Buah-buah yang jatuh berguguran perlulah dikutip sebelum ia dikebas orang atau sebelum ia luput

Saturday, November 19, 2011

RASA

tipu kalau takde siapa yang benci rasa gembira,
tipu kalau takde siapa yang segan rasa sayang,

tapi tiap inci tiap sudut yang kau buatku rasa gembira itu
terkadang buat aku keliru.

tapi tiap rasa tiap hela yang kau buatku rasa disayangi itu
terkadang buat aku takut.

tapi peduli apa rasa keliru, takut semua tu
yang penting aku ada rasa.

terima kasih
kerana beri rasa sebegini walaupun aku tak tahu apa yang kau rasa

Thursday, November 10, 2011

HATI

JAGA hati, MAKAN hati, SUSAH hati, SUKA hati, AMBIL hati, IRI hati,
GELI hati, SAKIT hati, JAUH hati, SENANG hati, TUTUP hati, CURI hati,
CEMBURU hati, TERANG hati, ADA hati, DEKAT hati, GELAP hati, BUKA hati,
SUARA hati, JATUH hati,

tu semua cerita HATI. masing-masing ada erti. susah.

Sunday, June 26, 2011

ASAS


Semenjak gua dah kerja beberapa hari ni, gua rasa banyak benda yang gua kena tahu lagi. Ini semua bukan pengetahuan tentang kerja ataupun pengetahuan am yang selalu di segmen Trivia suratkhabar Kosmik! . Ini lebih serius dan ramai budak-budak sebaya gua memang malas amek port walaupun sebenarnya dorang dah boleh layak mengundi.

Ini pasal politik.

Tak salah rasanya nak mencelah dalam politik. Nak pung pang pung pang sambil hentak meja dengan buku lima tersumat kemas. Itu lantak mengkome le. Tapi bak kata pakcik-pakcik tu semua tak penting kalau tak tahu siapa menteri-menteri di cabinet tu.

“ Itu semua basic,” katanya sambil menghirup kopi o panas dengan tangan sebelah lagi mencubit seputung Lucky Strike.

Friday, June 10, 2011

KEMBARA

Hampir ku menjejakinya

Tapi lelah terasa

Diam seketika

Selalu ku mengingatkan pada diri sendiri

Tuk melangkah lagi

Ku percaya

Dengan usaha

Penghujung kan tiba.



Kembara ku ini bagai helang

Dengan harapan ku terbang

Walau apa pun yang datang menghalang

Ku teruskan,

Ku damba terbang menuju angkasa

Tak semestinya takdir tentukan ku tiba

Ku percaya,



Pernah aku jatuh ke bumi

Bagai tiada daya lagi

Kerna ku percaya

Bangkit semula.


notadarahbeku : ini yang gua dapat bila pikir pasal result. dangg.

Wednesday, June 8, 2011

KESEPIAN

Gua masih ingat lagi hari itu, hari yang memang luar biasa. Sejak gua disusun di bahagian hadapan, gua dah dapat rasa yang gua akan tersangkut kat sesiapa. Tunggu punya tunggu gua dibelek oleh seorang budak lelaki. Mula-mula gua geli tapi bila pikir balik, gua redha. Gua diangkut olehnya dengan mudah. Sedikit rasa sedih tak pernah pun tercetus di hati gua.

Hari-hari gua berlalu dengan gembira ditemani rakan-rakan. Walaupun kami berlainan rupa tapi kami selalu bermesra. Akan tetapi, satu benda je yang gua tak puas hati. Member-member gua mudah berlalu pergi. Kadang-kadang tak sampai 2-3 jam kiteorang dah berpisah balik. Perkara ni berlarutan hampir 2-3 tahun juga.

Kini, makin hari member-member gua makin menghilang. Tiada kenalan baru yang menyinggah. Gua kesepian. Gua perlukan teman untuk mengadu nasib gua ini. Yang setia menemani gua hanyalah beberapa keping kad kepunyaan tuan gua. Kad ATM, lesen tuan gua, dan paling gua bengkek IC tuan gua. Bilalah dia nak tukar. Dah barai dah gua tengok. Rimas.

notatalipusat: Serius gua pokai giler. Dangg. Cepatlah gaji oii.. Gua nak berjoli ni.