Memang tak berbaloi aku tengok England lawan semalam. Rooney dan Glen Johnson memang nak kena pijak dengan penyokong dorang. Aku harap ada keajaiban akan berlaku. Akibatnya, aku hanya tidur 2 jam sebelum aku bertolak ke medan perang. Dengar kata ada makhluk 40 kaki panjang dah ready nak kena sembelih tapi aku tak punya sebegitu banyak kekuatan.
Bau sambal memang kuat melalui helaan nafasku. Mak Senah memang suka letak belacan macam dia ada kilang belacan kat belakang rumah. Brader Klang masih tak kelihatan. Masih di Terengganu menuntut ilmu agama katanya. Aku dengan Brader Klang II dah ready dengan bom tangan dalam genggaman. Pemangsa itu tersengih dari jauh bila nampak kami sambil matanya menahan silauan sang suria. Aku dah buka picu awal-awal. Sampai je kat gerbang neraka tu dia mengukir senyuman. Tiada sentuhan. Aku masukkan balik picu tu.
Suasana di Sankyu agak lengang. Mungkin semua dah tahu rancangan aku dan Brader Klang II nak bom ini tempat. Kami hanya tersengih tak tunjuk gigi. Benda alah tu dah tersadai menunggu kehadiran kami bersedia untuk diratah. Sami dan Rajan sudah terpacak dengan jentera mereka. Kerja meratah dilakukan dengan agak pantas.
Kelihatan Abang Bulat memandang tajam kami sambil tak nampak sebarang keikhlasan dalam segala apa yang dilakukan. Sami dan Rajan rancak berborak dalam bahasa yang aku tahu asal usulnya tapi tak tahu dalam pemahamannya. Aku kecewa dengan kempen 1 Malaysia si Najib tu. Bengang melihat Sami begitu, aku dan Brader Klang II terus membalutnya dan mencampaknya ke dalam kotak di situ. Menggelupur Sami melepaskan diri. Suasana yang tegang kini menjadi ceria. Rajan gelak besar melihat Sami sambil Sami tunduk insaf.
******************
Gerai Mak cik Exora buka separuh hari je. Jadi kami gerak ke Lorong Mamak. Di sana memang satu lorong penuh dengan gerai mamak. Tak beraneka langsung lauknya.
Kerja di sambung. Memang sunyi tempat tu. Sami dan Rajan entah ke mana. Kerja dah menimbun ni. Ni mesti balik rumah la ni. Tau lah rumah dekat. Tak payah lah poyo-poyo pergi balik kalau rehat cuma 30 minit.
Sami dan Rajan tersengih-sengih datang entah dari mana. Siku menjadi ucapan selamat datang. Rajan tak banyak cakap dan hanya memerhati sambil menyandar di kerusinya. Sami sekali lagi lesap. Memang panas dan gelap dalam perut raksasa itu. Kerja memunggah semakin perlahan walaupun sudah hampir ke garisan penamat.
Sambil berlatar belakangkan lagu baru yang berunsur syirik hasil dendangan penyanyi Tak Mungkin Kerna Sayang, kami menghabiskan sisa-sisa itu dengan sedikit keluhan dan caci maki dalam hati yang jelas di raut wajah masing-masing. Hanya gigi saja yang kelihatan dari jauh. Sami sekali lagi mucul entah dari mana. Memang kaki ponteng Sami ni.
Sebelum pulang, Sami dan kutu-kutunya membuat perjumpaan. Sekali lagi aku hampa dengan laungan 1 Malaysia.
"Eyh, u bikin apa itu ramai-ramai ha?" tanya Brader Klang II tegas.
"Err, kami orang nak pergi minum air cuti la abang," jawab Sami malu-malu.
"Air cuti??" tergaru juga kepala kami yang tak gatal ni.
"Ala....itu air yang ada gambar harimau la," sambil menunjukkan isyarat tangan.
notabukulima: cilakak. lama gila aku tulis benda ni. nantikan JURULATIH: Afterlife.......
##agak sedih melihat kekalahan Jepun tapi masih berbangga dengan usaha mereka. kepada Ghana aku tak puas hati dengan korang. England jangan cite la. memang aku sembelih singa-singa korang tu kalau tak lepas grouping.
Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput
Saturday, June 19, 2010
SEMPIT
Hari ni hidup aku memang penuh dengan kesempitan. Baju sempit, poket sempit, pemikiran sempit, jalan sempit, dan yang paling utama ruang kerja aku hari ni sempit. Produktiviti aku menjadi semakin perlahan tak macam masa zaman perang dulu. Ni sume salah Mahin. Aku terbau unsur balas dendam pasal hal semalam ni. Tau la ni tempat dia tapi jangan lah libatkan prestasi kerja aku. Impian untuk dapat bonus aku simpan jauh-jauh.
Dengan bau kari yang masih kuat di tangan aku mengorak langkah ke gerbang itu. Buku lima memang aku dah genggam kemas. Pisau rambo aku dah letak kat poket belakang. Aku nampak dia. Kali ni aku nekad, kalau lain macam je sentuhan dia memang bocor kepala dia. Langkah aku di berhentikan brader misai tebal yang sememangnya tak puas hati dengan geng aku.
"Ni apsal diri tengah-tengah jalan ni? Tak nampak ke banyak lori keluar masuk." sambil memandangku atas bawah.
"Mana ada lori lalu sini," hujahku. Sambil menunjukkan ruang jalan yang sempit dan hanya pemandu lori yang rasa dia bawak Kancil je dia akan lalu sini.
Agak tajam renungannya. Aku balas balik tanpa rasa gentar sebab Brader Klang II ada disisiku.
Mamat Nepal, Bangla dan Myanmar tak sentuh aku. Timbul perasaan gembira sebab tak diraba oleh mereka.
Aku dan Brader Klang II terus menuju ke markas Persatuan Pekerja untuk menunggu arahan dari taiko Taiwan. Disitu aku dapat lihat ramai pekerja yang berwawasan dan bercita-cita tinggi. Ada yang nak beli tanah, ada yang nak tambah rumah, yang naik gaji jangan ceritalah tapi mereka hanya memenuhkan sebuah tong dengan Surya, Samporna, Dunhill. Agak nipis senyumanku. Tak sempat aku nak balas mesej, taiko Taiwan dah panggil. Cilaka.
**************************
Agak awal aku tiba di Masjid Bulat. Ramai orang yang pakai baju ofis dah mulakan headbanging dorang. Aku pun turut mengimarahkannya. Tajuk khutbah hari ni Judi: Budaya Menjahanamkan Ummah. Agak pedas tajuk ni. Kotak fikiranku terus melakar trofi Piala Dunia dan tersengih seorang diri.
Aku terjumpa Golum. Dia sama sel dengan aku masa kat Penjara Cheras dulu. Dia muda aku setahun. Hebat dia ni. Tengah tunggu masa nak merantau di negara orang. Sambil borak-borak, mataku memang tepat ke arah selipar biruku. Memang tak lari pandanganku. Kalau aku nampak selipar tu kat kaki orang lain memang aku hambat dia kaw-kaw punya.
Gerai Mak cik Exora agak lenggang. Kelihatan Junior beristirehat di gerai sebelah. Sedang aku menyental pinggan.....
"Papp!! Papp!!" agak kuat paluannya. Aku tersedak dan aku akwal carutan yang mahu tergetus. Aksi palu-memalu seat motor memang giat dijalankan.
Hari ni aku tak selesa dengan Junior. Dia terlalu rapat denganku. Biasanya aku tak kisah tap aku cuma malas nak cari sebaldi air tanah dan membasahkan diri dengan lebihan 6 baldi air.
******************
Ada lagi 6 tembok yang perlu aku runtuhkan. Ruang kerja aku pun sudah semakin luas. Masa untuk beraksi! Jari jemariku memang lincah menyelet sticker itu tapi Brader Klang II lagi hebat. Ini mungkin sebab dia dah layan sebatang Surya tadi. Pertarungan agak sengit. Lepas satu satu lagi tembok diruntuhkan. Taiko Taiwan dan Sami tersengih-sengih melihat adegan ini. Lepas lebih kurang 2 jam bertarung, kami beransur pulang.
Dari jauh aku dah renung tajam mereka. Sampai je disitu aku disentuh tapi sentuhannya agak sedikit dan kurang feel. Tapi kali ni aku diraba sebanyak 2 kali. Memang cilaka. Aku dan Brader Klang II sengih sambil merancang untuk bom itu pondok.
notabukulima: kisah JURULATIH final dah ada. tapi penghayatan dia kurang sikit sebab cerita aku banyak kene potong dengan Jabatn Penapisan Filem. memang aku nak hentak dR. Rozmey ni kat bucu meja ofis aku. sebab dia banyak petah aku punye cite. lu punye cite ada problem jangan libatkan gua punye cite.
*maseh seronok dengan kekalahan Jerman. TAHNIAH Serbia!!

Friday, June 18, 2010
JURULATIH finale
Hari yang aku tunggu-tunggu setelah agak terseksa dan gembira berada di sini. Aku bangun agak awal kerana hatiku gelisah memikirkan tentang pembentangan, ujian dan praktikal. Ni semua memang menyusahkan. Kadang-kadang tercetus juga penyesalan tapi nak buat camne aku sudah terlanjur.
Awal brader katering datang tapi semua muka macam nak minta kena sidai. Semua peserta mengenakan seluar panjang dan baju cantik. Tak lupa juga yang memakai kemeja. Agak kecil gelakanku. Kami dihidangkan dengan nasi lemak. Takde apa-apa yang istimewa. Rasanya sama macam Kedai Cik Midah tepi selekoh yang rata-ratanya lori pasir yang lalu lalang.
Seram sejuk dibuatnya kerana air cond dah memang sejuk yang aku rasa tak tutup dari semalam kot. Masing-masing menggunakan masa terluang dengan berfaedah. Ada yang menyelak buku sambil terkumat kamit mulutnya. Ada juga yang open table snooker. Sesi pembentangan dijalankan. Pung pang pung pang sejam lebih dorang berceloteh. Kami naik bosan. Kami pakat mahu keluar minum sekejap. Kuih lopez dan kuih ketayap sudah terpampang diatas meja sambil lalat seronok bertenggek. Hirupan demi hirupan kami masuk semula. Sampai giliran aku. Macam cilaka.
***********************
Jerebu agak tebal di perkarangan. Masing-masing gelisah dan ada juga yang keluar tandas 2 3 kali sambil di bahagian punggong agak lembab. Ada 50 soalan. Hampir semua subjektif. Suasana hingar bingar. Dia pandang aku aku pandang dia tapi apa pun tak dapat. Kami berpaling ke meja lain. Semua macam gampang tulisan. Juling mata aku. Masa tamat dengan carutan bergema di laungkan.
Lauk hari ni best. Kari ayam, sambal sotong dan daging kicap. Ni kalau kena dengan Mak cik Tegar mahu 7 8 ringgit melayang. Aku bersyukur.
**********************
Cuaca dah memang panas berdenting. Kami lewat 30 minit. Jadi kami dikerah supaya membuat pelbagai posisi berlari. Sambal sotong aku rasa macam nak terkeluar. Aku tengok brader hutan dah mual-mual. Memang semua peserta menunjukkan riak wajah yang mintak penyepak. Carutan mengalir keluar dengan seronoknya dari mulut masing-masing. Ada juga ugutan dilancarkan kepada Cikgu Hamid yang cekak pinggang di tepi padang.
Sesi praktikal dijalankan dengan suasana yang agak tegang dan berlecak. Sampai giliran aku. Carut+kerepek+bodoh-bodoh. Habis 10 minit. Lega tapi cam haram.
Upacara penutup dijalankan macam bangunan tu nak runtuh. Aku gelak nipis.
Kami dihidangkan dengan nasi ayam. Adegan memeluk bantal dijalankan. Semua muka seronok tapi ada juga yang tak puas hati sebab dorang ada sesi latihan. Aku hilang arah. Aku tak boleh balik hari ni. Aku lepak blik Nyot untuk seketika. Skandal ajak aku lepak malam ni. Hatiku seronok. Ni mesti nak ajak aku pergi lombong ni. Dah memang takde tempat lain dah dorang ni. Lombong gak jadi pilihan.
*macam haram aku punya penulisan arini. ni sume psl USA seri dgn Slovenia. cmon England!!

Thursday, June 17, 2010
LEBIH MASA
Waktu riadah aku telah diambil tanpa kerelaan hati demi mencari rezeki yang halal untuk berjoli di kemudian hari. Jam-jam terakhir kami memang penuh dengan carutan dan maki hamun terhadap pihak pengurusan yang bersifat tiada otak. Sejam sudah berlalu dan kami hanya bergerak sejauh 4 kaki. Memang serabut dan kelam kabut. Dengan jelingan Si Botak CNI yang sering tidak puas hati dengan kehadiran kami menambahkan lagi kekusutan yang berlaku di muka pintu raksasa yang 20 kaki panjangnya. Sami menjadi tempat kami melepaskan geram. Adegan kejar mengejar sambil melempar jala ke arah Sami menjadikan hati kami riang sebentar. Setelah puas dengan Sami kami beralih ke Mahin. Mahin sedikit pun tak memuaskan hati kami.
"Aiyo, u ni patong la. Kasi gelaklah sikit." tegur brader Klang II sambil menyiku perut Mahin. Tersedak Mahin disitu.
****************************************
Semuanya bermula seperti pagi-pagi biasa. Kedengaran siren yang menandakan waktu rehat sudah tiba. Orang ramai berpusu-pusu keluar tapi kami bertarung untuk masuk. Seorang Nepal sudah mengukirkan senyuman kepadaku. Aku balas tanpa ikhlas. Dia tak menyentuhku hari ni tapi dia menyuruh rakannya yang lain mengalami kenikmatan itu. Agak lembut caranya merabaku. Aku genggam kemas buku lima muka suratku dan hanya tunggu untuk pelancaran.
Permulaan hariku takde cabaran. Rancangan untuk merompak botol air dan 'keychain' Piala Dunia rancak dibincangkan tapi berakhir tanpa sebarang kata putus. Aku tenang membuka tutup bungkusan dan babak tampal menampal lincah dilayangkan oleh kami bertiga. Brader Klang takde hari ini. Dengar khabar dia mahu singgah Terengganu sebelum menyelinap masuk Siam untuk bernikah. Aku senyum nipis.

Lepas menekak, aku pergi tandas ofis-ofis. Tandasnya memiliki kelengkapan yang cukup untuk upacara memandikan jenazah. Di lorong itu aku sempat menjengah pejabat kastam. Kelihatan seorang pegawai berbaring sambil mengusap perutnya yang besar itu dengan tangannya erat memegang remote TV.
"Entah berapa banyak suapan yang dia dapat hari ni?" hatiku sebak memikirkan nasib kerajaan Malaysia.
Setelah melakukan tuntutan agama aku lalu di lorong yang sama. Kelihatan dia sudah melelapkan mata.
"Apa itu F?" getus hatiku sambil membelah rambut di cermin besar.
notabukulima: aku cuba untuk menulis sependek yang mungkin sebab ada pembaca blog ini yang malas mengadap page gua yang panjang lampai. jadi aku tak masukkan banyak adegan selingan. harap maklum
*masa lunch
Aku cuba call dR. Rozmey tapi asyik bini muda dia je yang jawab. Aku panas dengan dia ni sebab banyak janji yang dimungkiri. Aku punya JURULATIH tak release-release sampai sekarang sebab 2 Alam dia tak lepas-lepas lagi dengan Jabatan Perfileman Negara. Cam haram dR.Rozmey.

Wednesday, June 16, 2010
KERJA
Tiba di gudang aku kene jual maruah sikit. Aku diraba oleh seorang Nepal. Aku jalan laju tapi dihentikan oleh panggilan sayang oleh seorang minachi yang datangnya dari planet mana tah. Dia mengukir senyuman sambil aku keliru dengan pandangan matanya yang sebelah memandang aku dan sebelah lagi memandang ke arah lain. Perasaan ingin bunuh aku simpan dalam-dalam. Aku teruskan kerja yang bertimbun di satu sudut. Macam biasa pisau rambo dan segulung pita aku ambil dari briefcase kat tepi rak tu.
Kebanyakan level skill aku tak banyak naik arini. Skill ngorat awek memang tak naik-naik sejak 2 1/2 tahun yang lalu. Skill berkomunikasi naik 1 level je sebab arini aku tak banyak cakap. Tapi skill menternak kolam air masin memang dah sampai tahap 4 senawi. Aku banyak bertarung dengan psikologi. Aku ditempatkan di suatu sudut yang rata-ratanya dibina dari zink. Tidak diberi kipas dan hanya berharap pada tiupan sengkakala dari malaikat israfil. Macam haram kuyup baju aku.
Sampai di kedai Mak cik Exora kiteorang terus lepak port biasa. Kurang 2 minit aku duduk Limau ais terus terhentak atas meja aku. Memang tahu selera aku tanpa diberitahu. Bagus kalau buat bini tapi kena la jadi warganegara dulu. Aku curah nasi aku dengan kuah kari dan susun kepak ayam rapi-rapi tepi pinggan. Aku mula menekak sambil mata aku merayap mencari Junior. Aku cuba juga menjengah bawah meja kedai sebelah tapi negatif. Aku sedut minumanku hingga tersedut biji-biji limau. Aku ternampak Senior yang bersungguh-sungguh membersihkan dirinya hingga terlipa-lipat badannya. Aku tersengih-sengih.
Aku kembali ke tempat jahanam tu. Sedang syok-syok aku bukak tutop plastik baju tu kepala aku diketuk. Agak kuat ketukannya. Aku dah ready dengan pisau rambo dalam genggaman.
"Hey, tampal itu sticker elok-elok la", agak tegas tegurannya.
Aku toleh dan melihat seorang otai dari Taiwan. Tubuhnya kecil tapi sasa. Aku gerun sebentar dan simpan pisau rambo tu jauh-jauh.
"Okay bos, sorila bos. Penat ma."aku tersengih-sengih macam Lingam budak kelas aku masa kat 2 Kemas dulu.
Jam dah menunjukkan tepat pukul 5. Aku berkemas. Kami berempat bergerak dengan poyonya serupa macam dalam cerita A-Team cuma efek letup-letup je takde kat belakang kiteorang. Tapi pergerakan kiteorang dihentikan oleh mat Bangla, Nepal dan seorang Myanmar. Sekali lagi aku dinodai. Aku cuba mengintai raut wajah Nepal tu. Jelas mukanya seperti baru pulang dari rumah lampu merah. Aku nekad esok aku nak bawak penyembur mata.
*tadi dR Rozmey call aku.
" Lu dah release final episod JURULATIH?" agak cemas nadanya.
"Lom lagi la. Apa pasai?"
" Lu hold dulu boleh? Gua nak release sama masa dengan lu lah. Banyak hal lah gua punye 2 Alam ni."
"Yela-yela tapi cepat sikit la. Gua punye fan dah tunggu lama ni"
"OK OK...." nadanya macam tak boleh dipercayai. Cilaka punya dR.Rozmey

Subscribe to:
Posts (Atom)