes. Sebab tu tak perform."

Kawan-kawan sekor-sekor perangai memang bikin gaduh. Tapi gua sabar je sambil belek-belek cover CD Fifa 99.


Serius game legend punya.

Tuesday, May 10, 2011

Re: Segmen: Saya Sayang Ibu

Sebenarnya memang tak tahu nak tulis apa. Bukan sebab aku takde kenangan manis dengan mak aku. Tapi Cuma tak tahu nak tulis yang mana. Kalau tulis semua takut ada orang block aku punya blog.

Lain orang lain lah mak dia kan. So, akan ada beza antara mak aku dengan mak kau even korang ada cakap “hey, samalah... mak aku pun camtu dohhhhh” pastu disusuli dengan gelak ketawa antara ikhlas tak ikhlas sambil bayangkan muka mak kita. Dan lain mak lain ke-spesel-lannya kan?

Mak aku punya super power:

  • Masakannya. Sebab tu badan aku agak comel dan mantap
  • Leterannya. Tak pernah kenal erti penat bila berleter. Tapi benda tu yang rindu bila kat kolej. Dan sebab tu kalau kat rumah suka buat sakit hati mak sebab nak dengar mak berleter. Hehe. Sorry mak.
  • Selalu bersedia. Ni aku rasa semua mak macam ni kot. Lagi2 bila nak balik kampong. Selagi tak penuh kete selagi tu ada je benda yang tertinggal.
  • Pandai menjahit. Semua baju kurung dia jahit sendiri. Nak jimat katanya tapi kadang2 kesian gak tengok mak jahit baju. Cam leceh je. Tapi dah benda tu yang buat mak happy kan. So biar jelah.
  • Dan macam2 lagi. Takkan nak cerita semua kan. Karang ada yang copy cat mak aku. Huhu. Mungkin juga semuanya tak terungkap dengan kata-kata dan biarlah semuanya menjadi kenangan dalam benak fikiranku.

Buat mak,

Terima kasih sebab jaga makan minum dan pakai kiteorang. Bagi tunjuk ajar pasal macam2-agama, akademik, etc. Shakil suka tengok mak dah banyak berubah sekarang. Ada banyak masa nak pergi kelas ngaji, ajar budak ngaji sebab dulu mak memang sibuk nak besarkan kiteroang 5 beradik.

Lagi satu, shakil Nampak cara mak layan aqeela dgn firash memang lain dengan shakil. Haziqah dgn syaza. Mungkin cara mak agak manja sebab mungkin dulu masa dorang kecik2 mak tak sempat nak manja2 dengan dorang sebab sibuk layan kami 3 orang. Tapi cara mak yang dulu tula yang buat shakil pandai berdikari sekarang ni. Kalau tak memang satu benda pun tak reti nak buat.

Happy mothers day, mak. And everyday is your day. So live life to the fullest mak! Tak payah risau sangat pasal kiteorang, pandai-pandailah kiteorang jaga diri mak, insyaallah.

SYAITAN

Perghh memang gua hidup dalam kesengsaraan bukan sebab takde bekalan air atau api tapi bekalan internet. Serius punya sengsara. Seperti ada benda yang gua terlepas dan gua tak mampu lepas. Sampai nak menganjing Chelshit yang kalah tu pun gua pendam 2 hari. Serius tak tahan dan sebab tu gua nak buat entry gua pasal dorang.

Ya !! 2 tumbukan padu syaitan ke udara. Memang puas hati punya tumbukan tapi kalau gua tengok dengan membe-membe lagi puas sebab dapat menganjing secara terus takde pendam-pendam ni. Dan seperti biasa mana-mana team yang kalahkan Man Utd PASTI akan KALAH pada game seterusnya. Sabar ye Arsengal. HAHA. Korang memang main EPL sebab nak kalahkan Man Utd je kann? HAHA!!

Kepada David Luiz, This is how we doing things. We do what we want and bare in your mind this is MANCHESTER UNITED!! *ala-ala gaya Dom cakap This is Brazil !!


Sunday, May 1, 2011

MAJU

Ini hari gua balik kampung sebab ada kenduri kahwin. Dalam kepala otak gua, gua dah terbayang nasi minyak. Serius gua sangap giler kat benda ni. Lama tak pekena. Bilangan kereta di highway banyak dan begitu juga bilangan gadis-gadis comel di R&R tapi gua tenang.

Lepas pekena nasi minyak, gua puas tapi tiba-tiba gua mengidam lagi satu benda. Mee bandung. Ini lebih serius punya sangap. Sebab kat kawasan tempat tinggal gua memang takda. Yang ada cuma nama je "Mee Bandung Muar"tapi rasa sos tomato.

Dalam perjalanan menuju ke Tanjung, gua tengok kampung gua dah agak maju. Setakat Pizza Hut dua tingkat gua takda hal, pusat bowling, futsal, tanah perkuburan yang baru, 2 3 ekor biawak mati tengah jalan semua gua takde hal. Cuma dua benda je yang gua hal. Kedai rehat "Hey Girls"dan Kedai minum "Lucky Stars". Mungkin orang kampung gua dah pandai berhibur atau mungkin orang bandar yang tinggal kat kampung gua yang sangap akan hiburan. Itu gua tak #taHHuu.



notahati : Sebenarnya nak membalas bicara dari bulan tapi masih mencari idea dalam sinar gelap. Nanti saya reply eh :)