Wednesday, May 11, 2011
LEGEND
Setibanya gua di muka pintu, gua nampak ada 2 3 pasang kasut dengan 2 buah basikal satu kaler silver satu lagi kaler merah dengan pelbagai aksesori. Aksesori macam tu memang susah dapat. Kena simpan duit belanja sebulan baru boleh dapat. Tapi tu semua tak penting. Yang penting sekarang gua lambat. Gua rasa gua dah cukup laju macam Goku berlari potong angin. Ni mesti dasar mak takde kat rumah pergi belajar menjahit. Takpun pergi belajar mengaji.
Lama gua melanguk tengok dorang setting-setting player. Tapi jap lagi kalah gak. Pastu nanti mulalah
"Begin balik dohhhh. Keybod tadi macam haram."
"Tadi lupa nak setting lagu la. Lagu tadi tak bes. Sebab tu tak perform."
Kawan-kawan sekor-sekor perangai memang bikin gaduh. Tapi gua sabar je sambil belek-belek cover CD Fifa 99.
Serius game legend punya.
Tuesday, May 10, 2011
Re: Segmen: Saya Sayang Ibu

Sebenarnya memang tak tahu nak tulis apa. Bukan sebab aku takde kenangan manis dengan mak aku. Tapi Cuma tak tahu nak tulis yang mana. Kalau tulis semua takut ada orang block aku punya blog.
Lain orang lain lah mak dia kan. So, akan ada beza antara mak aku dengan mak kau even korang ada cakap “hey, samalah... mak aku pun camtu dohhhhh” pastu disusuli dengan gelak ketawa antara ikhlas tak ikhlas sambil bayangkan muka mak kita. Dan lain mak lain ke-spesel-lannya kan?
Mak aku punya super power:
- Masakannya. Sebab tu badan aku agak comel dan mantap
- Leterannya. Tak pernah kenal erti penat bila berleter. Tapi benda tu yang rindu bila kat kolej. Dan sebab tu kalau kat rumah suka buat sakit hati mak sebab nak dengar mak berleter. Hehe. Sorry mak.
- Selalu bersedia. Ni aku rasa semua mak macam ni kot. Lagi2 bila nak balik kampong. Selagi tak penuh kete selagi tu ada je benda yang tertinggal.
- Pandai menjahit. Semua baju kurung dia jahit sendiri. Nak jimat katanya tapi kadang2 kesian gak tengok mak jahit baju. Cam leceh je. Tapi dah benda tu yang buat mak happy kan. So biar jelah.
- Dan macam2 lagi. Takkan nak cerita semua kan. Karang ada yang copy cat mak aku. Huhu. Mungkin juga semuanya tak terungkap dengan kata-kata dan biarlah semuanya menjadi kenangan dalam benak fikiranku.
Buat mak,
Terima kasih sebab jaga makan minum dan pakai kiteorang. Bagi tunjuk ajar pasal macam2-agama, akademik, etc. Shakil suka tengok mak dah banyak berubah sekarang. Ada banyak masa nak pergi kelas ngaji, ajar budak ngaji sebab dulu mak memang sibuk nak besarkan kiteroang 5 beradik.
Lagi satu, shakil Nampak cara mak layan aqeela dgn firash memang lain dengan shakil. Haziqah dgn syaza. Mungkin cara mak agak manja sebab mungkin dulu masa dorang kecik2 mak tak sempat nak manja2 dengan dorang sebab sibuk layan kami 3 orang. Tapi cara mak yang dulu tula yang buat shakil pandai berdikari sekarang ni. Kalau tak memang satu benda pun tak reti nak buat.
Happy mothers day, mak. And everyday is your day. So live life to the fullest mak! Tak payah risau sangat pasal kiteorang, pandai-pandailah kiteorang jaga diri mak, insyaallah.
SYAITAN
Sunday, May 1, 2011
MAJU
Lepas pekena nasi minyak, gua puas tapi tiba-tiba gua mengidam lagi satu benda. Mee bandung. Ini lebih serius punya sangap. Sebab kat kawasan tempat tinggal gua memang takda. Yang ada cuma nama je "Mee Bandung Muar"tapi rasa sos tomato.