Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Tuesday, November 30, 2010

SANGAP

Baru gua perasan yang gua dah lama giler tak makan nasi dengan kicap. Memang gampang dan tak bujang langsung. Thanks Mak Cik Exora !!



notasampahsarap : HAHA!! gua puas hati...sangat puas hati.. Good Job Barca...rasekan ko Real Madrid...baru kau tau sape yang real sekarang..

Ronalbo, kamu memang sampah !! :D

Monday, November 29, 2010

KELAINAN

Macam biasa gua akan lepak dengan Brader Klang dan Jaja kat tembok larangan tu. Keluh kesah masing-masing diluahkan secara lembut dan penuh dengan sopan santun tanpa ada sebarang carutan. Tiba-tiba, ada minah bertudung naik motor datang.

"Boleh tahan minah ni," getus hati kecil gua sejurus gua melihat tunggangannya.

"Bang, tau tak mana Wijaya Holding ni?" soal minah itu.

"Tah la dek, kiteorang pun bukan tau sangat tempat ni," jawab Jaja dengan muka gabra.

"Adek ni nak buat apa cari tempat ni?" soal Jaja seolah-olah cuba mengayat minah itu.

"Saya despatch la bang. Nak hantar barang sikit," jawabnya sambil mengukir senyum manis dan berlalu pergi.

Jaja gua tengok dah melopong. Brader Klang gua perhatikan dah senyum-senyum. Gua pula dah mula nak pasang angan-angan nak kerja receptionist.

Saturday, November 27, 2010

NGANKUNG

Suasana agak hingar-bingar dengan sekumpulan mekanik menyerbu tong nasi. Jaja memerhatikan sambil menghirup Surya hingga cengkung pipinya yang tembam itu. Brader Klang macam biasa cuba mengawal steady sambil sekejap-sekejap selak rambutnya yang serba lurus itu. Jaja pula gua pandang ralit menjengah ke arah sana. Tak kelip matanya. Apa yang dipandangnya gua tak berapa pasti. Akan tetapi Brader Klang seakan-akan tahu apa yang di ralitkan oleh Jaja kerana dia hanya senyum nipis sambil geleng-geleng kepala.

"Jaja ni kalau dapat gambar awek tu, bukan setakat mandram tapi dia ngangkungkannya sekali mintak nombor," terang si Brader Klang sambil mengusap belakang Jaja.

"Rosak si Ujang ni," balas Jaja sambil tersipu-sipu dan membelai misainya yang ala-ala koboi itu.


Wednesday, November 24, 2010

TAHYUL

Gua sampai-sampai je gua dah kena pergi sana. Setibanya gua di sana, gua tercengang. Kotak warna ungu memang bertimbun.

''Benda ni nak keluar hari ni,'' ringkas arahan diberi sambil menghulur sampul surat SIRIM.

Brader Klang dan Jaja tiba melenggang lantas terkejut. Dengan muka tok bomoh Brader Klang berkata

"Ini mahu kena panggil saka ni. Paling kurang pun tiga saka. Saka Kalimantan wajib, Pakistan punya optional.''

"Bahhaye si Ujang ni,'' sampuk Jaja sambil adjust kotak Surya.

**************************************************************

Gua dengan Jaja jalan atas rumput tepi longkang sambil buka cerita pasal awek-awek Klang. Brader Klang ketinggalan di belakang sambil cuba memecut kami.

"Aku tak boleh la lalu atas rumput ni. Pantang aku," rungut Brader Klang.

"Bahhaye si Ujang ni,'' sampuk Jaja sambil nyala sebatang Surya.

********************************************************

Berlatar belakangkan bunyi deruman lori kehulu-kehilir dan seorang makcik yang lantang suaranya menceritakan pengalaman anak-anaknya masuk uji bakat Bintang Kecil MBPJ, gua sumbat mulut gua dengan nasi berlaukkan kari. Keadaan agak sunyi kerana tiada sebarang cerita dibuka. Tiba-tiba,

"Sambal belacan ini ubat ni, Hari ini je dah berapa kali aku keluar masuk tandas,'' keluh Brader Klang sambil cicah secubit ayam dengan sambal belacan.

''Bahhaye si Ujang ni,'' sampuk Jaja sambil nyala sisa Surya tadi.

Saturday, November 20, 2010

TERAKHIR

Bukan ku insan pertama yang bisa membuat kau mengukir senyuman,

Ku juga bukan seseorang yang terawal mengucapkan selamat malam,

Aku juga bukan sesuatu yang terdahulu menerjah di dalam mimpi indah mu,

Bukan ku pinta menjadi yang utama dalam hidup mu,

Tidak ku pohon menjadi yang teratas dalam fikiran mu,

Tetapi ku hanya meminta kau menjadikan ku insan yang terakhir dalam menghabiskan sisa-sisa hidupmu..........

Wednesday, November 17, 2010

HEBAT


Bunyi tetakan memang rancak. Boleh didengari di serata sudut. Semua dengan satu objektif iaitu "Kasi barai itu tulang, kasi hantam sama itu daging". Anak-anak kecil kelihatan ngeri. Dengan peha bergantungan di setiap sudut khemah. Bau darah menyelubungi perkarangan. Ketiak mengalami banjir yang besar dalam abad ini. Gua dah tak serupa orang.

"Nah, ko setelkan ini kepala," ringkas dan padat arahan diberi tanpa membuat sebarang tentangan mata.

Gua tercengang dan garu-garu sikit. Dengan pisau yang sudah kali ke-3 diasah tajam gua toreh sikit. Tak makan. Dengan secara tiba-tiba muncul seorang perawan dengan parang sepanjang lengan disisip kemas di pinggang. Tanpa baju hitam kuning yang warnanya cepat luntur itu dia menguis poket belakangnya. Agak saspen.

Dia menghunus keluar sebilah pisau lipat berwarna kuning. Sekali lagi gua tercengang tetapi kali ni agak lama. Dengan steady-nya dia melapah kepala itu dengan pantas. Gua garu-garu sampai ke rumah.






notasuptorpedo : Selamat Hari Raya Aidiladha kepada rakan-rakan sekalian. Semoga pengorbanan yang dilakukan pada tahun ini akan dibalas dengan ganjaran yang lumayan.
AFI, 20 tahun. Seorang yang sangat manja dan rakus.

Tuesday, November 16, 2010

KEBENARAN

Balik-balik serangan menggunakan parang. Dah macam takde modal lain.


Tembakan tepat di kepala. Tahu lah dulu latihan main tembak-tembak siapa kena kepala dia tak payah belanja minum kopi.


Saspek kelihatan mencurigakan. Tahulah mungkin budak itu tak mandi setahun tapi janganlah anggap budak yang serabai itu sebagai seorang penjenayah.






notagarikaki : Hukuman bukan di tangan anda. Berilah mereka peluang untuk bertaubat. Jangan suka-suka meragut nyawa orang lain. Kamu tu pencegah jenayah bukannya penghapus jenayah.

Monday, November 15, 2010

ARAHAN

Titis-titis tangisan sang awan mencurah ke bumi tanpa hentinya membuat satu keadaan yang ideal untuk mengelamun ke alam mimpi. Mata memang sudah ditutup rapat dan perlahan-lahan diri rasa ditarik ke alam itu. Tiba-tiba suara yang agak sayup-sayup cuba memasuki ruang maya itu. Mata dibuka cergas dan gua menoleh tepat ke arah suara itu.

"Mak rasa tahun ni Shakir kena lah tolong orang-orang di masjid. Bergaul sikit, "agak ringkas arahan yang diberi.

Gua kerut dahi, garu-garu sikit, gua tutup muka guna bantal dan berangkat terus ke alam itu dengan pantas. Tanpa ada sebarang introduksi.

Saturday, November 13, 2010

SERABUT

Perasaan selepas menjawab kertas Biologi pada tahun 2007 memang apa yang gua rasa sekarang. Cilakak tapi seronok. Tapi tu semua tak penting yang penting sekarang gua punya cuti semester dah bermula. Setelah mengalami dua minggu yang seperti laki hilang bini, gua lega.

Alhamdulillah




notabuah : terima kasih awak :D

Thursday, November 4, 2010

SASPEK

Buku setebal 1.5 inci gua tutup dan terus mendarat ke ranjang sambil cucuk alat bantu dengar kat telinga gua. Memang awal gua di ranjang mungkin sebab melalui hari yang agak penat dan penuh dengan sia-sia. Cilakak. Gua tersentak dari tidur-tidur ayam gua bila gua kedengaran alunan muzik yang dimainkan secara kuat dengan tiba-tiba tapi sebelum itu gua dah terjaga main picit-picit kekunci. Gua jawab ringlas je panggilan itu dan terus menggapai daun pintu. Ramai orang yang berkumpul dan gua terpinga-pinga sambil garu-garu.

Gua di soal dengan agak tenang. Tiada tekanan. Gua pun jawab tanpa tekanan. Tak lama, sekejap je. Gua cuba sambung tidur semula tapi gagal.

Sekali lagi pintu gua digegar bagai nak roboh. Gua buka dengan tenang. Gua di panggil lagi dan sekali lagi gua tenang menjawab soalan yang di utarakan. Akan tetapi, keadaan agak menekan kali ini.

"Esok, kiteorang nak jumpa ustaz. So, nanti kita dapat tahulah siapa orangnya,'' ujarnya.







notabukulima : Memang minggu last ni banyak kejadian tak diingini berlaku. Jadi, berwaspadalah rakan-rakan. Good luck juga kepada rakan-rakan yang akan menduduki final.

notaspender : Cilakak..6 hari straight exam. Giler pe..memang gua akan tak serupa orang la ni. Jadi. kepada rakan-rakan janganlah terkejut kalau tengok gua serabai giler. Harap maklum.